Mp Harapan Tak Setuju Cadangan Larang Terima Pingat Datuk


Alyaa Alhadjri dan Geraldine Tong | Diterbitkan 23 Okt 2018, 8:10 pagi


Beberapa orang anggota parlimen HARAPAN menyuarakan rasa tidak bersetuju mengenai cadangan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin supaya gabungan parti pemerintah itu membuat peraturan melarang wakil rakyatnya daripada menerima kurniaan darjah kebesaran Datuk semasa dalam perkhidmatan.

Bagaimanapun, MP Sungai Buloh Sivarasa Rasiah berkata masanya belum sesuai untuk membuat larangan berkenaan kerana terdapat perbezaan pendapat di antara empat parti komponen HARAPAN berhubung isu menerima pingat Datuk.

"Pakatan Harapan ada empat parti dan cukup jelas dalam isu ini terdapat perbezaan pandangan yang menyebabkan berlakunya amalan yang tidak sama.

"Pada peringkat ini, saya tidak fikir ia suatu yang dapat dilaksanakan (viable untuk larangan itu) kerana jelas terdapat berbagai pendapat dalam perkara itu," MP dari PKR itu memberitahu Malaysiakini.

Selanjutnya Sivarasa berkata gabungan parti-parti gabungan itu telah memerintah di beberapa negeri sepanjang 10 tahun yang lalu sehinggalah kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

"Ia bukan sahaja berlaku sekarang, ia juga telah berlaku sepanjang 10 tahun lalu," jelas Sivarasa merujuk pengurniaan darjah kebesaran kepada pemimpin HARAPAN.

Disabotaj kejahilan, tamak kuasa

Menurutnya lagi isu ini agak rumit tetapi perlu dibincangkan kesemua parti dalam gabungan itu.

"Apa yang telah terjadi pada masa lalu... jadi jika seseorang menerima pingat lima tahun dulu dari Pulau Pinang, Selangor atau Kedah ia juga mencerminkan pendirian kamu tentang isu ini.

Kadir dalam tulisan di blognya berkata kerajaan bukan sahaja disabotaj oleh penjawat awam tertentu yang masih pekat dengan budaya BN tetapi menteri HARAPAN juga turut berbuat demikian.

"Bahaya kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) disabotaj tidak dapat ditolak begitu sahaja dan terdapat dua sumber utama kepada ancaman ini.

"Pertama, pemimpin HARAPAN – termasuk anggota kabinet – mensabotaj kerajaan mereka sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.

"Kedua, sabotaj oleh kakitangan awam dan eksekutif GLC/ GLIC kerana ketidakcekapan, pengaruh ideologi dan korupsi," kata Kadir (gambar) yang menulis dalam kapisiti peribadi memandangkan beliau ialah Penasihat Media dan Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata larangan sedemikian tidak dapat dilaksanakan tanpa mengambil pertimbangan kuasa Raja-Raja dan Yang DiPertua Negeri untuk mengurniakan pingat dan darjah kebesaran.

"Jika kamu mengatakan perlu dikeluarkan larangan, maka ia perlu dibincangkan dan disampaikan kepada ketua negeri-negeri (Raja-Raja dan Yang DiPertua Negeri).

"Kalau terdapat keperluan membuat larangan berkenaan maka ia perlu disampaikan dengan bijak kepada ketua negeri-negeri kerana mereka yang mengurniakan pingat dan darjah kebesaran," maklum beliau.

Shamsul mengakui isu ini agak sukar diselesaikan.

"Untuk saya, sangat sukar. Misalnya terdapat gesaan untuk memulangkan semula pingat Datuk yang diterima.

"Bagi saya cukup susah. Dalam hal ini apabila Tuan Yang Terutama (Yang DiPertua Negeri) Melaka menawarkan pengurniaan pingat, sudah tentu terdapat cara untuk menolaknya dan kami tidak ada pengalaman itu," katanya.

Bersempena dengan ulang tahun ke-80 Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 13 Oktober lalu, lima menteri telah menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran "Datuk Seri".

Mereka ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Rina Harun, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa.

Baru lima bulan berkhidmat sudah dapat Datuk

Memandangkan mereka baru berkhidmat selama lima bulan, para pengkritik mempersoalkan jika mereka layak mendapat penghormatan darjah kebesaran negeri itu.

