Hiburan Buat Majlis Bridal Shower Ramai Kurang Senang Lihat Penampilan Nadia Brian
Kebelakangan ini semakin ramai pasangan artis yang mengalami kemelut dalam perkahwinan mereka sehingga membawa kepada penceraian. Pun begitu, masih ramai lagi artis lain yang sedang berbung-bunga gembira kerana tidak sabar ingin naik pelamin.
Salah seorang daripada artis ini ialah pelakon Nadia Brian yang bakal berkahwin dengan tunangnya Muizz Nasruddin. Kalau anda perasan, mereka telah bertunang pada Mei lepas tetapi tidak dapat melangsungkan perkahwinan mereka dengan segera atas sebab lokasi yang diinginkan sudah habis ditempah.
Namun, setelah lama menanti, pasangan ini akhirnya telah menemui lokasi dan tarikh yang sesuai bagi menyambut hari bahagia itu bersama ahli keluarga dan rakan taulan yang lain.
Untuk meraikan waktu-waktu terakhir Nadia sebagai seorang bujang, dia dan beberapa rakannya yang lain telah mengadakan satu sambutan ‘bridal shower’ yang telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
View this post on Instagram
Nadia Brian’s Bridal Shower! Thank you so much everyone! My bridesmaids & i had a great time! I would also like to thank you to the sponsors for the wonderful decorations, foods, desserts, accessories, makeup products, outfit & etc! 1. NB muffins @nbmuffin 2. Official event & dessert decorator @sheparty_creative 3. Balloon ‘n’ Party Supplies @balloonnpartysupplies 4. Ainul Cookies & Co @ainulcookiesandco 5. Kek & Co @kuebykek 6. Absolut Chocolat @absolutchocolat 7. June Kueh @junekueh 8. Classy N Co earrings @classynco_ 9. Wanderlust + Co @wanderlustandco 10. OhMostWanted Cosmetics @ohmostwantedlook 11. Coco Onya Curl cream @coco.onya 12. Body Onz @bodyonz 13. SS Wardrobe @ss_wardrobe 14. Manis by nis.abu @nis.abu Official Photographer @mapheez Song: Girls just want to have fun- Cyndi Lauper I love my girls so much! @iamjulzmn @ainulaishah @azzureinraz @lydiabrian @syafnidashuhaimi @diyanashah @hannahdelisha @erinabutton @erinalombardii @kueraahmad @nurinatasha8 @yusairiy #NadiaBrian #NBBridalshower #BohoMixHippies #FriendsForever
A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian) on Oct 27, 2019 at 8:45pm PDT
Tampil seksi dengan mengenakan dress low cut bewarna merah terang, ramai yang terpesona melihat kecantikan Nadia itu.
Tak cukup dengan itu, wanita itu benar-benar mengambil serius dengan terma ‘shower’ dalam perkataan ‘bridal shower’ kerana dia telah bermain air dalam kolam renang di majlis sambutan itu.
Walaupun, Nadia nampak gembira dengan segala aspek majlis itu tetapi ramai suara sumbang yang telah menyelar majlis tersebut. Bagi segelintir netizen, mereka tidak faham kenapa perlu mengadakan ‘bridal shower’ walhal itu adalah budaya barat.
Tak kurang juga, ada yang tidak senang melihat Nadia tampil terlalu seksi sehingga ada yang kesiankan bakal suaminya kerana mempunyai tunangan yang sanggup ‘belanja’ orang lain dengan penampilan tidak sopannya itu.
Sumber: Forum BM Cari
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.superpantas.com/2019/10/hiburan-buat-majlis-bridal-shower-ramai.html