Dr Cute Lancar Glow Up Tinted Sunscreen


DR CUTE LANCAR GLOW-UP TINTED SUNSCREEN | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby telah hadir ke acara gilang-gemilang pelancaran produk Dr Cute. Tahniah Ruby ucapkan kepada seluruh pasukan Dr Cute di atas pelancaran produk baharu mereka iaitu Glow-Up Tinted Sunscreen yang mampu melindungi kulit kita semua. 
Umum mengetahui kepentingan memakai pelindung matahari dari selaran matahari amat penting. Malah sekarang bukan hanya sinaran matahari yang kita bimbangkan. Dua jenis cahaya UV terbukti menyumbang kepada risiko kanser kulit. 
Ultraviolet A (UVA) mempunyai gelombang yang lebih panjang. Ia dikaitkan dengan penuaan kulit. Ultraviolet B (UVB) mempunyai gelombang yang lebih pendek. Ia dikaitkan dengan pembakaran kulit

DR CUTE LANCAR GLOW-UP TINTED SUNSCREEN

Menggunakan sunscreen adalah asas dalam pemakaian solekan dan wajib digunakan setiap hari mengikut garis masa yang disarankan. Glow-Up Tinted Sunscreen diformulasikan untuk memberi kulit lebih sihat, cerah, melembapkan dan berseri. 
Bahan-bahan yang digunakan di dalam Glow-Up Tinted Sunscreen adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan. Mengandungi bahan-bahan aktif seperti Titanium Dioxide, Alpha Arbutin dan Hyaluronic Acid, produk ini bukan hanya sebagai foundation, malah ianya turut berfungsi sebagai pelindung matahari (sunscreen), memberikan perlindungan daripada cahaya matahari dengan SPF50 dan PA+++. 
Di samping itu, produk ini turut bertindak sebagai serum, pelembap dan makeup base. Glow-Up Tinted Sunscreen merupakan produk kecantikan dan solekan 5 dalam 1. Didatangkan dalam tiub silver eksklusif dan pembungkusan mewah. 
Formulasi Glow-Up Tinted Sunscreen adalah dari Dr Cute sendiri yang mengandungi bahan aktif dari tumbuh-tumbuhan yang telah melalui proses R&D 2022. 
Harga untuk seunit Glow-Up Tinted Sunscreen dengan isipadu 20g adalah RM89.00 sahaja

RANGKAIAN PRODUK DR CUTE
Penjagaan Wajah:
1. Dr Cute Glow-up Tinted Sunscreen RM 89.002. Dr Cute Advanced Glowing Serum 20ml RM 69.003. Dr Cute Magic Duo Cream 15ml RM 69.004. Dr Cute Magic Duo Cream 30g RM 139.005. Dr Cute Acne Spot Tx RM 29.906. Dr Cute Duo Protection Sunscreen SPF50 RM 45.007. Dr Cute Probiotics Duo Cleanser RM 29.908. Dr Cute Heliocare Fern Ple+ RM 350.00
Makanan Kesihatan:
1. Dr Cute V-CSKNZ RM 89.002. Dr Cute KleanFtz RM 59.00
3. Dr Cute XLIMFITZ Cafe RM 59.00
4. Dr Cute XLIMFITZ Chocolate RM 49.00

ANUGERAH JUALAN TERTINGGI USAHAWAN DR CUTE

Tahniah Ruby ucapkan kepada usahawan Dr Cute yang berjaya beroleh RM 2 Juta jualan pada tahun 2022 / 2023. Hadiah adalah pakej percutian ke Turkiye. Tahniah Encik Wan Mohd Azizi bin Wan Mat, 36 tahundan isteri Puan Nurul Shafikah bt Mohd Razali, 36 tahun

Menurut pasangan ini, "Pencapaian ini adalah percapaian bersama isteri dan pasukan Eagle Warrior yg dibimbing oleh Dr Cute. Kami hanya baru 1 tahun lebih menyertai Dr Cute. Jika kami boleh, rakan usahawan juga boleh capai impian. Dr Cute merupakan sahabat baik dan beliau memberi peluang perniagaan ketika kami tiada apa-apa. Perjuangan diteruskan bersama pasukan Eagle Warrior dan potensi mereka yang membawa kejayaan bersama. Saya mahu berjaya ramai-ramai dan membawa pasukan usawahan bersama." jelas mereka.
AFTER SALES CONSULTATION
Mei 2021 TikTok Dr Cute hanya 20 org follower. Memikirkan kandungan video yang lebih matang dan bukan sekadar hiburan. Dr Cute mula share tips kesihatan dan kecantikan. Perkongsian ilmu di TikTok sering mendapat sambutan dan FYP. Secara automatik ia mewujudkan platform yang bermanfaat

