Dr M Tolak Tawaran Goldman Sachs Kurang Daripada As 2 Bilion



(FMT) – Malaysia menolak tawaran pampasan bank pelaburan antarabangsa Goldman Sachs yang “kurang daripada AS$2 bilion (RM8.33 bilion)” berhubung skandal 1MDB, menurut satu laporan hari ini.
Laporan Financial Times London (FT) berkata, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bertegas dengan tuntutan beliau sebanyak AS$7.5 bilion (RM31.24 bilion).
Mahathir memberitahu akhbar berkenaan dalam satu temu bual semalam bahawa Goldman menawarkan “satu jumlah yang kurang daripada AS$2 bilion”.
“Kami tidak berpuas hati dengan jumlah itu, jadi kami masih berbincang dengan mereka. Jika mereka memberi respons munasabah, kami mungkin tidak akan bertegas untuk mendapatkan AS$7.5 bilion,” katanya menurut laporan dari Bangkok itu.
Goldman membantu 1MDB memperoleh AS$6.5 bilion dalam bentuk bon.
Laporan itu juga menyebut Malaysia mendakwa dua bekas kakitangan Goldman memberi rasuah kepada pegawai bagi menjamin penglibatan bank berkenaan dalam penerbitan bon terbabit. Goldman didakwa memperoleh yuran sebanyak AS$600 juta bagi eksesais tersebut.
Malaysia menuntut pampasan sebanyak AS$7.5 bilion daripada Goldman berikutan kerugian yang dialaminya. Goldman enggan memberi apa-apa komen.
FT juga memetik Mahathir sebagai berkata bahawa kerajaan telah menghubungi Deutsche Bank dan UBS berkait urus niaga mereka dengan 1MDB.
Pada Khamis, Mahathir juga berkata bahawa Malaysia mahu mendapatkan semula sebanyak AS$1 bilion daripada penyelesaian yang dicapai antara ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho dengan Jabatan Kehakiman AS (DoJ).
Pada Rabu, laporan menyebut bahawa Low, atau Jho Low, membuat perjanjian penyelesaian dengan DoJ untuk mengembalikan aset bernilai AS$1 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB.
Pihak pendakwaan AS berkata, Low merancang kecurian lebih AS$4 bilion daripada 1MDB yang kemudiannya digunakan untuk membeli jet persendirian, kapal layar mewah, rumah agam, berlian, malah penerbitan filem Hollywood.
Perjanjian berkenaan tidak meliputi pengakuan bersalah atau salah laku, dan tidak jelas sama ada ia akan memberi kesan ke atas dakwaan jenayah terhadap Low di AS.
“Aset terbabit dibeli dengan menggunakan wang Malaysia. Kami mempunyai bukti ia adalah wang Malaysia. Justeru kami akan membuat tuntutan kepada kerajaan Amerika,” kata Mahathir di Johor Bahru.
Semalam Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, mengulangi kenyataan beliau September lepas berkata, polis tahu lokasi keberadaan Low, tetapi menolak laporan bahawa ahli perniagaan itu berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Low dilaporkan berada di UAE dan dikatakan berulang alik dari negara Timur Tengah ke Eropah sejak Jun.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/11/02/dr-m-tolak-tawaran-goldman-sachs-kurang-daripada-as2-bilion/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
From Demanding Us 7 5b Malaysia Now In Settlement Talks With Goldman Sachs For Far Less

From Demanding Us 7 5b Malaysia Now In Settlement Talks With Goldman Sachs For Far Less

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 463 hits
After repeatedly demanding Goldman Sachs pay a penalty of US 7 5 billion for its role in the 1Malaysia Development Berhad fiasco Malaysia may now settle for less International business wire Bloomberg today reported a Malaysian team includin...
Abramovich Tolak Tawaran Konsortium Timur Tengah Beli Chelsea

Abramovich Tolak Tawaran Konsortium Timur Tengah Beli Chelsea

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 265 hits
Pemilik Chelsea Roman Abramovich dilaporkan telah menolak satu tawaran dari sebuah konsortium dari Timur Tengah untuk membeli kelab tersebut Abramovich yang sering kelihatan berada di tempat dudup VIP di Stamford Bridge tetapi kini sukar be...
Hiburan Buat Majlis Bridal Shower Ramai Kurang Senang Lihat Penampilan Nadia Brian

Hiburan Buat Majlis Bridal Shower Ramai Kurang Senang Lihat Penampilan Nadia Brian

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 507 hits
Kebelakangan ini semakin ramai pasangan artis yang mengalami kemelut dalam perkahwinan mereka sehingga membawa kepada penceraian Pun begitu masih ramai lagi artis lain yang sedang berbung bunga gembira kerana tidak sabar ingin naik pelamin ...
Tepi Jalan Dekat Longkang Gadis Akui Kurang Setuju Dating Pertama Di Warung Tak Makan Kata Aku Demand

Tepi Jalan Dekat Longkang Gadis Akui Kurang Setuju Dating Pertama Di Warung Tak Makan Kata Aku Demand

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 764 hits
Tepi jalan dekat longkang gadis akui kurang setuju dating pertama di warung Tak makan kata aku demand Perkongsian mengenai temu janji di warung menerima maklum balas berbeza beza daripada netizen BERCERITA mengenai temu janji pertama dengan...
Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

Guan Eng Kurang Ajar Takut Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 441 hits
Muafakat Guan Eng takut bukan rakyatKL PAS menempelak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggambarkan Umno dan PAS memberi ancaman kepada kaum bukan Melayu jika kedua dua parti itu memerintah negara Timbalan Presiden PAS Ustaz Dato Tua...
Food Bank Siswa Diperluaskan Kepada Penuntut Kurang Berkemampuan 7 500 Ipt Mendapat Manfaat

Food Bank Siswa Diperluaskan Kepada Penuntut Kurang Berkemampuan 7 500 Ipt Mendapat Manfaat

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Program Food Bank Siswa akan diperluaskan ke institusi pengajian tinggi swasta mulai tahun depan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada penuntut yang memerlukan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Se...
Orang Kaya Ini Sumbang Harta Rp703 Miliar Untuk Siswa Kurang Mampu

Orang Kaya Ini Sumbang Harta Rp703 Miliar Untuk Siswa Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 233 hits
Miliarder Rick Caruso dan istrinya Tina membantu siswa yang kesulitan dalam bersekolah Ini terkuak setelah sekolah hukum Pepperdine mengabarkan mendapatkan uang sebesar USD 50 juta atau Rp703 miliar dari Rick Caruso
Jadi Kurang Bersyukur Bahaya Beritahu Gaji Pada Rakan Sekerja

Jadi Kurang Bersyukur Bahaya Beritahu Gaji Pada Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 274 hits
Korang pernah tak tanya kawan sekerja berapa gaji diorang Agak agak dorang akan jawab tak Berkongsi jumlah gaji yang diterima adalah sesuatu yang sangat sensitif Ada sesetengah orang memang tidak akan bercerita langsung gaji yang diterima d...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao