Dosa Besar Palu
Agak terkesan aku apabila aktivis MAPIM memberikan ceramah berkaitan Palu di Indonesia. Yang terkesan sangat bukan sebab kejadian pelik yang terjadi di Palu tetapi dosa yang ada di Palu itu juga ada di Malaysia. Itu aku tak nafikan dan sebab itu aku kata terkesan sangat sebab bila-bila pun Allah swt boleh turunkan bala yang sama di Malaysia. Ko tak takut ke?
Palu diuji dengan bala dan kita di Malaysia kita diuji dengan kesenangan. Setuju ke? Cuma ada satu ‘kelebihan’ di Palu ini yang kuat menjemput bala. Aku kata ‘kelebihan’ ni sebab rakyat Palu ada mambuat satu ritual untuk menolak bala tetapi perkara itu yang sebenarnya menjemput bala. Palu nomoni. Ianya satu perbuatan syirik.
Apa itu Palu nomoni.
Palu nomoni ialah satu ritual penyembahan korban binatang kepada ‘Tuhan laut’ kononnya untuk menolak bala. Rakyat Palu telah lama Islam dan meninggalkan amalan bukan Islam sejak berzaman. Walaubagaimanapun, masih ada segelintir orang yang menyambung ritual ini secara kecil-kecilan di serata Palu sebagai menyambung amalan nenek moyang.
Walaubagaimanapun, semenjak 2016, seorang pemerintah tempatan telah mengisytiharkan secara terbuka agar ritual Palu nomoni ini diaktifkan kembali dan dibuat secara besar-besaran di tepi pantai sebagai satu aktiviti untuk menarik pelancong bagi merancakkan lagi industri pelancongan di sana. Turutan dari situ, Palu nomoni di rai secara besar di tepi pantai semanjak dari 2016 sehingga sekarang.
Diberitahu pada 2016 dan 2017, apabila ritual itu dijalankan telah berlaku ribut kencang seakan Allah swt telah memberi amaran namun tidak diendahkan. Para ulama juga telah menyuarakan tidak setuju. Pemerintah tetap dengan keputusan untuk meneruskan. Dan apabila sampai 2018 begitulah tsunami yang Allah swt kirim untuk disampaikan amaran kepada pendosa syirik malah orang yang berdosa juga terkena sekali.
Selain dari tsunami juga ada kejadian lain yang pelik berlaku sebagai pakej peringatan Allah swt kepada rakyat Palu. Tsunami itu sendiri pelik sebab dengan tanpa sebab pun Allah swt boleh jadikan sebab. Apatah lagi yang lain-lain yang tidak masuk akal. Nanti aku cerita.
Aku nak cerita selepas ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://affiliatesecretfornewbie.com/dosa-besar-palu/