Dr Afifi Ulama Melayu Pertama Di Oxford Fatwa Jadi Rujukan Dunia


KUALA LUMPUR, 1 Oktober (Bernama) – Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan kekejaman dan membunuh orang awam yang diiktiraf dan menjadi rujukan banyak negara, sekali gus menempatkan Datuk Dr Afifi al-Akiti, setanding ulama terkemuka dunia.
Menurut felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford itu, penulisannya dihasilkan ketika beliau menuntut di Universiti Oxford dalam bidang Teologi, Falsafah dan Pengajian Islam.
Karya dalam bahasa Arab berjudul ‘Mudafi al-Mazlum bi-Radd al-Muhamil ála Qital Man La Yuqatil’ (Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians) tentang pembelaan terhadap pihak teraniaya dengan mengecam kumpulan pelampau yang membunuh orang awam,  ditulis beliau ekoran kejadian letupan bom di London pada 7 Julai 2005.
Ekoran kejadian tersebut, beliau mengirim sebuah risalah panjang menerusi e-mel kepada kumpulan ulama bagi menjelaskan bahawa menurut Mazhab Shafie, agama Islam tidak mengajar umatnya bertindak ganas bahkan agama keamanan.
Risalah dalam bahasa Arab itu diterima ulama Islam dan kemudiannya turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, menjadikan beliau dikenali di mata dunia.
Sehingga kini, fatwa tersebut kerap digunakan sebagai rujukan pendakwah dan ahli akademik serta sebagai hujah dalam perdebatan pengamal media termasuk wartawan penyiaran Al Jazeera, Mehdi Hasan bagi menangkis tanggapan bahawa Islam merupakan agama yang menyokong keganasan.
Lebih membanggakan apabila Afifi, 43, anak kelahiran Batu Gajah, Perak itu menjadi rakyat Malaysia serta anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun berdasarkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau tentang pengajian Islam.
Beliau berkata, khidmatnya di universiti berkenaan umpama ‘duta’ masyarakat Nusantara terutamanya Malaysia kerana warga universiti Oxford yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Britain, Amerika dan Eropah belum pernah menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.
“Ini merupakan satu amanah daripada Allah SWT. Saya menerimanya dengan rendah diri.  Alhamdulillah penerimaan komuniti di sana sangat baik dan menakjubkan. Pelajar lain seperti dari falkuti sains juga hadir ke kuliah saya, ” beliau memberitahu Bernama ketika berada di tanah air, baru-baru ini.
“Di sana kita mahu mengajar Islam dengan cara yang bersanad dan berhikmah, kesinambungan daripada ulama terkemuka seperti Imam al-Ghazali sehingga kepada Rasulullah SAW, agar tidak terjebak dengan ajaran sesat, ” tambahnya.
Ulama terkemuka itu turut menggalas tugas penting sebagai Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Perak selaku penasihat rasmi kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam pelbagai perkara terutamanya berkaitan Islam.
Beliau yang boleh berkomunikasi dalam tujuh bahasa termasuk Latin, Greek, Perancis, Jerman, Arab, Inggeris dan Melayu itu turut dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 2009.
Pada 2018, Majlis Raja-Raja melantik Afifi sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-raja Hal Ehwal Islam Peringkan Persekutuan.
“Jawatankuasa ini penting untuk meyakinkan pihak pemegang kepentingan peringkat tertinggi bagi bidang kuasa Islam, iaitu Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk memberikan cadangan dan penambahbaikan institusi agama Islam di peringkat Persekutuan,” jelas Afifi.
Atas jasa dan sumbangannya di peringkat antarabangsa, maka tidak hairanlah beliau turut tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’, sejak tahun 2010 sehingga kini.
Makalah itu diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Islam Diraja, di Amman, Jordan.
Pengorbanan, Rahsia Kejayaan Afifi yang juga peminat filem lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Star Wars berkata selain daripada usaha gigih, rahsia kejayaan beliau pada hari ini adalah atas pengorbanannya serta sokongan keluarga.
“Tanpa pengorbanan kita takkan dapat berada di mana kita mahu berada, dan tanpa pengorbanan keluarga, saya tidak akan berada di mana saya berada kini. Tiada jalan mudah untuk berjaya, kena  bekerja keras, itulah rahsia kejayaan,” jelas beliau.
Berkongsi tentang pendidikan awal beliau, bapa kepada tiga orang anak itu berkata sewaktu di sekolah rendah beliau banyak berpindah sekolah di sekitar Selangor kerana mengikut ibunya yang bertugas sebagai guru di negeri itu.
Berkat ketekunan dan restu keluarga, Afifi yang juga ahli Majlis Halal Malaysia berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Falsafah Skolastik dan Sejarah dan Falsafah Sains, dari Universiti Queen Belfast, United Kingdom (2001), Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Oxford, UK (2002) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) Pengajian Islam, dari Universiti Oxford, UK (2008).
“Saya mengembara ke luar negara untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman pada usia 15 tahun atas kemahuan sendiri. Saya banyak mengembara ke negara Arab untuk berguru termasuk Maghribi untuk mengaji talaqi dengan ulama.
“Saya berpeluang menjadi imam di Belfast, Ireland Utara sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford dengan biasiswa penuh sebagai ‘Clarendon Scholar’ dari universiti itu sehingga berjaya menamatkan PhD,” tambahnya yang pernah menerima Anugerah Perdana merangkap Tokoh Maulidur Rasul 2017, peringkat kebangsaan.
Sebagai ulama, beliau menasihati umat Islam agar lebih menghayati Islam dan mengimbangi antara mencari ilmu dunia demi untuk mencapai kejayaan di akhirat.
“Saya percaya jika umat Islam berjaya di dunia, kita dapat beri teladan, nilai sejagat yang murni agar umat lain juga dapat menghayatinya,” katanya.
Mengakhiri perbualan, Afifi berkata, agama Islam dilihat sebagai inspirasi kepada orang lain untuk berkembang, agama yang indah, sejagat dan sempurna, namun sekiranya umatnya kurang sempurna, maka mereka perlu mendalami Islam  dan menjadi penganut yang lebih baik.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/01/dr-afifi-ulama-melayu-pertama-di-oxford-fatwa-jadi-rujukan-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

