Dr Mahathir Abe Bincang Bon Samurai Rm7 4b



TOKYO – Rundingan lanjut mengenai bon Samurai RM7.4 bilion yang ditawarkan untuk dijamin oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia, dijangka dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatannya, Shinzo Abe pada Selasa ini.

Dr Mahathir akan melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun, mulai esok.

Ketika menjelaskan perkara itu, Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris menyifatkan rundingan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai platform paling tepat susulan pengumuman mengenai bon itu pada pembentangan Belanjawan 2019, Jumaat lepas.

Loading...
“Saya menjangkakan itu salah satu topik perbincangan kedua-dua pemimpin berkenaan dalam mesyuarat dua hala pada 6 November ini. Ada banyak isu yang akan disentuh seperti ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Isu mengenai kredit yen juga tidak kurang pentingnya,” katanya kepada wakil media Malaysia di sini, hari ini.
Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan Jepun di atas kesudian menawarkan jaminan penerbitan bon Samurai sehingga ¥200 bilion (RM7.4 billion) yang bertempoh 10 tahun.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut menyifatkan tawaran itu sebagai mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Dr Mahathir.

Penerbitan bon Samurai dalam denominasi yen itu akan dijamin oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65 peratus dan dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.

Mengulas selanjutnya, Ahmad Izlan berkata Dr Mahathir dan Abe juga berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai projek kereta nasional ketiga serta Dasar Pandang Ke Timur dalam mesyuarat dua hala tersebut.

Selain itu, dalam kunjungan kali ini, Dr Mahathir akan turut menyampaikan ucap tama mengenai keadaan semasa di Malaysia serta jangkaan pelaburan dari Jepun, kepada kira-kira 600 individu korporat dan kapten industri negara itu di acara Persidangan Bersama dan Forum Perniagaan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca).

“Ia (persidangan itu) akan diadakan selepas berlangsungnya mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun. Dr Mahathir akan membincangkan peluang pelaburan di Malaysia dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia.

Bagi Jepun pula, Malaysia adalah rakan dagang kesebelas terbesar di dunia dan keempat dalam kalangan negara Asean selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/dr-mahathir-abe-bincang-bon-samurai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bon Samurai Mahathir Pun Tidak Pasti

Bon Samurai Mahathir Pun Tidak Pasti

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 393 hits
oleh Ab Jalil Backer Semalam saya bertanya kepada sahabat sahabat untuk kegunaan apa Bon Samurai Malaysia ini diterbitkan Banyak jawapan diberikan tetapi tiada keseragaman Rupanya bukan kita sahaja tidak pasti Tun Mahathir pun macam tidak p...
Apa Akan Jadi Kepada Bon Samurai Jika Yen Tiba Tiba Naik Tinggi Berbanding Ringgit Najib

Apa Akan Jadi Kepada Bon Samurai Jika Yen Tiba Tiba Naik Tinggi Berbanding Ringgit Najib

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 516 hits
Untuk merangsang ekonomi mereka Bank Negara Jepun telah melaksanakan polisi negative interest rates ataupun kadar faedah di bawah sifar pada tahun 2016 Polisi ini masih berkuatkuasa hari ini di mana bank bank di Jepun tidak dibayar apa apa ...
Bon Samurai K Jaan Mampu Bayar Semula Guan Eng

Bon Samurai K Jaan Mampu Bayar Semula Guan Eng

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan yakin mampu membayar semula penerbitan bon Samurai dalam tempoh lima hingga 10 tahun Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini kerana kadar faedah yang ditawarkan kerajaan Jepun terhadap penerbitan bon bernilai RM7 4 b...
Dr M Bon Samurai Banyak Faedah Untuk Negara

Dr M Bon Samurai Banyak Faedah Untuk Negara

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 358 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan Katany...
Bon Samurai Tiada Syarat Dikenakan Pm

Bon Samurai Tiada Syarat Dikenakan Pm

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Jepun tidak meletak sebarang syarat dalam tawarannya untuk memberi jaminan kepada pengeluaran Bon Samurai berjumlah RM7 4 bilion kepada Malaysia Tiada tiada syarat dikena...
Jepun Jamin Bon Samurai 200 Bilion Yen Bantu Kurangkan Hutang Negara

Jepun Jamin Bon Samurai 200 Bilion Yen Bantu Kurangkan Hutang Negara

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 341 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Jepun menjamin sehingga 200 bilion yen untuk penerbitan bon Samurai bertempoh 10 tahun Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata tawaran oleh kerajaan Jepun itu mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran dan kepimpinan Pe...
Lge Jangan Bangga Sangat Kadar Faedah Bon Samurai Rendah Itu Kebiasaan

Lge Jangan Bangga Sangat Kadar Faedah Bon Samurai Rendah Itu Kebiasaan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 343 hits
Untuk merangsang ekonomi mereka Bank Negara Jepun telah melaksanakan polisi negative interest rates ataupun kadar faedah di bawah sifar pada tahun 2016 Polisi ini masih berkuatkuasa hari ini di mana bank bank di Jepun tidak dibayar apa apa ...
Bon Samurai Bersediakah Kerajaan Jika Yen Naik Tiba Tiba

Bon Samurai Bersediakah Kerajaan Jika Yen Naik Tiba Tiba

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 438 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berkata tidak ada salahnya Kerajaan Pakatan Harapan mahu menerbitkan bon sebanyak 200 bilion yen dalam matawang yen dengan kadar faedah 0 65 peratus biarpun ia lebih tinggi dari kadar faedah b...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal