Dominasi Israel Ke Atas Palestin Seperti Dasar Aparteid Tun M


PETALING JAYA, 8 FEB: Dalam nada kritikan pedas terhadap `Perjanjian abab ini’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia hanya meneruskan dominasi pendudukan seperti dasar aparteid ke atas rakyat Palestin.
“Malaysia mendapati cadangan itu tidak dapat diterima dan amat tidak adil,” kata Dr Mahathir ketika menyatakan cadangan pelan damai itu tidak mendekatkan usaha melahirkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
Memburukkan lagi keadaan katanya, ia menyerahkan bandar suci Jerusalem dengan mudah kepada pihak Israel, tanpa mempedulikan perasaan jutaan umat Islam dan Kristian di seluruh dunia.
“Perkara ini hanya akan membawa lebih banyak konflik di rantau ini, dan kemarahan berbilion masyarakat di seluruh dunia,” katanya ketika merasmikan Persidangan Ketiga Liga Parlimen Al-Quds di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata, ia satu tawaran berat sebelah yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan Israel tanpa konsultasi dengan Palestin dan menolak usaha untuk membawa keamanan ke Palestin
“Pelan keamanan ini hanya mengiktiraf kuasa besar yang melakukan pendudukan dan pada masa sama mengetepikan hak mereka yang ditindas,” kata Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, rayuan rakyat Palestin menjadi tumpuan isu kepada ramai komuniti antarabangsa tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
“Dengan mengambil berat isu itu sebagai tanggungjawab kita masyarakat dunia dengan memastikam isu itu tidak diremehkan, digugurkan atau dsembunyikan di bawah permaidani,” katanya.
Merujuk kepada beberapa resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan dan berpihak kepada rakyat Palestin, Dr Mahathir berkata, “Apa gunanya jika satu demi satu resolusi diterima pakai tetapi mereka boleh diabaikan dengan bebas tanpa sebarang hukuman. Lebih teruk, apabila apa yang sebalik daripada resolusi itu yang dilaksanakan”.
Katanya, kepada kongregasi ahli parlimen dunia, kesemua platform yang ada seharusnya digunakan oleh mereka yang berkongsi pemikiran, untuk terus menyuarakan kebimbangan dan menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam yang dilakukan rejim Tel Aviv terhadap rakyat Palestin.
“Kita wajib dan bertanggungjawab, ini akan menjadi lebih kuat apabila negara-negara besar yang menyatakan diri mereka sebagai pembela keadilan dan kebebasan, memilih untuk mendiamkan diri sedangkan kekejaman sedang berlaku.
“Dalam erti kata lain, jika kita memilih untuk senyap, daripada pembunuhan rakyat Palestin oleh Israel juga ada pada tangan kita,” kata Perdana Menteri.
Dr Mahathir menegaskan Malaysia akan sentiasa menyokong Palestin dan polisi luar terhadap negara itu, tidak pernah berubah sejak kemerdekaan Malaysia.
“Ketika Malaysia mahu bersahabat dengan semua negara dan menghormati kedaulatan masing-masing tanpa mengira kepercayaan ideologi, kita mesti terus menyuarakan dan menentang ketidakadilan dan mempertahankan hak mereka yang tertindas,” katanya.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/dominasi-israel-ke-atas-palestin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Nyatakan Pendirian Perjanjian Damai Israel Palestin

Malaysia Nyatakan Pendirian Perjanjian Damai Israel Palestin

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Luar Biasa Terbuka Jawatankuasa Eksekutif peringkat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam di Jeddah Arab Saudi esok Kementerian Luar berkata ...
Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

Israel Lepaskan Tembakan Ketika Warga Palestin Solat Subuh Di Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 301 hits
Tentera Israel sekali lagi bertindak menyerbu perkarangan Masjid Al Aqsa ketika umat Islam sedang menunaikan solat Subuh di masjid ketiga paling suci oleh umat Islam itu Menerusi video yang dikongsikan di Twitter pihak Israel dikatakan tela...
12 Tentera Israel Cedera Parah Dilanggar Kereta Remaja Palestin Terbunuh

12 Tentera Israel Cedera Parah Dilanggar Kereta Remaja Palestin Terbunuh

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 288 hits
Seorang lelaki Palestin bertindak menghentam keretanya ke arah sekumpulan tentera awal pagi ini di Jerusalem telah mencederakan 12 orang anggota tentera Israel Manakala di Tebing Barat seorang remaja Palestin berusia 19 tahun terbunuh dalam...
Jeritan Warga Wuhan Yang Ditutup Karena Virus Corona Seperti Akhir Dunia

Jeritan Warga Wuhan Yang Ditutup Karena Virus Corona Seperti Akhir Dunia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 389 hits
Warga kota Wuhan di China terisolasi dengan menyebarnya virus corona atau coronavirus yang awalnya berasal dari wilayah tersebut Beberapa warga menyebut situasinya seperti akhir dunia Seperti dilansir AFP Kamis kota Wuhan yang berpenduduk 1...
Seperti Hendak Menepung Tiada Berberas

Seperti Hendak Menepung Tiada Berberas

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 391 hits
Maksud Peribahasa Seperti hendak menepung tiada berberas Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya Maksud mudah peribahasa Seperti hendak menepung tiada berberas Menepung bermaksud menu...
Dasar Bumi Hangus Dap Memasuki Fasa Ii

Dasar Bumi Hangus Dap Memasuki Fasa Ii

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 498 hits
Satu strategi yang sangat sinonim dengan DAP ialah menuduh lawan melakukan apa yang sebenarnya mereka telah atau sedang lakukan Terma bagi strategi ketenteraan iaitu Dasar Bumi Hangus yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chi...
Penonton Sifatkan The Garden Of Evening Mists Karya Hebat Anggap Seperti 039 Titanic 039 Versi Malaysia

Penonton Sifatkan The Garden Of Evening Mists Karya Hebat Anggap Seperti 039 Titanic 039 Versi Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 362 hits
Hiburan Filem The Garden of Evening Mists menerima pelbagai respons positif dalam kalangan penonton sejak ditayangkan lebih seminggu yang lalu Ramai yang memuji filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya tulisan Tan Twan Eng itu sebag...
Penjaja Belon Bertindak Agresif Tolak Anggota Penguat Kuasa Dbkl

Nak Bantu Pun Sanusi Marah Akai Tak Dak

Is Vr And Ar The Next Big Thing In Gaming

Along Bakal Mati Syawal Ini

Preparing Your Home For Hari Raya A Guide To Multigenerational Living

Bagaimanakah Biodiversiti Dapat Menjana Ekonomi

Mercun Terbakar Kereta Hangus

Di Sana Tolak Ansur Di Sini Tolak Tersungkur Dr Maza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tindakan Yang Boleh Kita Buat Apabila Dipukul Dikasari Dan Dicederakan

How Does Private Equity Actually Work

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Akibat Intregriti Yang Atok Musnahkan

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa