Alahai Najib Cuba Kelirukan Isu Terima Dana Rm2 6 Billion


Oleh: Shahbudin Husin

Meskipun sudah lebih sebulan didakwa di mahkamah berkaitan penggubahan wang haram kerana menerima sejumlah RM2.6 bilion melalui akaun bank peribadinya, Najib Razak masih cuba mengeluh secara terbuka mengenai nasib yang menimpa dirinya.

Bukankah ketika ini beliau seharusnya menumpukan sepenuh perhatian untuk membela dirinya di mahkamah saja?

"Bila saya dapat RM2 bilion saya didakwa, bila saya pulangkan RM2 bilion pun saya didakwa."Ini agak pelik, orang pulangkan duit kena dakwa," kata beliau berhubung 21 pertuduhan penggubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya berkaitan dana RM2.6 bilion itu.
Daripada apa yang diluahkah Najib itu, jelas beliau sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dan menunjukkan seolah-olah dirinya suci bersih dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Najib sebenarnya bukan tidak sedar mengenai salah lakunya, tetapi cuba buat-buat tak faham berhubung kemasukan dan pemulangan semula wang itu.

Untuk makluman Najib, jika kita mencuri atau menerima rasuah misalnya, kesalahan kita tidak akan terhapus hanya kerana kita memulangkan semula duit yang dicuri atau diterima secara rasuah sebelum itu.

Pencuri motorsikal tetap bersalah mencuri meskipun jika beberapa bulan kemudian memulangkan semula motorsikal yang dicurinya.

Lebih-lebih lagi dalam kes Najib itu, beliau menerima wang tersebut pada Mac 2013, namun hanya memulangkannya pada Ogos tahun yang sama.


5 Bulan Tempoh Pulangan & Kepada Syarikat Jho Low

Mengapa mesti mengambil masa lima bulan untuk memulangkannya?

Selain itu, fakta mengenai jumlah yang disebut Najib juga tidak tepat sebenarnya.

Jumlah wang yang dikatakan derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi yang diterima Najib adalah berjumlah RM2.6 bilion tetapi yang dipulangkan cuma RM2.3 bilion atau dalam dolar AS, wang diterima berjumlah AS681 juta, manakala yang dipulangkan hanya AS$620 juta saja.

Kenapa jumlah yang dipulangkan berkurangan dan ke mana selebihnya ia digunakan?

Mengapa Najib tidak pernah menyebut mengenai kekurangan jumlah wang yang dipulangkannya itu?

Yang lebih menghairankan, malah seluruh dunia pun tahu dan pelik dengannya, jika benar wang RM2.6 bilion itu didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi, mengapa ia dimasukkkan melalui Tanore Finance yang dipunyai oleh Jho Low bersama Eric Tan Kim Loong?

Malah, ketika memulangkannya pun Najib memasukkan semula RM2.03 bilion itu kepada Tanore Finance semula?

Mengapa tidak dipulangkan terus kepada anak Raja Arab yang memberi derma itu?

Kenapa mesti dipulangkan kepada syarikat kepunyaan Jho Low juga?

Siasatan DOJ

Yang lebih-lebih menghairankan lagi ialah berhubung hasil siasatan DOJ Amerika Syarikat pada 2017 yang mendapati sebahagian daripada wang yang dipulangkan itu telah digunakan oleh Jho Low untuk menghadiahkan barangan kemas kepada Rosmah Mansor dan gambar kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

Dilaporkan Jho Low telah membelanjakan AS$27.3 juta daripada wang AS$620 juta yang dipulangkan Najib itu untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat bewarna merah jambu untuk diberikan kepada "isteri MO1" serta sekeping gambar berharga AS$750 ribu sebagai hadiah kepada DiCaprio.

Bagaimana Jho Low boleh membelanjakan wang yang dipulangkan Najib itu jika benar ia dipulangkan kepada anak Raja Arab?

Dalam hal ini, kerana amalan "cash is king" yang digemarinya, Najib mungkin masih mempunyai penyokong taksub, buta dan tuli yang percaya segala apa yang diperkatakannya.

Tetapi, beliau harus sedar beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan rakyat telah pun menghumbannya daripada puncak kuasa menuju perjalanan ke penjara berikutan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengannya itu.

Maka, lebih baiklah beliau banyak-banyak bertaubat dan meluangkan lebih masa di atas tikar sembahyang, sambil menumpukan perhatian kepada kesnya di mahkamah yang terus bertali arus daripada tidak habis-habis mencipta khayalan untuk mengelirukan orang,ramai.

credit

p/s:Pendapat penulis tidak semestinya menjadi pendapat Blog Sensasi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/10/alahai-najib-cuba-kelirukan-isu-terima.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gopal Sri Ram Berperang Dengan Shafee Abdullah Isu Ikat Jamin Najib Dan Irwan Serigar Rm3 Juta

Gopal Sri Ram Berperang Dengan Shafee Abdullah Isu Ikat Jamin Najib Dan Irwan Serigar Rm3 Juta

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 420 hits
Peguam kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendawaan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar meminta mahkamah menetapkan ikat jamin RM3 juta seorang ke atas kedua dua tertuduh Bagaimanapun peguam b...
6 Pertuduhan Rm6 6 Billion 1 Pertuduhan Usd12 1 Juta Akan Didakwa Keatas Najib Irwan Serigar Hasanah

6 Pertuduhan Rm6 6 Billion 1 Pertuduhan Usd12 1 Juta Akan Didakwa Keatas Najib Irwan Serigar Hasanah

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 301 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dijangka didakwa dengan 6 pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6 6 bili...
Psi Soal Isu Dana Kampanye Rp 185 Miliar Kita Tahu Siapa Membuat Lucu Lucuan Itu

Psi Soal Isu Dana Kampanye Rp 185 Miliar Kita Tahu Siapa Membuat Lucu Lucuan Itu

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 270 hits
PSI soal isu dana kampanye Rp 180 miliar Kita tahu siapa membuat lucu lucan itu PSI juga tidak akan membawa perkara tersebut ke ranah hukum Meski di media sosial isu tersebut sudah semakin liar dan banyak dikomentari negatif warganet
Najib Akui Tidak Pernah Sahkan Sumber Rm2 6 Bilion Anggap Derma Raja Saudi

Najib Akui Tidak Pernah Sahkan Sumber Rm2 6 Bilion Anggap Derma Raja Saudi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 371 hits
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan mengakui bahawa beliau tidak mengesahkan sumber dana RM2 6 bilion yang diterima dalam akaun banknya yang dipercayai telah diseleweng dari 1Malaysia Development Berhad Berc...
Najib Bertegas Derma Rm2 6 Bilion Daripada Kerajaan Arab Saudi

Najib Bertegas Derma Rm2 6 Bilion Daripada Kerajaan Arab Saudi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 278 hits
Najib bertegas derma RM2 6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Oct 20
Arab Saudi Nafi Kerajaan Mereka Bagi Derma Rm2 6 Bilion Najib

Arab Saudi Nafi Kerajaan Mereka Bagi Derma Rm2 6 Bilion Najib

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 359 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al Jubeir di Bangunan Perdana Putra hari ini Adel telah berada di Malaysia sejak Rabu sempena lawatan kerja tiga hari beliau Bernama PUTRAJ...
Terima Rp 9 4 Triliun Di Rekening Pribadi Najib Mengaku Tak Tahu Dari Mana Asalnya

Terima Rp 9 4 Triliun Di Rekening Pribadi Najib Mengaku Tak Tahu Dari Mana Asalnya

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 257 hits
Sebelumnya Najib Razak mengaku bahwa uang sebesar RM 2 6 miliar yang disetor ke rekening pribadinya merupakan sumbangan dari Kerajaan Arab Saudi
Akhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang Rm2 6bilion

Akhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang Rm2 6bilion

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 370 hits
Akhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang RM2 6BilionAkhirnya Najib Razak Buka Mulut Selepas Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Buat Kenyataan Tentang RM2 6Bilion
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game