Diminta mengulas hal ini, Naib Presiden AMANAH, Hasanuddin Mohd Yunus memaklumkan kedua-dua penerima pingat Datuk Seri itu, Dzulkefly dan Mujahid pernah membuat sumbangan semasa menjadi anggota parti pembangkang.

"Kami tidak meletakkan satu garis panduan yang jelas dalam perkara ini sebab kami serahkan kepada ahli-ahli kami untuk menghormati siapa yang ingin menghargai mereka.

"Dan apabila mereka hendak menerima anugerah, mereka perlu periksa diri mereka sendiri apakah sumbangan yang telah diberikan, apakah mereka benar-benar layak untuk menerimanya?

"Saya percaya mereka yang menerima Datuk-shipmemang telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara samaada ketika bersama dengan kerajaan atau sebelum. So dari segi AMANAH tak ada apa yang kami pertikaikan antara satu-sama lain," kata MP Hulu Langat itu.

Antara parti-parti HARAPAN, DAP mempunyai dasar kurniaan pingat dan darjah kebesaran hanya boleh diterima selepas bersara daripada perkhidmatan.

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/mp-harapan-tak-setuju-cadangan-larang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Indonesia Rossa Terima Anugerah Pingat Datuk Seri

Penyanyi Indonesia Rossa Terima Anugerah Pingat Datuk Seri

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 862 hits
KUANTAN Penyanyi Indonesia Rossa 40 menyifatkan penganugerahan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang sebagai hadiah terindah sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Oktober lalu Beliau antara 19 penerima darjah SSAP yang membawa gelaran Datuk...
Dap Masih Belum Terima Permohonan Maaf Penerima Pingat

Dap Masih Belum Terima Permohonan Maaf Penerima Pingat

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 328 hits
SEREMBAN DAP masih belum menerima permohonan maaf dari seorang anggotanya yang menerima pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Melaka baru baru ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pemimpin parti negeri Melaka itu tidak per...
Tidak Perlu Minta Maaf Kerana Terima Anugerah Datuk Kata Pemimpin Dap Sabah

Tidak Perlu Minta Maaf Kerana Terima Anugerah Datuk Kata Pemimpin Dap Sabah

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 431 hits
PETALING JAYA Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt tidak akan meminta maaf kerana menerima gelaran Datuk semasa berkhidmat tindakan yang melanggar kata sepakat yang dicapai pimpinan pusat partinya sedekad lalu Beliau juga tidak ...
Guan Eng Persoal Pemimpin Dap Terima Gelaran Datuk

Guan Eng Persoal Pemimpin Dap Terima Gelaran Datuk

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 296 hits
TAIPING Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah baru baru ini Beliau yang juga Menteri Kewangan berkat...
Kerajaan Terima 21 Cadangan Projek Kereta Nasional Baharu

Kerajaan Terima 21 Cadangan Projek Kereta Nasional Baharu

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan setakat ini sudah menerima 21 cadangan firma tempatan dan asing bagi projek kereta nasional ketiga berbanding 14 sebelum ini Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata peningkatan i...
Terima Gelaran Datuk Apa Jasa Mereka Terserlah Sejak Jadi Menteri

Terima Gelaran Datuk Apa Jasa Mereka Terserlah Sejak Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 335 hits
A Kadir Jasin ULASAN l Hal yang hendak saya kupas ini mungkin sensitif dan menyinggung perasaan Jadi saya mulakan dengan memohon ampun kepada sesiapa juga yang berasa tersinggung Ada dua aliran pemikiran dalam hal yang hendak saya bahaskan ...
Tiada Cadangan Wajibkan Ibu Bapa Pastikan Bayi Terima Suntikan Imunisasi Kkm

Tiada Cadangan Wajibkan Ibu Bapa Pastikan Bayi Terima Suntikan Imunisasi Kkm

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 391 hits
Kementerian Kesihatan tidak bercadang mewajibkan ibu bapa memastikan bayi mereka menerima suntikan imunisasi Timbalan Menterinya Dr Lee Boon Chye berkata sebaliknya buat masa ini kementerian hanya berusaha menambah baik sistem penjagaan kes...
Guan Eng Jangan Tiru Bn Cari Pingat Datuk

Guan Eng Jangan Tiru Bn Cari Pingat Datuk

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 297 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata pemimpin parti itu perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan tidak mengejar pingat dan darjah kebesaran seperti pemimpin BN dahulu DAP tidak mahu dilihat kita menjadi macam BN dulu ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025