Dokumentasi Persaraan Borang Dokumen Perlu Disediakan


Dokumentasi persaraan adalah salah satu dokumen penting yang perlu anda ketahui bagi memastikan proses persaraan berjalan lancar. 
Ia merupakan antara aspek penting dalam pengurusan sumber manusia terutamanya bagi mereka yang bekerja di sektor awam ataupun swasta yang mempunyai skim pencen.
Sekiranya anda bekerja sebagai pengurus sumber manusia, dokumentasi persaraan adalah sangat penting untuk difahami bagi memastikan segala hak pekerja dipenuhi. Sekaligus, memudahkan proses persaraan pekerja agar berjalan lancar.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Dokumentasi Persaraan termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi.
Apa Itu Dokumentasi Persaraan? Dokumentasi persaraan merujuk kepada proses penyediaan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menguruskan persaraan seseorang pekerja. 
Proses ini sangat penting bagi memastikan seseorang pekerja yang bersara mendapat hak mereka seperti yang ditetapkan oleh organisasi dan undang-undang pekerjaan di Malaysia.
Dokumen-dokumen yang perlu disediakan adalah termasuk kenyataan perkhidmatan, borang pencen, dan rekod cuti yang perlu dikemukakan kepada pihak berkaitan seperti Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Proses ini penting untuk memastikan pesara menerima faedah persaraan mereka tepat pada masanya, 
Dokumentasi ini bukan sahaja melibatkan aspek pentadbiran tetapi juga memberi kesan kepada kebajikan pesara. 
Sebagai contoh, kelewatan dalam pengemukaan dokumen boleh menyebabkan penangguhan bayaran pencen atau ganjaran lain yang sepatutnya diterima. 
Setiap organisasi mungkin mempunyai keperluan dokumentasi tambahan bergantung kepada polisi dalaman serta peraturan industri tertentu.
Siapa yang Perlu Menyediakan Dokumentasi Persaraan? Tanggungjawab utama dalam menyediakan dokumentasi persaraan terletak pada jabatan terakhir tempat pekerja bertugas. 
Pegawai sumber manusia memainkan peranan penting dalam memastikan semua dokumen lengkap dan dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan. 
Menurut garis panduan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dokumen persaraan perlu dihantar sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh persaraan pekerja. 
Selain itu, pegawai sumber manusia juga bertanggungjawab memastikan data pekerja dikemaskini dalam sistem seperti HRMIS (Human Resource Management Information System). 
Sistem ini membantu menyelaraskan maklumat berkaitan perkhidmatan pekerja dan memudahkan proses dokumentasi persaraan. 
Borang & Dokumen Persaraan Wajib  Borang mandatori: 
JPA.BP.HRMIS 01 – Urusan Persaraan dan Pencen melalui aplikasi HRMIS  JPA.BP.1 – Pengiraan Cuti Rehat yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980  JPA.BP.2 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang  JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980  Dokumen sokongan: 
Salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan kenyataan cuti terkini  Salinan buku akaun bank / penyata (akaun perseorangan sahaja)  Salinan kad pengenalan bakal pesara, pasangan dan anak bawah 21 tahun  Salinan sijil kahwin / cerai  Borang tambahan (sekiranya berkaitan): 
JPA.BP.3 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota  JPA.BP.4 – Maklumbalas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan  JPA.BP.WAKIL –  Borang Perlantikan Wakil Skim A  Borang & Dokumen Persaraan Pilihan  Borang mandatori
JPA.BP.HRMIS01 – Urusan Persaraan dan Pencen melalui aplikasi HRMIS  JPA.BP.1 – Pengiraan Cuti Rehat yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980  JPA.BP.2 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang  JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980  Dokumen sokongan: 
Salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan kenyataan cuti terkini  Salinan buku akaun bank / penyata (akaun perseorangan sahaja)  Salinan kad pengenalan bakal pesara, pasangan dan anak bawah 21 tahun  Salinan sijil kahwin / cerai  Surat permohonan persaraan pilihan bakal pesara dan Surat sokongan Ketua Jabatan Tapisan Keutuhan SPRM Surat kelulusan persaraan  Borang tambahan (sekiranya berkaitan): 
JPA.BP.3 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota JPA.BP.WAKIL –  Borang Pelantikan Wakil Skim A Kenyataan Perkhidmatan Kenyataan Perkhidmatan adalah salah satu dokumen TERPENTING dalam dokumentasi persaraan. Apa yang perlu ada dalam Kenyataan Perkhidmatan?
1. Catatan tarikh lahir pegawai di muka pertama kenyataan perkhidmatan (Bagi Persaraan Wajib Sahaja)
Memaparkan tarikh lahir yang diperakui oleh Ketua Jabatan Sekiranya berlainan dengan Kad Pengenalan – Catatan di Kenyataan Perkhidmatan akan diguna pakai Sekiranya tidak lengkap?
Memaparkan Tahun sahaja – Tarikh 31 Disember akan diguna pakai bagi penentuan tarikh persaraan Memaparkan Tahun dan bulan – Penghujung bulan diguna pakai bagi penentuan tarikh persaraan 2. Catatan nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Nombor KWSP perlu bagi membolehkan KWAP menghantar makluman kepada KWSP untuk tujuan menyemak status Caruman Kerajaan di KWSP. Sekiranya berlaku pegawai terlebih terambil caruman kerajaan, ia akan dipotong dari faedah persaraan.  Sekiranya berlaku caruman ahli terlebih dipotong, tuntutan semula caruman tersebut dari KWAP akan dibuat untuk dipulangkan kepada pegawai. 3. Tarikh lantikan pertama di Jabatan/ Kementerian/ Agensi
Lantikan yang dimasukira – Lantikan sementara atau tetap sahaja (Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pencen 1980) 
NOTA:
Pastikan lantikan yang dicatat sebagai sementara adalah lantikan sementara bergaji bulanan sebenar, bukannya lantikan berstatus lain.  Lantikan yang tidak boleh dimasukira : Lantikan Sambilan, Lantikan Sangkut, Lantikan Sandaran dan Lantikan Kontrak 4. Pengesahan Jawatan
Sekiranya jawatan kedua dan seterusnya tidak disahkan, gaji akhir yang digunakan adalah gaji akhir bagi jawatan terdahulu yang telah disahkan. (Seksyen 6, Akta Pencen 1980 (Akta 227))
5. Tarikh Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
Tiada taraf berpencen; 
tidak tertakluk kepada Akta Pencen tiada faedah persaraan di bawah Akta Pencen Keadaan di mana pegawai yang disahkan dalam jawatan disifatkan diberi PTB: 
Pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan Bersara atas sebab kesihatan Bersara di bawah seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira 6. Gaji Akhir Pegawai
Pastikan gaji akhir di dalam Kenyataan Perkhidmatan telah dikemaskini bagi membolehkan faedah persaraan dibayar atas gaji akhir yang terkini. 
Bagi pegawai yang bersara wajib umur SAHAJA dan belum menerima Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada tahun persaraannya, PGT pegawai tersebut akan diberi sehari sebelum tarikh persaraan pegawai berkenaan. (Gaji bagi sehari sebelum tarikh persaraan tersebut hendaklah dibayar berdasarkan gaji setelah diberi PGT tersebut).
7. Opsyen Umur Persaraan Wajib (Tahun 2001, 2008 dan 2011) 
Pastikan opsyen yang dibuat bagi ketiga-tiga tahun berkenaan dibuat secara teratur dan betul. Pastikan opsyen bagi ketiga-tiga tahun dicatat @ sertakan borang opsyen (sekiranya ia tidak dicatat di dalam Kenyataan Perkhidmatan) 8. Kelulusan Percantuman Perkhidmatan Lepas (PPL)
Pastikan PPL dicatat di dalam Kenyataan Perkhidmatan bolehkan tempoh perkhidmatan lepas tersebut dimasukira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan. Khusus bagi percantuman tempoh perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pastikan jumlah ganjaran yang diterima semasa tamat perkhidmatan tentera dicatat di dalam Kenyataan Perkhidmatan. Kenyataan Cuti Maklumat Kenyataan Cuti ini amat PENTING bagi memastikan tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira seterusnya pengiraan faedah persaraan dapat dilaksanakan dengan tepat. 
Pastikan cuti rehat yang diambil dan GCR yang disimpan telah disemak dengan betul daripada Kenyataan Cuti pegawai. Gunakan Sistem Pengiraan GCR yang terkini bagi mengira jumlah GCR yang layak diambil kira. Sila download versi terkini di http://www.jpapencen.gov.my/borang.html Rujuk video tutorial penggunaan Sistem Pengiraan GCR di http://www.jpapencen.gov.my/borang.html  untuk maklumat lanjut. Persaraan Pilihan  Kelayakan:
Umur pegawai yang memohon 40 tahun dan ke atas  Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira 10 tahun dan ke atas. Syarat-syarat lain: 
Tiada tindakan tatatertib  Tiada tindakan Mahkamah Surat Permohonan Pegawai:
Pastikan pegawai memilih tarikh yang bersesuaian dalam keadaan ia memberi ruang untuk Jabatan Terakhir melengkapkan dokumentasi persaraan dan seterusnya dokumentasi persaraan pilihan dapat dihantar kepada KWAP tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipilih tersebut.  Sekiranya tarikh yang dipilih terlalu hampir (kurang dari 3 bulan dari tarikh persaraan pilihan), JPA tidak akan meluluskan persaraan tersebut dan seterusnya meminta pegawai berkenaan memilih tarikh yang baru. Surat Sokongan Ketua Jabatan
Surat sokongan ketua jabatan diperlukan dalam membolehkan persaraan pilihan tersebut diproses dan diberi kelulusan.  Pastikan Ketua Jabatan telah membuat penilaian penuh terhadap pegawai (bagi isu tatatertib dan juga SPRM sebelum menyokong persaraan pilihan. Seseorang pegawai yang telah berkuat kuasa tarikh persaraan pilihan tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan tatatertib terhadapnya. Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Tapisan keutuhan SPRM merupakan dokumentasi mandatori bagi semua pegawai yang memohon untuk bersara pilihan.  Sekiranya Jabatan mendapati pegawai masih di dalam siasatan SPRM, adalah dinasihatkan Jabatan tidak menghantar dokumentasi persaraan memandangkan JPA akan menolak permohonan tersebut sehinggalah siasatan SPRM tersebut selesai. Bilakah pencen bulanan dibayar kepada pegawai yang diluluskan untuk bersara pilihan? 1. Dilantik sebelum 12 April 1991
Pencen bulanan dibayar mulai usia: 
Wanita: 45 Tahun  Lelaki: 50 Tahun 2. Dilantik pada dan selepas 12 April 1991
Pencen bulanan dibayar mulai usia 55 tahun bagi lelaki dan wanita
Penghantaran Dokumentasi Persaraan Setiap penghantaran dokumen persaraan (Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan, dan Kematian Dalam Perkhidmatan) mestilah dibuat melalui aplikasi HRMIS. 
Penghantaran dokumen persaraan secara manual (tidak melalui HRMIS) akan dipulangkan kepada Jabatan semula. 
Dokumen persaraan perlu dihantar sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan. Untuk mengelakkan kelewatan, disarankan penghantaran dilakukan antara 3 hingga 6 bulan sebelum tarikh bersara
Info Tambahan: HRMIS merupakan sistem maklumat Pengurusan Sumber Manusia (PSM) bersepadu yang membantu menjayakan perancangan strategik PSM seperti pelan penggantian, penentuan saiz perkhidmatan awam dan pembangunan karier penjawat awam.
Rujuk info lebih lanjut mengenai HRMIS di sini:  https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PO/Pengurusan-Maklumat-Sumber-Manusia/6
Garis Panduan Penyediaan Dokumentasi Persaraan Berserta Contoh Kuiri Garis Panduan Penyediaan Dokumentasi Persaraan Berserta Contoh Kuiri ini diterbitkan bagi membantu para pegawai sumber manusia di mana-mana Kementerian/Agensi/Jabatan Kerajaan yang menguruskan urusan persaraan, mengenalpasti perkara yang sentiasa dikuiri semasa proses persaraan dilaksanakan di peringkat KWAP mahupun JPA.
Muat turun dan rujuk garis panduan penyediaan dokumentasi persaraan dalam PDF di bawah:

GARIS-PANDUAN-DOKUMENTASI-PERSARAAN-BERSERTA-CONTOH-KUIRI-BILANGAN-1-TAHUN-2024_compressedDownload Panduan Proses Pengurusan Persaraan Muat turun dan rujuk panduan proses pengurusan persaraan melalui Ceraian PP.1, berkenaan Persaraan dan Faedah Persaraan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia di pautan ini: https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/PP/pencen
Rujuk juga Taklimat Pengurusan Persaraan berikut: 
TaklimatPengurusanPersaraanDownload Untuk sebarang persoalan, anda boleh rujuk soalan-soalan lazim mengenai persaraan di Portal Rasmi JPA melalui pautan berikut: https://www.jpa.gov.my/pencen/urusan-persaraan 
Rujukan:
Portal JPA Bahagian Pencen JPA KWAP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dokumentasi-persaraan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dokumentasi-persaraan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaipk Diminta Siasat Khatib Tak Baca Teks Khutbah Jumaat Disediakan

Jaipk Diminta Siasat Khatib Tak Baca Teks Khutbah Jumaat Disediakan

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 126 hits
malaysiakini comJabatan Agama Islam Perak diminta menyiasat tindakan seorang khatib di Parit Buntar yang didakwa membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Menteri Besar Perak Datuk Seri Saa...
The Morphing Of Sapura Energy S Rm1 1b Lifeline Extension Into Madani Style Strategic Investment

13 Jenis Serunding Premium Pelbagai Perisa

Mab Officer S Sacking For Playing Takraw While On Extended Mc Upheld

Lirik Lagu Purnama Aeydan

Spm Ke Mana Lebihan Makanan Di Bazar Ramadan Berita Rtm 13 03 2025

Resipi Biskut Semperit Coklat Sedap Mudah Boleh Buat Untuk Raya

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Kerja Kosong Di Dbp Dewan Bahasa Dan Pustaka Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Dato Sri Siti Nurhaliza Raya Nak Ke Mana

Life Happens Okay

Cabaran Seorang Guru Baru Posting

Pertahanan Sabah Fk Kacukan Sepanyol Dalam Radar Harimau Malaya

Care Much

Salam Jumaat