Fokus Dr Cute adalah kandungan media sosial tentang produk kecantikan di klinik estatik. Pesakit datang ke klinik dengan masalah merkuri. Dari situ kesedaran Dr Cute untuk berani berjuang tentang bahan terlarang iaitu merkuri. Produk merkuri harga bawah RM 100, tapi apabila skin barrier rosak melibatkan harga rawatan beribu-ribu ringgit. 
Keadaan pesakit memberi kekuatan kepada Dr Cute. Selepas rawatan estatik, pesakit pasti bertanya produk apa yang bagus dan berkesan. Dr Cute akan beri pendapat dan rata-rata ia pasti dijual pada harga yang mahal di pasaran. Pesakit tak mampu membeli produk tersebut, namun berdoa agar Dr Cute dapat menyediakan produk kecantikan jenama sendiri yang dijual pada harga berpatutan sesuai untuk semua orang

Sehingga 2023 Dr Cute mempunyai 50,000 orang pengguna. 80% daripadanya berjaya pulih dan meiliki kulit yang sihat. Mentaliliti masyarakat harus diubah agar bersedia menerima proses perubahan dan bersabar dengan jangka masa pulih agak lama. Merkuri telah menganggu 3 lapisan kulit utama. Perisai kulit kita dah tiada, kita perlu bantu pulihkan kulit yang dah rosak. Minimum 6 bulan ke atas untuk proses baik pulih sepenuhnya

Menggunakan platform media sosial sebagai lokasi memberi kesedaran berkongsi tips kecantikan. Dr Cute Live di TikTok setiap hari jam 9 malam. Di situ, anda boleh bertanya pelbagai soalan. 
KATAKAN TIDAK KEPADA PRODUK MERKURI
Merkuri seperti klorok yang menghapuskan bakteria. Wanita hamil tidak boleh guna produk yang mengandungi merkuri. Tiada merkuri yang selamat walau peratusan rendah. Merkuri masuk melalui produk kecantikan melalui wajah yang memiliki banyak urat kacil. Dari salur darah di wajah yang cabang-cabang urat akan pergi ke jantung dan seterusnya ke buah pinggang. 
Dr Cute juga mengalami masalah resdung dan jerawat sejak usia 9 tahun. Merupakan anak ke lapan dari lapan adik-beradik. Dr Cute sering menjadi mangsa ejekan dan kutukan kerana wajah yang berjerawat. 
Pada usia 18 tahun ketika belajar di Universiti barulah Dr Cute berkesempatan mencuba produk kecantikan yang disyorkan oleh kawan-kawan. Menggunakan wang pembelajaran untuk membeli produk kecantikan hanya berpandukan dari iklan di majalah. 
Nampak kawan-kawan cantik, rupa-rupanya produk yang dipakai mengandungi merkuri. Selepas kesedaran melalui kos perubatan yang dipelajari, Dr Cute terus berhenti menggunakan produk yang mengandungi merkuri dan melalui proses pemulihan kulit secara natural dari bahan-bahan selamat

Ugutan dan ancaman adalah perkara yang perlu diharungi, namun Dr Cute tetap terus menyediakan ilmu kecantikan agar dapat membantu ramai insan tentang bahaya merkuri. Setiap negara ada tahap merkuri yang dibenarkan. Namun, ia tetap tidak baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Disarankan menjadi pengguna bijak untuk buat carian dan semakan. 
LET'S RISE TOGETHER DC
Majlis diadakan di Sunset Glass Haus, Bora Ombak, Putrajaya pada hari Sabtu, 17 Septembr 2023. Majlis ini meraikan pelancaran produk Glow-Up Tinted Sunscreen dan disertakan pengenalan tentang kempen Let’s Rise Together DC. Kempen Let’s Rise Together DC mengetengahkan program keusahawan baru di bawahnya

Bermodalkan hanya RM250 melayakkan menjadi sebahagian keluarga Dr Cute yang semakin berjaya dengan bimbingan daripada Dr Cute sendiri. Sasaran Dr Cute adalah untuk melahirkan seramai 1,000 orang usahawan sehingga penghujung tahun 2023, dengan pendapatan bulanan konsisten. 
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program Let’s Rise Together DC ini, sila hubungi En Shah di talian 010-256 2380

MENGENAI DR CUTE


Dr Cute International Sdn Bhd merupakan syarikat yang mengetengahkan produk-produk kecantikan premium dan bebas dari merkuri secara meluas ke seluruh negara. Ditubuhkan sejak 2021 dan telah melangkaui jenama tempatan malah telah menembusi industri kecantikan luar negara iaitu di Singapura dan Brunei. 
Dr Cute terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan selamat dan premium ke seluruh dunia menerusi platform media sosial TikTok. 
Formulasi produk Dr Cute menekankan pada kepentingan dari segi kualiti, dihasilkan daripada bahan-bahan yang premium dan sekaligus untuk memelihara kualiti dan formulasi untuk pengguna setia kami

