Dr M Dakwa Dimusuhi Setiausaha Politik Yang Masalah Mahkamah


(Malaysiakini) – Krisis dalaman Bersatu yang kemudian melarat sehingga membawa kepada runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) nampaknya ada kaitan dengan peranan salah seorang setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad
Menurut Mahathir, setiausaha politik beliau itu sangat memusuhinya malah dalam satu kejadian, sehingga menepuk meja dalam salah satu mesyuarat Bersatu
Kata Mahathir setiausaha politiknya itu berkempen untuk membawa Bersatu meninggalkan PH dengan menggunakan sentimen Melayu dan ia disambut oleh sebahagian besar pemimpin lain dalam parti itu
Namun beliau memberi gambaran bahawa idea itu ada kaitan dengan kedudukan setiausaha politik terbabit yang berdepan dengan kes mahkamah
“Ya, dia berkempen untuk keluar daripada PH. (Cadangannya) Kita adakan kerajaan Melayu dan kempen ini menggunakan sentimen orang Melayu
“Saya berpendapat, memang bagus kalau kita ada kerajaan Melayu tetapi kita kena jaga juga sumbangan yang dibuat oleh orang Cina
“Tetapi dia (setiausaha politik) ada masalah dengan mahkamah. Dia minta saya suruh tahan mahkamah daripada bicara kes dia
“Itu tidak boleh dan saya tidak boleh buat. Jadi dia begitu bermusuh dengan saya,” katanya dalam wawancara disiarkan Sinar Online hari ini
Mahu bergabung dengan UmnoWalaupun tidak menamakan setiausaha politik terbabit, dipercayai Mahathir merujuk kepada bekas pembantu khas Isa Samad, Zahid Md Arip
Untuk rekod Isa kini berdepan 10 tuduhan rasuah dan pecah amanah semasa beliau menjadi pengerusi Felda. Dalam perbicaraan itu, Zahid adalah seorang daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan
Nama Zahid dikaitkan dalam sembilan daripada 10 pertuduhan yang dikenakan ke atas Isa
Sebelum ini Zahid adalah antara pemimpin Pemuda PKR pada peringkat awal gerakan Reformasi sebelum dia meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno
Dia juga menjadi “mursyidul am” kepada kempen Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ (Tibai)
Kata Mahathir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu lebih ramai anggotanya cenderung untuk bergabung dengan Umno
Sebaliknya kata Mahathir, beliau terbuka untuk orang Umno menyertai Bersatu, bukanya bersama dengan Umno sebagai sebuah parti
Bagaimanapun, kata Mahathir, beliau mendapat sokongan daripada Bersatu dan parti lain dalam PH. Justeru, katanya, tiada alasan untuk beliau meninggalkan PH
“Apa salah dia (PH)? Dia sokong saya. Jadi saya kata kita tunggu sekejap. Kita tengok. Satu hari nanti saya akan letak jawatan. Lepas itu nak lawan, lawanlah
“Bagaimanapun, pendapat saya itu ditolak. Dimulai oleh Muhyiddin (Yassin), penyokong-penyokongnya, terutama setiausaha politik saya yang ada masalah di mahkamah
“Dia tepuk meja dan kata kita keluar daripada PH dan mendapat sambutan yang banyak,” katanya
Keadaan itu, menurut ahli parlimen Langkawi berkenaan, mendorong beliau meletak jawatan selepas mendapati MPT Bersatu sendiri menolaknya
“Jadi apabila saya kalah dan balik (ke rumah), fikir-fikir, sudah nampak saya hilang sokongan daripada parti saya
“Oleh itu saya tidak boleh kekal sebagai perdana menteri dan pengerusi parti
“Itulah sebabnya yang saya letak jawatan. Saya didesak oleh parti sendiri,” katanya
Malaysiakini sudah menghubungi Zahid mengenai dakwaan Mahathir dan masih menunggu reaksinya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/03/dr-m-dakwa-dimusuhi-setiausaha-politik.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Antara Punca Kemelut Politik Umno

Mahathir Antara Punca Kemelut Politik Umno

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 212 hits
KUALA LUMPUR UMNO mendakwa Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sebahagian punca kemelut politik yang menyelubungi negara ketika ini Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata justeru parti itu melihat Dr Mahathir ...
Golkar Pastikan Tak Ada Mahar Politik Untuk Calon Kepala Daerah

Golkar Pastikan Tak Ada Mahar Politik Untuk Calon Kepala Daerah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 165 hits
Wakil Ketua Umum Partai Golkar Ahmad Doli Kurnia Tanjung kembali mengklaim proses rekrutmen calon kepala daerah dari partai berlambang beringin bersih Proses rekrutmen tanpa mahar
Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S20 Melaporkan Masalah Dengan Sokongan Gps

Beberapa Pengguna Samsung Galaxy S20 Melaporkan Masalah Dengan Sokongan Gps

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 159 hits
Samsung Galaxy S20 adalah siri peranti mercu baharu Samsung untuk tahun ini Ia menggunakan cip pemprosesan Exynos 990 memori sehingga 12GB RAM skrin 120Hz dan juga kamera 108MP Tidak dinafikan yang siri Samsung Galaxy S20 adalah peranti yan...
Kemaskini Membaiki Masalah Fokus Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra Mula Diberikan

Kemaskini Membaiki Masalah Fokus Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra Mula Diberikan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 228 hits
Ketiga tiga model Galaxy S20 S20 dan S20 Ultra dilancarkan serentak di Malaysia beberapa minggu yang lalu Ia sebuah peranti yang berkuasa tetapi mempunyai satu masalah di mana sistem auto fokus tidak berfungsi dengan baik dalam beberapa sit...
Salah Seorang Lelaki Yang Maut Akibat Covid 19 Masih Muda Tiada Masalah Kesihatan

Salah Seorang Lelaki Yang Maut Akibat Covid 19 Masih Muda Tiada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 508 hits
Dua kematian COVID 19 pertama negara dilaporkan semalam di mana mangsa yang maut merupakan kes ke 178 dan kes ke 358 Difahamkan kes 178 merupakan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan Manakala...
Polri Bentuk Satgas Politik Uang Untuk Lacak Sumber Dana Calon Kepala Daerah

Polri Bentuk Satgas Politik Uang Untuk Lacak Sumber Dana Calon Kepala Daerah

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 161 hits
Mulai dari sekarang Sehingga saat rekan rekan menghadapi proses di mana biasanya tren money politic ini akan dimainkan lagi jelas dia
Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 259 hits
KUALA LUMPUR 27 Feb Berikut adalah ringkasan peristiwa yang telah sedang dan akan berlaku di Malaysia susulan cubaan mengatur semula landskap politik negara Apa yang telah berlaku 21 Feb Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Majlis Pre...
Fungsi Yang Di Pertuan Agong Semasa Kemelut Politik Ketika Ini Yang Patut Korang Tahu

Fungsi Yang Di Pertuan Agong Semasa Kemelut Politik Ketika Ini Yang Patut Korang Tahu

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 782 hits
Seperti yang korang semua sedia maklum sekarang negara kita sedang panas dilanda kemelut politik yang setakat ini tiada jalan penyelasaian Sehinggakan Tun Mahathir dilantik semula menjadi Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan s...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq