Dos Pertama Vaksin Selesai
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Baca tajuk tentu cerita tentang vaksin Covid-19 or Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Of course! Ramai orang mesti ternanti-nanti dengan rasa gelisah bila applikasi MySejahtera masih belum menunjukkan tarikh bila anda akan divaksin. Frankly speaking, saya takde la tertunggu-tunggu sangat, just go with the flow.. Selama ini saya serahkan kepada MySejahtera untuk tentukan bila tarikh vaksin saya.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Daerah Seremban
Namun disebabkan syarikat tempat saya bekerja kategori essential services di bawah Kerajaan Negeri, jadi Jabatan Sumber Manusia dapatlah kuota vaksin kepada kakitangan yang berminat. Tiada unsur paksaan dari pihak majikan
Jadi saya antara kakitangan yang berminat untuk mendapatkan dos pertama vaksin Sinovac. Regardless apa orang kata tentang vaksin Sinovac, saya yakin dan percaya bahawa setiap vaksin adalah ikhtiar bagi mencegah virus Covid-19.
Lokasi vaksin Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban
So pada 15.06.2021 lalu adalah tarikh penuh debar.. Takde la berdebar sangat tapi nervous sebab dah lama tak kena injection. Untuk pengetahuan pengambilan vaksin tersebut diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, bangunan sebelah padang di tengah-tengah Bandaraya Seremban
Beratur seawal 8.00 pagi
Saya dikehendaki hadir seawal 8.00 pagi walaupun procedure sebenar pada pukul 8.30 pagi. Tiba di sana terus beratur, standby kad pengenalan dan apps MySejahtera yang telah dikemaskini
Sambil menunggu procedure bermula, haruslah ootd sebab bosan berdiri lama.
Bosan menunggu, kita ootd
Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba.. Seorang demi seorang mengambil giliran masing-masing untuk proses pendaftaran dengan menyerahkan kad pengenalan kepada kaunter pendaftaran. Kemudian menunggu giliran hingga nama dipanggil untuk ditemuduga oleh Doktor yang bertugas
Selepas itu kita akan dapat nombor giliran dan seterusnya tunggu giliran vaksinasi.. Uikshhh berdebar bila masuk bilik putih. Satu ruang memuatkan 2 orang.
Menunggu giliran dengan penuh debar
Tak lama selepas itu nama pun dipanggil.. Seram sejuk maka selesai sudah dos pertama vaksinasi Covid-19 pada pukul 8.57 pagi, legaaa..
Lepas suntik, kami dinasihatkan untuk tunggu lebih kurang 15 minit sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Sementara menunggu, ambillah peluang ke photo booth. Wajib ambil gambar dengan gaya tersendiri sebagai kenangan tanda "Saya telah divaksin". Lihatlah gaya kaku saya
Saya telah divaksin - Dos 1
Setakat post ini ditulis, saya tidak mengalami sebarang simptom kecuali lenguh di bahagian yang disuntik untuk tempoh 3 hari. Ada sesetengah pendapat kata dos kedua baru timbul simptom.. Entahlah, saya hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan dan terhidar dari sebarang perkara yang tak diingini. Tawakkal dan selebihnya serahkan kepadaNya
Covid-19 Vaccination Status
Keesokkan hari bila check status MySejahtera telah dikemaskini dengan tarikh temujanji dos kedua dan terdapat status Covis-19 vaccination. Menghadap lagi satu fasa seterusnya.
Begitulah serba ringkas pengalaman saya mengambi vaksin Covid-19. Pembaca yang ingin kongsi cerita tentang vaksin boleh tinggalkan pendapat di ruang komen
Thank you for reading, until next time
Byee
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2021/06/dos-pertama-vaksin-selesai.html