Makin Parah Bandar Di Malaysia Catat Ranking Pertama Kualiti Udara Paling Teruk Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 776 hits
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh laman setakat jam 8 malam hari ini Malaysia dilaporkan berada di tempat pertama dan kedua sebagai negara yang mempunyai kadar Air Quality Index yang terburuk Laman web tersebut memantau kualiti udara s...
Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

Malaysia Di Tempat Pertama Pencemaran Udara Tertinggi Dunia

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 696 hits
Amat malang sekali apabila negara menjuarai statistik global dalam perkara yang tidak diingini Susulan epidemik jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu Malaysia kini berada di kedudukan teratas dalam senarai negara dengan penc...
Vokalis Band Mikes Dendy Meninggal Dunia

Vokalis Band Mikes Dendy Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 290 hits
Vokalis band Mikes Dendy meninggal dunia Kabar tersebut datang dari teman teman sesama artis
Rosa Meldianti Coba Peruntungan Di Dunia Bisnis

Rosa Meldianti Coba Peruntungan Di Dunia Bisnis

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 123 hits
Rosa Meldianti mencoba peruntungan di dunia bisnis Ia menjajal bisnis online shop jasa titip barang
Kena Ott Kpk Ini Perjalanan Karier Bupati Lampung Utara Di Dunia Politik

Kena Ott Kpk Ini Perjalanan Karier Bupati Lampung Utara Di Dunia Politik

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 187 hits
Kali ini KPK mengamankan Bupati Lampung Utara Agung Ilmu Mangkunegara Selain itu KPK juga mengamankan sejumlah uang yang diduga bagian dari tindak pidana suap
Sempat Mengalami Pendarahan Beberapa Minggu Lalu Bayi Kembar Irish Bella Meninggal Dunia

Sempat Mengalami Pendarahan Beberapa Minggu Lalu Bayi Kembar Irish Bella Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 478 hits
Bayi kembar yang udah memiliki nama ini langsung dimakamkan sendiri oleh Ammar Semoga diberikan ketabahan ya
Maksud Mimpi Ayah Meninggal Dunia

Maksud Mimpi Ayah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 936 hits
Disebutkan bahawa mimpi ayah meninggal merupakan petanda tentang kebaikan Ada banyak makna yang dapat dipetik dari mimpi ini samada berkaitan dengan jodoh rezeki mahupun pekerjaan Satu yang perlu diingat adalah selain sebagai petanda baik m...
Marquez Julang Juara Dunia 2019 Di Bumi Thailand Lakar Sejarah Catat Kejuaraan Dunia Ke 8

Marquez Julang Juara Dunia 2019 Di Bumi Thailand Lakar Sejarah Catat Kejuaraan Dunia Ke 8

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 347 hits
Marc Marquez dinobat sekali lagi sebagai Juara Dunia MotoGP bagi musim 2019 Beliau melakar sejarah itu apabila menjuarai perlumbaan di Chang International Circuit Thailand Untuk rekod ini kali ke lapan pelumba berasal dari Sepanyol itu menj...
Joker Cipta Rekod Kutipan Oktober Catat 234 Juta Seluruh Dunia

Joker Cipta Rekod Kutipan Oktober Catat 234 Juta Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 427 hits
Meskipun dilanda kontroversi keganasan di Amerika Syarikat filem terbaru Warner Bros DC Joker tetap berjaya menepati ramalan penganalisis apabila meraih 93 5 juta dolar pada minggu pembukaan dipasaran domestik Amerika Syarikat Kutipan terse...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof