Dong Zong Gelar Pusat Islam Utm Jahil Batal Program Seni Tarian


 ainulillia
Pertubuhan radikal lantang tolak Jawi gesa UTM terima perbezaan pendapat KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bertindak mengkritik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana membatalkan sebuah wacana berkaitan seni tarian merentas perkauman yang melibatkan tokoh seni tarian klasik India, Datuk Ramli Ibrahim.
Wacana bertajuk ‘Program Perkongsian Seni Tarian Merentas Bangsa’ yang sepatutnya berlangsung 5 Jun yang lalu dibatalkan selepas mesyuarat Pengurusan Pusat Islam UTM bermusyawarah dan bersepakat menasihatkan agar pelaksanaan program itu tidak diteruskan atas faktor kesesuaian program.
UTM memberitahu, keputusan Pusat Islam UTM mewakili pendirian universiti, menitikberatkan pengisian program yang tidak menyinggung mana-mana pihak serta seimbang daripada pelbagai aspek termasuk kepelbagaian, kesejahteraan dan kerohanian.
Dong Zong yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pusat Islam UTM itu membidas tindakan tersebut dengan dakwaan bahawa ia bukan sahaja menyekat kebebasan berfikir golongan berpendidikan tinggi, bahkan menghalang usaha interaksi rentas budaya dan tidak menyumbang kepada komunikasi dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum. 
“Ramli adalah seorang penari bereputasi tinggi, terkenal di dalam dan luar negara kerana komitmen dan usahanya mempromosikan pertukaran budaya melalui seni tarian klasik India. 
“Pusat Islam UTM telah mencetuskan ketegangan dengan menggunakan alasan kandungan sensitif dalam usahanya menstigmatisasikan dan mengaitkan program tersebut dengan agama bagi menghalang demonstrasi seni kebudayaan merentas kaum. 
“Selagi pihak universiti masih bersikap angkuh dengan kuasanya, penindasan berlandaskan kejahilan seperti ini, pastinya bukan yang terakhir,” katanya dalam satu kenyataan.
Dong Zong yang pada hakikatnya lantang menolak sistem pendidikan kebangsaan malah mendakwa, tindakan mengaitkan semua perkara dengan politik, agama, kaum oleh golongan atasan dikhuatiri akan menjerumuskan masyarakat ke arah pemikiran jumud yang menjadi penghalang kepada kemajuan pendidikan tinggi di negara ini.
“Sudahlah kedudukan universiti tempatan dalam senarai universiti terbaik dunia tidak memuaskan, kebebasan akademiknya juga sangat teruk. 
“Semakin banyak salah laku di universiti, skandal dan insiden penindasan akademik juga terdengar dari masa ke semasa menyebabkan setiap anggota masyarakat menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kebebasan akademik dan kualiti pendidikan di universiti tempatan.  
“Untuk kemajuan universiti, amalan birokrasi dan gaya kepimpinan serta pentadiran yang keras mesti dihapuskan,” kata Dong Zong.
Pertubuhan radikal itu yang sebelum ini beria-ia menolak pengenalan pembelajaran tulisan Jawi dalam silibus murid sekolah vernakular kerana takut kepada pengaruh Islamisasi, menggesa pula UTM supaya melindungi kebebasan akademik, menerima perbezaan pendapat, tidak mencampuri urusan pentadbiran kampus dan kebebasan penyampaian kuliah dengan ideologi agamanya. 
“Kebebasan akademik adalah asas pendidikan tinggi, tanpa kebebasan akademik, idea tidak dapat dilahirkan dengan bebas di universiti dan akhirnya menjejaskan hak mahasiswa untuk mendapatkan pendidikan dan hak masyarakat untuk maju, ilmu dan ketamadunan manusia juga tidak dapat berkembang. 
“Universiti perlu kembali kepada kesubjektifan pendidikan, kami berharap organisasi dari setiap lapisan masyarakat tidak akan terus berdiam seperti dulu.
“Mereka patut dengan lantang menghalang pendidikan dikaitkan dengan agama, menyokong kebebasan akademik kerana universiti yang tiada kebebasan berfikir dan kebebasan akademik tidak mungkin dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan jauh sekali dapat menjadi universiti terbaik dunia,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/dong-zong-gelar-pusat-islam-utm-jahil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kok Seong Tempelak Dong Zong Dakwaan Salah Dan Tak Bertanggungjawab

Kok Seong Tempelak Dong Zong Dakwaan Salah Dan Tak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 242 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Sikap jelik etnik Cina penyebab mereka terus penting diri BANGI Bukan sahaja salah dakwaan pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong bahawa pendidikan negara terperangkap dalam sistem yang bersifat tunggal amat tida...
Berterusan Hentam Sistem Pendidikan Negara Dong Zong Dah Tak Patut Wujud

Berterusan Hentam Sistem Pendidikan Negara Dong Zong Dah Tak Patut Wujud

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 295 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Dong Zong yang tak sedia asimilasi dengan sistem pendidikan kebangsaan BANGI Dakwaan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bahawa sistem pendidikan di negara ini terperangkap dalam sist...
Kenyataan Dong Zong Hina Toleransi Kaum Peribumi Di Malaysia

Kenyataan Dong Zong Hina Toleransi Kaum Peribumi Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 240 hits
Sengaja tutup hakikat sistem pendidikan Malaysia pelbagai aliran BANGI Luahan kesal pertubuhan pendidikan Cina Dong Zong mengenai pendidikan negara seolah olah menghina sistem pendidikan kebangsaan serta sikap toleransi bangsa peribumi Terd...
Apabila Kerajaan Gagal Menguruskan Dong Zong

Apabila Kerajaan Gagal Menguruskan Dong Zong

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 324 hits
Berterusan hentam sistem pendidikan negara Dong Zong dah tak patut wujudDakwaan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia bahawa sistem pendidikan di negara ini terperangkap dalam sistem yang bersifat tunggal adalah tidak...
Bkkbn Dan John Hopkins Ccp Tutup Program Pilihanku Setelah Berjalan Selama 7 Tahun

Bkkbn Dan John Hopkins Ccp Tutup Program Pilihanku Setelah Berjalan Selama 7 Tahun

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 323 hits
Selama tujuh tahun perjalanan program Pilihanku BKKBN dan JHCCP berupaya untuk dapat meningkatkan kinerja program Keluarga Berencana di Indonesia
Vonis Bebas Batal Di Kasasi Terdakwa Suheri Terta Wajib Jalani 3 Tahun Di Penja

Vonis Bebas Batal Di Kasasi Terdakwa Suheri Terta Wajib Jalani 3 Tahun Di Penja

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 256 hits
KPK mengimbau agar terpidana kooperatif hadir memenuhi panggilan Tim Jaksa Eksekusi dimaksud Ali menandasi
Bpkh Siap Kembalikan Dana Calon Jemaah Haji Batal Berangkat Di 2021

Bpkh Siap Kembalikan Dana Calon Jemaah Haji Batal Berangkat Di 2021

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 322 hits
Namun demikian memang ada konsekuensi tertentu jika dana haji yang mengendap ditarik kembali Calon jemaah bisa kehilangan antreannya dan harus mengulang proses pendaftaran haji dari awal jika kembali berniat menunaikan haji
Buat Pusingan U Turn Last Minute Batal Niat Berkhatan Gelagat Anak Norman Hakim Cuit Hati Wargamaya

Buat Pusingan U Turn Last Minute Batal Niat Berkhatan Gelagat Anak Norman Hakim Cuit Hati Wargamaya

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 272 hits
Bukan mudah memujuk anak kecil kita untuk berkhatan Namun pelakon dan pengacara Norman Hakim berjaya membuatkan dua anak lelakinya untuk berkhatan secara serentak Pun begitu disaat akhir kata Norman anak lelakinya Kikim membuat pusingan U T...
Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Keajaiban Melk Permata Sejarah Di Tepian Sungai Danube

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Mca Takkan Pilih Sertai Pn Ka Siong Dedah Masyarakat Cina Sukar Terima Pas

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Buy My House Now And Seize Your Dream Home Today

Find Local Real Estate Agents For Your Dream Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk

Aktiviti Perjumpaan Toqqi Bersama Saudara Akmal Dahalan Ppim 06 12 2025

Raja Buah Siapa Mampu Menolak

Donut Kampung Lembut Gebu Resipi Nostalgia Paling Sedap Yang Wajib Cuba

Usd Jpy Analisis Harga Dan Ramalan Yen Jepun Mencuba Mempertahankan Sentimen Kenaikan Harga Menjelang Kdnk Jepun

Pasaran Bersedia Untuk Mengambil Risiko