Down Putus Asa Rasa Sunyi Rasa Kekosongan Murung



Hidup ini bukan selalu indah, ungkapan ini kita sering dengar, namun kita tak kan faham sehingga kita sendiri alami benda ini.Di media sosial terlampau banyak mereka yang kongsikan masalah, bermacam-macam masalah aku baca hari-hari, ada yang bolehaku relate dengan hidup aku.
Apa yang aku dapat belajar dari semua orang yang berkongsi masalah, setiap orang diberi ujian tapi dalam bentuk berbeza. Ujian ni boleh membuatkan kita rasa kurang bersemangat, putus asa dan hilang harapan.
Aku cuma mahu berkongsi maklumat. Sama ada maklumat ini berguna kepada kau atau tidak, semuanya terserah kepada Tuhan. Aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubah (bantu) orang lain. Aku tak mendapat sebarang manfaat material dari penulisan ini.

Bila kau rasa sendirian, sebenarnya kau tak bersendirian. Bukan aku sahaja, setiap manusia yang hidup merasakan kesakitan, putus asa, sendirian, sunyi dan kosong.
Mungkin waktu kau rasa kekosongan, ada orang lain di penjuru lain di dunia turut merasakan perasaan yang sama. Kita semua dihubungkan dengan perasaan yang sama.
Banyak yang dapat dipelajari di sini. Buka mata seluas-luasnya supaya kita dapat melihat. Dari semua inilah kita dapat berkembang. Dari sinilah kita belajar tentang diri kita, bagaimana ia merasa kesakitan, kekosongan dan bagaimana untuk mengatasinya.
Bagi mereka yang beragama, ketika tahap keimanan kita menjadi rendah, kita akan merasakan hubungan antara kita dan Tuhan semakin jauh.

Kita merasa seolah-olah doa kita tidak dijawab. Ibadah kita tidak memberi kesan positif kepada hati kita. & paling buruk kita merasakan kita adalah manusia yang paling teruk dan malang. Kita mungkin rasa Tuhan tidak lagi menyayangi kita atau tidak peduli kepada kita.
Sekiranya kau percaya pada kebenaran Al-Quran, kata-kata yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam mengubah kehidupan manusia, sekiranya ia diikuti.
Al-Quran memberitahu kita bahawa kepercayaan bergantung kepada petunjuk (hidayah) dan bukan hanya ilmu pengetahuan. Cara terbaik untuk mendapatkan petunjuk adalah dengan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Tidak ada kemudaratan atau kerugian bila mendekatkan diri dengan Tuhan. Sekiranya Tuhan benar-benar wujud, kau akan mendapat manfaat yang banyak.
Tuhan yang mencipta ujian, & hanya Tuhan mempunyai jawapannya serta berkuasa ke atasnya. Tapi adakah kau yakin dan percaya pada kewujudan Tuhan?
Bukti kewujudan Tuhan sebagai Pencipta terdapat pada alam semesta yang kompleks dan sempurna. Kesempurnaan alam semesta menunjukkan kehebatan dalam penciptaan.

Alam semesta sangat teratur dengan berbillion bintang dan galaksi bergerak dalam orbit masing-masing. Susunan alam semesta yang teratur menyebabkan perlanggaran tidak terjadi. Kepantasan objek di alam semesta berada di luar imaginasi manusia.
Bumi berputar pada paksinya dengan kepantasan sekitar 1670 km/h. Kelajuan bumi mengelilingi matahari bersamaan 108,000 km/h. Kelajuan galaksi Bima Sakti pula bersamaan 950,000 km/h.
Dalam masa 1 jam, kelajuan Bima Sakti mampu mencapai jarak sejauh 950,000 km. Ianya bersamaan 1,117 kali ulang alik dari JB ke Perlis, dan itu mengambil masa selama 419 hari. Bima Sakti hanya mengambil masa selama 1 jam. Kelajuan ini tidak dapat dibayangkan oleh manusia.
Dengan kelajuan luar biasa itu, sekiranya terjadi sedikit saja pergeseran pada orbit objek-objek di langit dapat membawa akibat yang sangat serius.
Bumi, hanyalah satu titik kecil di alam semesta. Terdapat bahaya besar yang ada di alam semesta. Tapi kita dikelilingi oleh suatu lingkungan yang sempurna, dan stabil. Sudah tentu ada satu kuasa hebat yang menjadikan semua ini sempurna.
Mungkin ada yang berfikir bahawa semua ini berlaku secara semulajadi. Tapi fikirkan pula tentang sebab dan akibat. Semua yang wujud sama ada :
Ia kekal wujud. Ia ada permulaan. Kekal wujud bermaksud ia tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Tetapi alam semesta ada permulaan. Ada permulaan bermaksud, sama ada :
Ia mencipta dirinya sendiri. Ada sesuatu yang menciptanya, mewujudkannya, memulakannya. Ini dipanggil sebagai “sebab.” Mencipta diri sendiri adalah tidak masuk akal kerana ia perlu wujud terlebih dahulu. Sangat mustahil.
Ada “sesuatu” yang menyebabkan segala yang ada di alam ini tercipta. Ini bermakna, mesti ada sebab kenapa ia berlaku. Sebab utama ialah kerana wujudnya Pencipta. Tapi siapa pula yang mencipta dan mewujudkan Pencipta?
Siapa yang mencipta Pencipta? Pencipta dicipta oleh Pencipta yang lain, yang juga dicipta oleh Pencipta yang lain. Ini tidak mungkin berlaku kerana mesti ada “Penyebab Pertama” yang menyebab segala-galanya bermula.
Kewujudan Al-Quran membuktikan bahawa terdapat Pencipta, Muhammad adalah pesuruhNya dan Islam adalah benar.
Kenapa kewujudan Al-Quran membuktikan kewujudan Pencipta? Kerana keajaiban yang ada pada kitab ini.
Al-Quran mengandungi pelbagai fakta saintifik seperti :
Embriologi Teori big bang Penciptaan gunung-ganang Kedudukan bintang-bintang Dan banyak. Al-Quran juga tidak mengandungi satu pun kenyataan yang bercanggah dengan mana-mana fakta saintifik. Semua fakta saintifik ini sudah wujud dalam Al-Quran sebelum perkembangan ilmu sains lagi. Kitab ini juga kekal dan tidak pernah berubah selama 1,400 tahun. & tidak ada satu ayat pun yang bercanggah dalam Al-Quran.
Di dalam Al-Quran juga mengandungi ayat yang mencabar kemampuan manusia. Tuhan telah mengatakan di dalam Al-Quran bahawa sekiranya semua manusia dan Jin bersatu untuk menghasilkan sebuah kitab seperti Al-Quran, mereka tidak akan mampu menghasilkannya.
Dan sepanjang tempoh 1,400 tahun ini, tidak ada seorang pun mampu menghasilkan kitab seperti Al-Quran atau lebih hebat dari Al-Quran.
Cabaran ini terdapat dalam surah Yunus, ayat 38 : “… datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang lain dari Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!”
Sekiranya kau percaya dan yakin pada kebenaran kitab Al-Quran, dan kau menerima bahawa Muhammad s.a.w adalah seorang pesuruh Tuhan. Dengan berbuat demikian, kau akan dijamin ke syurga.
Kata-kata yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam mengubah kehidupan manusia sekiranya ia benar-benar diikuti. Surah Adh-Dhua diturunkan untuk melepaskan perasaan negatif, memberikan harapan dan keyakinan bahawa Tuhan sentiasa bersama kita.

Surah Adh-Dhuha merupakan surah ke 93 dalam Al-Quran. Dari surah ini, kita dapat mencari harapan dan memperbaharui keimanan kita ketika melalui saat-saat murung, sedih, lonely dan putus asa. Jadi, apa yang terkandung dalam surah Adh-Dhuha?
“Demi waktu Dhuha.” – 93:1 Ini adalah perkara pertama yang perlu kita dengar apabila kita tertekan, murung, kesepian, down dll. Bangunlah, lihat sinar matahari. Segala-galanya dalam hidup bukanlah azab dan kesuraman.
“Dan malam apabila ia sunyi sepi.” – 93:2 Malam menutupi dan memberi keselesaan kepada kita untuk berehat. Gunakanlah waktu malam sebagai keselesaan untuk mengurangkan kesengsaraan.
“Tuhanmu tidak meninggalkanmu, dan Dia tidak benci.” – 93:3 Ayat ini memberitahu kita bahawa Tuhan tidak membenci kita dan tidak melupakan kita. Kepada mereka yang dilanda masalah, kemurungan dan kesedihan, ingatlah Dia sentiasa ada bersama kita.

“Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” – 93:4 Apabila kita dilanda masalah, kita cenderung untuk berfikir bahawa nasib kita sangat malang berbanding orang lain. Ayat ini memberi jawapan yang sempurna kepada pertanyaan itu.
Kehidupan di dunia ini adalah sementara dan Akhirat adalah tempat yang lebih baik untuk kita. Lihatlah masalah sebagai ujian untuk kita lebih dekat kepada Tuhan. Dia memberikan kita ujian sebagai peringatan kepada kita tentang kewujudanNya, bukan sebagai bebanan
Sebahagian orang mudah lupa diri apabila diberikan nikmat yang berlebihan. Sehinggakan roh sendiri pun tidak mereka kenal.
Jadi, ujian datang bersama peringatan bagi mereka yang berfikir, untuk menyedarkan kita, untuk mendekatkan lagi kita dengan Sang Pencipta.
“Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.” – 93:5
Janji Tuhan adalah benar dan Dia akan memberikan hambanya ganjaran yang sangat besar. Bukankah ini sesuatu yang baik untuk didengar apabila kita merasa bosan dengan kehidupan di dunia dan tertekan dengan masalah yang dihadapi?
 
“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan?” – 93:6 Mungkin ramai berfikir, ayat ini tentang anak yatim dan bagaimana ia berkait dengan orang lain, dengan kita yang masih memiliki ibu bapa?
Fikirkan. Banyak kali dalam hidup kita, ketika kita menghadapi masalah, sakit, rasa sendirian, lonely atau kesepian, kita merasa seperti tidak ada sesiapa yang peduli tentang kita. Semua orang tidak mahu peduli tentang kita.
Siapakah yang berada bersama kita ketika itu? Allah. Dialah yang menjaga kita dan membimbing kita.
“Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?” – 93:7

Berapa ramai dikalangan kita walaupun dilahirkan sebagai Muslim, telah tersesat dan menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar? Hanya Allah yang mampu memberikan hidayah (petunjuk) dan membawa kita ke jalan yang lurus dan kepadaNya.
“Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan?” – 93:8 Ramai dari kita telah melalui banyak waktu sukar dalam kehidupan, saat kekurangan wang.
Apabila kita melihat kembali kita akan sedar bahawa hanya Allah yang memberikan kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan membawa kita keluar dari detik-detik yang sukar.
Apabila kita tertekan, fikirkan semula bagaimana Allah membantu kita pada masa lalu, melalui semua ujian. Ia akan memperkuatkan keyakinan kita terhadap janji-janji Allah.
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,” – 93:9 Ayat ini adalah penawar utama kepada kemurungan. Kenapa ya?
Orang yang sedang tertekan, sedih dan murung kebanyakannya akan tenggelam dan larut dalam masalah mereka. Mereka akan merasakan tiada sesiapa yang mungkin lebih malang dari nasib diri mereka.
Ayat ini juga mengingatkan kita supaya melihat orang-orang yang berada dalam situasi yang jauh lebih buruk daripada kita, saat kita merasa tidak berpuas hati, berputus asa dan tertekan.
Lihatlah anak-anak yatim yang tidak mempunyai keluarga, ibu bapa atau orang tersayang. Mereka begitu dahagakan kasih sayang seorang ayah dan seorang ibu.
Majoriti daripada kita mempunyai keluarga dan ibu bapa, mempunyai atap untuk berteduh, makanan terhidang di atas meja hasil air tangan seorang ibu dan tilam empuk untuk berehat. Adakah dengan semua nikmat ini kita masih berfikir bahawa kita berada dalam keadaan yang malang?
“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik,” – 93:10 Satu lagi contoh adalah pengemis. Ia mengingatkan kita tentang nikmat material yang Allah telah berikan kepada kita, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Berapa ramai daripada kita yang tidur dalam keadaan kelaparan kerana tiada bekalan makanan? Berapa ramai daripada kita yang tidak mempunyai pakaian untuk dipakai? Dan berapa ramai daripada kita yang tidak ada tempat tinggal untuk berteduh?
Anak yatim dan pengemis adalah contoh terbaik untuk refleksi diri bagi mengingatkan kita supaya bersyukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan. Buanglah semua kesedihan dan berhubunglah dengan Allah sebagai tanda rasa syukur.
“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” – 93:11 Ayat terakhir ini adalah untuk meningkatkan keimanan dan hubungan dengan Allah, dengan memikirkan, memuliakan dan bercakap tentang nikmat Allah.
Jadi, apabila rasa putus asa, sedih, kecewa atau tertekan, perbaikilah hubungan dengan Allah. Baca surah Adh-Dhuha dan renungkan maknanya. Insya-Allah, ia akan memulihkan keyakinan kau terhadap kuasa Allah.
The post Down, Putus Asa, Rasa Sunyi , Rasa Kekosongan, Murung appeared first on Faizal Fredley.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.faizalfredley.com/2018/10/24/down-putus-asa-rasa-sunyi-rasa-kekosongan-dan-murung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Putus Cinta Luna Maya Tak Rasa Sunyi Tiada Kekasih

Baru Putus Cinta Luna Maya Tak Rasa Sunyi Tiada Kekasih

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 739 hits
Pelakon Indonesia Luna Maya menjelaskan yang dirinya tidak pernah berasa sunyi biarpun baharu sahaja beberapa bulan putus cinta dengan seorang usahawan Reino Barack Menurut Luna 35 dia enggan memikirkan mengenai hal pasangan hidup sebalikny...
Elyana Putus Asa Hentikan Semua Rawatan Kanser

Elyana Putus Asa Hentikan Semua Rawatan Kanser

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 355 hits
Baru baru ini Elyana mendedahkan kanser yang dihidapinya semakin parah dan sudah merebak ke tulang belakang Terbaru Elyan memberitahu sudah putus asa melawan The post appeared first on
Beli Rumah Murah Banyak2 Pastu Sewa Rasa Macam Jadi Kapitalis Pulak

Beli Rumah Murah Banyak2 Pastu Sewa Rasa Macam Jadi Kapitalis Pulak

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 464 hits
Dah jadi trend sekarang ni pantang ada rumah rumah murah khususnya macam flat kos rendah hendak dijual atau lelong berpusu pusu pelabur hartanah beli Bukan satu dua kadang2 sepukal beli rumah tujuannya beli pastu sewa income pasif setiap bu...
Nutri Boost Oleh Coca Cola Dengan Rasa Hebat Minuman Susu Dan Jus

Nutri Boost Oleh Coca Cola Dengan Rasa Hebat Minuman Susu Dan Jus

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 537 hits
Hi Korang Coca Cola telah melancarkan Nutri Boost minuman inovatif baru yang menggabungkan susu terbaik dunia dari New Zealand dan jus buah buahan sebenar dalam satu minuman susu jus mudah dan sedia diminum yang kini didapati di Malaysia Te...
Rasa Macam Dia Tengah Mengedap Aku Sampai Sekarang Aku Boleh Rase Yang Dia Ada Dekat Aku

Rasa Macam Dia Tengah Mengedap Aku Sampai Sekarang Aku Boleh Rase Yang Dia Ada Dekat Aku

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 496 hits
Seorang pengguna Twitter bernama Zulhakimi telah menceritakan pengalaman seram ketika dia menetap di Kuarters Institusi Pendidikan Gombak Semuanya bermula pada satu malam ketika umurnya 10 tahun Rasa Macam Dia Tengah Mengedap Aku Sampai Sek...
Mengurangkan Rasa Sakit Tumit

Mengurangkan Rasa Sakit Tumit

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 312 hits
Hai hai hai Apa khabar semua Hari ni nak cerita pasal shakleeeffects yang kak Nur alami yang menyebabkan sampai sekarang kak Nur saaayang sangat kat Shaklee Kak Nur dulu mengalami sakit tumit Kak Nur yakin ramai orang mengalami sakit tumit ...
Sayur Masak Bening Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan

Sayur Masak Bening Cara Masak Paling Mudah Kalau Rasa Nak Jaga Badan

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 904 hits
Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening Ia ringkas mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain Nak cuba Rasa tampilkan 7 resipi sayur bening yang boleh anda saj...
Rasa Lemak Manis Menjadikan Kuih Getas Antara Kuih Legend Kegemaran Ramai

Rasa Lemak Manis Menjadikan Kuih Getas Antara Kuih Legend Kegemaran Ramai

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 1270 hits
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis Ada yang juga memanggil getas getas atau gegetas Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain Uli gentel dan goreng...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii