Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers
Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers. | Assalammualaikum semua! Salam Aidilfitri dan Salam 2 Syawal 1442! Semalam 1 Syawal dah duduk rumah, hari ni keluar berjalan sekejap sebab ketandusan idea nak makan apa. Hahaha. Semua dah takmo makan ayam masak merah, rendang, lemang, nasi impit. Nak makan sup-sup macam tu. Hahaha. Maka, ibu pun hidupkan enjin kereta dan pergi mencari makanan di Wangsa Walk. Ini diantara pusat membeli-belah kegemaran kami sekeluarga. Takyah tanya sebab kenapa. Sebab memang selesa kat sini. Parking banyak, makanan banyak dan penjarakan fizikal di antara pengunjung bagus. Hehe. Sambil mencari makan, terpandang la butik Kickers. Hehehe. Mata nampak dompet warna merah. Ku terpesonaaaaaa.
Dompet Dan Penyimpan Kad Kickers
Kickers adalah jenama pakaian yang mensasarkan kepada remaja dan mula beroperasi sejak tahun 1970 di Perancis. Mereka menghasilkan pelbagai jenis kasut dan pakaian. Kickers dibeli pada tahun 2007 oleh Royer Group. Sekarang, lebih 70 negara menjual Kickers. Ruby masih ingat jenama ini sangat popular ketika Ruby di bangku sekolah. Ketika itu kasut Kickers Kick Hi Boots menjadi pilihan. Walaupun Kick Hi Boots ini telah berada di pasaran sejak 1975. Ia tetap menjadi trend sehingga kini. Boleh dikatakan ramai suka Kick Hi Boots ni dan Kickers mengeluarkan pelbagai jenis warna. Koleksi ini tidak terhad untuk remaja sahaja. Bayi, kanak-kanak, wanita, lelaki dan semua orang boleh mendapatkan Kick Hi Boots.
Ruby sembang dengan suami. Nak cari dompet. Sebab dompet yang sedia ada kena bawa dua. Satu untuk simpan kad membership dan satu lagi untuk kad penting serta wang tunai. Kalau boleh, Ruby nak ke mana-mana, bawa bag kecil aje. Lagi pula pandemik COVID-19 ni, memang nak kurangkan pegang-pegang bag dan kunci.
Jenama Kickers ni memang Ruby tahu, tapi dah bertahun tak beli. Apabila masuk ke Kickers cawangan Wangsa Walk Mall. Ruby seronok tengok mereka display banyak dompet. Sampai rambang mata nak pilih. Warna pula macam-macam. Rasa nak kelainan pula kalau membeli dompet kulit. Selalu warna coklat cair, coklat pekat dan hitam. Di Kickers ada dompet kulit warna merah, hijau dan kuning. Wohooo. Dah bersinar mata.
Suami Ruby cakap, pilihlah... Hadiah untuk sayang... Abang nak beli dompet kulit yang elok untuk sayang.. Macam sayang beli untuk abang selalu tu.. 🤗
Dompet Kickers 1KDPT 51066
Hahaha. Happy la Ruby dengar, sebab tengah pilih-pilih dompet tu mesti kita tengok harga kan. Bajet Ruby dalam RM 150 - RM 200. Sebab faham kualiti kulit lembu dan servis Kickers ni long term investment juga. Bila suami cakap dia nak bayar. Yabedabeduuuu happy
Produk ini diperbuat daripada Kulit Lembu Asli. Halalan Toyibban.
Terdiri daripada: 1 bahagian ruang simpanan wang kertas tunai 1 bahagian ruang simpanan berzip wang kertas tunai1 bahagian ruang simpanan berzip untuk duit syiling10 slot kad1 ruang simpanan gambar atau kad pengenalan4 ruang simpanan bahagian dalam yang sesuai untuk simpan kertas nota penting, resit atau kad temujanji doktor
1 slot pin kad sim telefon
Secara keseluruhan ruang simpanan adalah 18 ruang simpanan
Panjang: 12.5 cm Lebar: 9 cm Ketebalan: 2 cm
Kickers Card Holder Pada Diskaun 50%
Pada mulanya Ruby nampak poster 50% diskaun di kaunter dan bertanya kepada staff bertugas. 50% untuk barang apa ya?
Diantara produk yang dapat 50% diskaun adalah dompet panjang, dompet syiling dan tempat simpanan kad.
Ruby pilih card holder. Harga asal RM 58. Jadi, selepas potongan 50%. Dapat RM 29 sahaja. Apa yang menarik adalah tempat simpanan kad ini adalah RFID Protected dan menggunakan material dari kulit lembu. Sangat berbaloi-baloi
7 ruang simpanan yang boleh menempatkan wang kertas, kad penting dan kad pengenalan. Untuk Ruby, ruby buat sebagai ruang untuk simpanan kad nama, kad akses umah, kad akses pejabat dan touch n go. Jadi, mudah di simpan di dalam poket. Tidak perlu masuk dekat dompet besar. Hehe.
Panjang: 10.5cmLebar: 8cm
Servis Penjagaan Barangan Kickers
Pasti hanya pengguna Kickers sahaja yang mengetahui tentang servis ini. Jadi, Ruby ingin berkongsi tentang servis dari Kickers yang anda tidak tahu. Kickers menyediakan servis mencuci produknya tanpa sebarang cas. Mereka akan membersihkan dompet Ruby pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini akan memberi kelangsungan produk boleh digunakan dengan lebih lama. Mungkin bertahun-tahun lamanya. Mereka akan periksa bahagian zip dan jahitan juga.
Kickers Wangsa Walk Mall Atau Shopee
Anda boleh dapatkan produk dari jenama Kickers dengan dua cara. Pergi ke cawangan terdekat atau membeli dalam talian. Seperti Ruby, Ruby beli di cawangan Kickers Wangsa Walk Mall. Setiap kali membeli, staff bertugas akan membantu. Mereka akan terangkan fungsi dan kelebihan setiap wallet. Malah di kedai, ada 10% diskaun atau 50% diskaun untuk pembelian produk kedua. Itu pun untuk produk terpilih sahaja. Tapi tidak rugi untuk membeli sebab Kickers menggunakan bahan kulit yang berkualiti. Betul tak
Semoga korang happy dengan perkonsian Ruby. Doakan kami suami isteri bahagia hingga ke syurga ya. Amin
www.shopee.com.my/kickers.os | www.facebook.com/malaysia.kickers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/05/dompet-dan-penyimpan-kad-kickers.html