KENALI PENGASAS DR CUTE

Dr Abdullah Alias, 41 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Cute, mempunyai pengalaman yang begitu mendalam dalam kecantikan dan penjagaan kulit. Bersemangat dan sentiasa konsisten dalam memberikan konsultansi dan solusi kecantikan di platform media sosial seperti TikTok dan Facebook, telah menjadikan beliau sebagai rujukan kepada ribuan peminat kecantikan

Dengan perkongsian oleh anak kelahiran Johor itu, terdapat segelintir penonton yang mula sedar tentang bahaya produk merkuri dan beralih ke produk kecantikan organik dan selamat. Keterampilan dan pengetahuan Dr Cute dalam menyampaikan tip-tip tentang kecantikan, terutamanya penjagaan kulit telah memberikan ilham kepada para pengikutnya untuk menjaga kecantikan

Turut mengambilkira jenis kulit yang berbeza dan cabaran individu dalam memperoleh kesan yang diinginkan untuk mencapai kulit wajah yang sihat dan berseri. Selari dengan kesedaran kecantikan secara selamat, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu dimiliki oleh setiap orang

DR CUTE | TIKTOK | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/09/dr-cute-lancar-glow-up-tinted-sunscreen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Sunscreen Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit Tidak Berminyak Mesra Wuduk Tanpa White Cast Serta Menenangkan Kulit

Panduan Sunscreen Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit Tidak Berminyak Mesra Wuduk Tanpa White Cast Serta Menenangkan Kulit

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 368 hits
Cuaca sekarang tidak menentu kadang kadang hujan dan adakalanya panas berdeting Kalau nak keluar rumah pun berkira kira sebab tak sanggup nak berpanas lama kat luar Biasa kalau Cik Nor keluar rumah mesti keluar awal pagi dan mesti pulang se...
Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Terbaik Semestinya Hybrid Sunscreen Aloe Vera Yang Mesra Wuduk Berikut

Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Terbaik Semestinya Hybrid Sunscreen Aloe Vera Yang Mesra Wuduk Berikut

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 209 hits
Dulu saya selalu tertanya tanya perlu ke pakai sunscreen bila duduk dalam rumah Jawapannya perlu Kenapa kena pakai sunscreen walaupun duduk dalam rumah je pun Duduk dalam rumah pun cahaya masih dapat menembusi masuk ke dalam rumah melalui t...
Pernah Tak Terfikir Kenapa Orang Kaya Kalau Tinted Gelap Tak Kena Saman Dengan Jpj

Pernah Tak Terfikir Kenapa Orang Kaya Kalau Tinted Gelap Tak Kena Saman Dengan Jpj

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 272 hits
Kadar ketelusan cahaya puspakom percent tintet kereta dan peraturan pasang cermin gelap tinted JPJ 2023 terkini ini price harga saman yang perlu anda bayar jika tidak ikut spek berapa percent untuk cermin depan dan belakang tahun 2023 Ramai...
Watsons Baby Tint Glow

Watsons Baby Tint Glow

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 396 hits
Orang pompuan kann biasalah Kalau dapat masuk Watsons Memang jarang la keluar dengan tangan kosong Ada aje benda yang nak dibeli Kali ni MY beli pelembab bibir Mama Yan memang tak berapa rajin pakai lipstick Lagipun kita ni bukanlah wanita ...
Kbs Lancar Y Capsul Untuk Bantu Belia Pencari Kerja

Kbs Lancar Y Capsul Untuk Bantu Belia Pencari Kerja

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 168 hits
Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu melancarkan Youth Capsule IYCResidence yang merupakan kemudahan inapan kepada golongan belia yang mencari peluang pekerjaan di ibu negara Menterinya Hannah Yeoh pada sidang media selepas melancarkan Y C...
Living The Sayangga Your Body Lifestyle Unleashing Your Inner Glow

Living The Sayangga Your Body Lifestyle Unleashing Your Inner Glow

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 328 hits
Introduction Embracing the Sayangga Your Body Lifestyle Welcome to the world of the Sayangga Your Body lifestyle where self love wellness and happiness converge into a vibrant state of being This unique approach to healthy living blends tog...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

Individu Malaysia Laporkan Palsu Kena Rompak Untuk Elak Denda Hilang Ic Lagi

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Ini Sebenarnya Serangan Di Kashmir Berlaku