DONUT KENTANGRsp : Rosmarlina@jintanmanis Bahan2 :👉250 g tpg. gandum / tpg. high protein 👉80 g kentang rebus & dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)👉2 sdb. susu tepung👉1 bj. telur gred A (kocok2 dgn garfu)👉80ml susu segar @ air suam👉1 1/2 sudu besar marjerin👉2 sdb gula👉4 g yis ( 1 1/2 sudu kecil) Caranya.1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. (tumbuk2, tenyeh2 macam basuh kain kat sungai atas batu, jgn berkemban sudah😜) (hempas2 angkat hempas suka hati jgn hempas atas lantai yer) 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang yg.ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, api kecil ya, dan salut donut kentang dengan dusting powder ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, . **Kalau guna Breadmaker, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.**saya guna tepung gandum & air suam sahaja. . **Cara menyalut donut dengan coklat cair :👉Cairkan coklat masakan bersama sedikit mentega, masak dengan kaedah double boil..biarkan mereneh atas api yang perlahan & celupkan donut yang dah sejuk, taburkan apa-apa hiasan yang anda suka Selamat Mencuba ya.. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |