Dr M Terima Darjah Kebesaran Tertinggi Jepun


Kamarul Ariffin Md YassinDiterbitkan 4 Nov 2018, 5:54 petang


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima darjah kebesaran ”The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers” daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga hari bermula Isnin (5 November).

Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris berkata pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja Akihito yang akan berlangsung di Istana Maharaja di Tokyo pada Selasa adalah berikutan sumbangan besar Perdana Menteri atas pengukuhan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Secara tradisi darjah kebesaran itu diberikan kepada penerima di kalangan pemimpin luar seperti Perdana Menteri dan negawaran terbilang dalam dan luar Jepun,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo Ahad.

Perdana Menteri akan menjadi pemimpin ketiga dari Asia yang menerima darjah kebesaran itu selepas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dan bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh.

“Perdana Menteri dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan menghadiri santapan tengah hari bersama Maharaja dan Maharani Jepun pada Rabu di Istana Maharaja,” katanya.

Lawatan kerja kali ini merupakan yang ketiga buat Dr Mahathir sejak beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei dengan lawatan pertama pada Jun dan yang kedua pada Ogos.

Bertemu rakan sejawat Shinzo Abe

Ahmad Izlan berkata selepas menerima darjah kebesaran itu pada hari kedua lawatan, perdana menteri dan delegasi Malaysia juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di pejabat rakan sejawatannya itu.

“Kedua-dua perdana menteri akan membincangkan berkenaan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun serta isu serantau dan antarabangsa yang membabitkan berkepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata pada hari kedua, Dr Mahathir juga akan menghadiri persidangan Japan-Malaysia Economic Association (Jameca)-Malaysia-Japan Economic Association (Majeca) kali ke-36 dan Forum Perniagaan Malaysia di Tokyo.

Sebelum itu, pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri Menteri akan menerima ijazah kehormat doktor falsasafah dari Tsukuba Universiti of Tokyo yang merupakan pengiktirafan institusi pengajian tinggi tersebut atas sumbangan beliau memajukan pertukaran antarabangsa dalam bidang penyelidikan dan pendidikan.

Pada hari ketiga pula, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama di Tokyo University di Tokyo dan berinteraksi bersama generasi muda Jepun khusus siswa dan siswi universiti tersebut.

“Perdana Menteri merupakan penasihat kehormat Asia Public-Private Partnership universiti tersebut,” katanya.

Menteri pendidikan, MITI ikut mengiringi PM

Sewaktu lawatan kerja tiga hari itu, Perdana Menteri juga diiringi oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Jepun adalah rakan perdagangan utama bagi Malaysia dan ia adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia.

"Bagi Jepun, Malaysia adalah rakan dagang kesebelas terbesar di dunia, dan keempat di kalangan negara ASEAN selepas Thailand, Vietnam dan Indonesia," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu juga berkata lawatan perdana menteri di kedua-dua universiti itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menarik universiti Jepun menubuhkan cawangan luar negara mereka di Malaysia.

"Penubuhan kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia akan membolehkan pelajar Malaysia mendapat akses kepada sistem pendidikan Jepun pada kos yang lebih rendah.

"Pada masa yang sama, pelajar juga boleh belajar bahasa Jepun, nilai dan budaya. Ini juga boleh memberi manfaat kepada pelajar dari rantau ini," katanya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/dr-m-terima-darjah-kebesaran-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Jepun Dari Maharaja Akihito

Dr Mahathir Terima Anugerah Tertinggi Jepun Dari Maharaja Akihito

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 806 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers daripada Maharaja Akihito dari Jepun Foto EPA TOKYO 6 Nov Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi Grand Cordon of the Order...
Terima Anugerah Dari Jepun Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara

Terima Anugerah Dari Jepun Mahathir Sebenarnya Harumkan Nama Negara

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 290 hits
Oleh Satu ucapan tahniah kepada Tun Mahathir atas anugerah yang diterimanya dari Maharaja Akihito menerima pelbagai reaksi berbeza Itu sudah lumrah Ada yang melihat dari sudut ketaksuban politik ada yang melihat dari sudut kebencian ada yan...
Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Serta Merta Oleh Istana Besar Seri Menanti

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 663 hits
Gelaran Darjah Seri Utama Negeri Sembilan Najib Razak dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja afar Yang Amat Terpuji Rosmah Mansor ditarik balik Foto Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menter...
Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Balik Oleh Istana Negeri Sembilan

Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah Ditarik Balik Oleh Istana Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 1639 hits
Keputusan yang mengejutkan dibuat oleh Istana Negeri Sembilan apabila menarik kembali gelaran darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Datuk Seri yang telah dikurniakan kepada Najib Razak dan isteriya Rosmah Mansor berkuat...
Istana Besar Seri Menanti Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah

Istana Besar Seri Menanti Tarik Balik Darjah Kebesaran Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 401 hits
SEREMBAN Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta merta Loading var D new Date d docum
Mp Harapan Tak Setuju Cadangan Larang Terima Pingat Datuk

Mp Harapan Tak Setuju Cadangan Larang Terima Pingat Datuk

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 269 hits
Diterbitkan 23 Okt 2018 8 10 pagiBeberapa orang anggota parlimen HARAPAN menyuarakan rasa tidak bersetuju mengenai cadangan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin supaya gabungan parti pemerintah itu membuat peraturan melarang wakil rakyatnya...
Keponakan Setnov Kembali Beberkan Anggota Dpr Terima Duit Panas E Ktp

Keponakan Setnov Kembali Beberkan Anggota Dpr Terima Duit Panas E Ktp

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 239 hits
Dua nama anggota DPR selanjutnya yang disebut Irvanto adalah Melcias Marcus Mekeng dan Markus Nari sebesar USD 1 juta
Alahai Najib Cuba Kelirukan Isu Terima Dana Rm2 6 Billion

Alahai Najib Cuba Kelirukan Isu Terima Dana Rm2 6 Billion

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 363 hits
Oleh Shahbudin HusinMeskipun sudah lebih sebulan didakwa di mahkamah berkaitan penggubahan wang haram kerana menerima sejumlah RM2 6 bilion melalui akaun bank peribadinya Najib Razak masih cuba mengeluh secara terbuka mengenai nasib yang me...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti