Cabaran Seorang Guru Baru Posting




Catatan panjang dari seorang Teacher Ketot

Baru-baru ini, saya terbaca keluhan seorang guru novis, tentang murid-murid sekarang yang semakin mencabar kelakuannya.

Memang bukan senang menjadi guru, terutama untuk subjek yang tak digemari. 
Saya guru BI. Tiada rupa. Spesis renek pula.

Sekolah pertama saya ialah sebuah sekolah menengah yang murid-muridnya  tak hairan pun dengan cikgu.

Pada bulan pertama,  sedang saya mengajar di depan dalam kelas Tingkatan 2, seorang murid perempuan bangun, datang berdiri di sebelah saya, meletakkan tangannya separas kepala saya dan berkata kepada kawan-kawan sekelasnya, 
"Oh, pendek..." (Merujuk kepada perbandingan ketinggian saya yang hanya separas bahunya). 
Murid-murid satu kelas ketawa. 
Darah saya menyirap. Kalau ikutkan, mahu saja saya 'back hand' kan budak itu, tapi apalah sangat back hand saya yang sepoi-sepoi macam lenggok tarian asyik ni.  

Rajeswari masih berdiri di sebelah saya, bangga dapat menghiburkan rakan sekelasnya. Maka saya biarkan mereka puas ketawa.
Selepas ketawa mereka reda, saya katakan kepada Rajeswari. 
"Indeed, Rajeswari. I'm short. But my brain is this big (saya tunjukkan gaya besar). Whereas compared to your body, your brain is the size of peanut (saya tunjukkan gaya kecil dengan mendekatkan jari telunjuk dan ibu jari saya). Nothing. You can hardly think. Now please go back to your seat before I kick you out. "

Rajeswari tergamam. Entah kerana apa yang saya cakap, atau kerana tak faham ayat panjang yang saya guna. 🤭🤣 Seluruh kelas senyap. 

6 bulan di situ, setiap hari saya menangis semasa nak ke sekolah. Cikgu yang menangis ya, you all.  Bukan murid yang menangis takmo pegi sekolah. 🤦🏽‍♀️😅 Nasib baik saya tak lama di situ.

Di sekolah yang kedua, saya masih mengajar kelas hujung. Murid tingkatan 4 dan 5, jauh lebih tinggi daripada saya. Pada suatu peristiwa, saya panggil seorang murid yang suka merayau keluar. Dia tak kisah pun dengan saya. Saya cuba tarik dia balik ke kelas, tapi kerana gagahnya dia, walaupun saya pegang bajunya, saya pula yang diheretnya lari jauh dari kelas. Dahlah... sukahati awaklah, anak. 

Ada cikgu lain yang saya dengar menyumpah murid itu dengan ayat yang menakutkan, tapi saya tak pandai menyumpah. Tapi sampai bila saya nak membiarkan saiz saya menentukan rasa hormat murid kepada saya?

Bermula daripada situ, saya melakukan beberapa perkara yang saya dapati berkesan untuk diri saya. I gained more respect from the students and managed classes better. 

1. Do your homework. 
Sebelum bermula tahun baharu, saya dah ada senarai nama murid yang akan saya ajar. Saya dah mula tanya-tanya kepada guru lain, murid mana yang perlu diberi perhatian. Saya bintangkan nama mereka dan hafal nama itu. Then I match the name with the face. Saya panggil nama ikut senarai, sekali dengan semak kehadiran. Apabila murid yg dipanggil itu angkat tangan, saya dah tahu murid dan namanya. 
Mind you: kawan kita mungkin akan beri additional info tentang murid itu. Abaikan apa-apa info yang tak baik tentang murid itu. Don't judge. 

2. Know your students. 
Guru yang kenal murid akan lebih disegani, dan ada bond di antara murid-guru yang terbentuk di situ. 
Murid-murid saya memang tahu Teacher mereka ingat nama mereka dengan bin/binti sekali. Bukan sekadar "Murid yang tepi pintu tu" atau "Kamu" . Seawal hari pertama masuk kelas, saya dah panggil nama murid yang 'hard core' untuk respond atau jawab soalan. Somehow murid rasa takut apabila tiba-tiba cikgu dah tahu nama mereka. Janganlah sampai setengah tahun pun masih guna "kamu yang duduk tepi tingkap tu", atau "kamu kat belakang tu". Kalau murid tak tahu nama kita dan rujuk kita sebagai 'cikgu yang bulat macam Doraemon tu' agak-agak awak sentap tak?

3. First impression.
Trick ini saya buat pada kali pertama saya masuk kelas. Sebelum duduk, saya akan pandang muka murid satu persatu. 
Saya tak senyum.
So murid akan dapat mesej, cikgu ini bukan cikgu yang 'boleh dimakan'. Gradually, barulah saya soften dan murid akan dapati Teacher mereka bukanlah ogre, tapi teacher tegas yang dalam hatinya ada taman. Kalau awal-awal dah senyum-senyum nak ambil hati murid tunjuk kita cikgu baik, silap-silap murid ambil kesempatan. 

4. Surah Saba' pelembut hati.
Sambil ronda kelas, saya baca surah Saba' ayat 10 dan hembus ketika berada di belakang murid. Saya doakan Allah lembutkan hati murid itu, dan juga lembutkan hati saya supaya bersabar dengan murid itu. It has to go both ways, bukan untuk murid saja ya.

5. Kenali jenis murid anda.
Saya selalu dapat kelas hujung. Murid saya bekerja selepas balik sekolah. Mereka datang sekolah hanya untuk tidur. Atau menyanyi melalak di belakang kelas. 
Maka saya ajak mereka menyanyi. Ikut genre muzik yang mereka suka. Saya guna lagu untuk ajar mereka WH questions.  Saya guna lagu yang berkaitan dengan topik yang diajar. Lepas nyanyi, kita bincangkan mesej dalam lagu itu dalam bentuk essay atau perbincangan kumpulan. Atau cipta lirik lagu versi mereka.

Untuk murid yang jenis kinestetik, saya ajak mereka buat scrap book, lakonan atau project based. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mereka tak tidur. 

Begitulah apa yang saya lakukan dengan kelas saya,  sehingga dengan hanya tunjuk isyarat tangan count down saja dari tingkat atas, murid-murid dah faham dan bergegas masuk ke kelas saya selepas rehat. 
Tak perlu jerit panggil masuk kelas .
We respect each other. 
We have certain codes that we understand between us. 

Note: Apa yang saya lakukan tidak semestinya sesuai dengan murid anda. Tetapi apa yang pasti, kenalilah murid anda. Cubalah fahami mereka.

If a child can't learn the way we teach, maybe we should teach them the way they learn.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/03/cabaran-seorang-guru-baru-posting.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pukul Murid Perempuan Berusia 10 Tahun Guna Buku Seorang Guru Lelaki Ditahan

Pukul Murid Perempuan Berusia 10 Tahun Guna Buku Seorang Guru Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 152 hits
BernamaMELAKA Polis menahan seorang guru selepas disyaki memukul seorang murid perempuan menggunakan buku dan menarik rambut di tepi telinganya ketika berada di dalam kelas sehingga mendatangkan trauma kepada mangsa Menurut sumber keadaan i...
Sk Ii Sephora Shiseido Lagi Drops Kecantikan Baru Untuk Glow Maksimum

Sk Ii Sephora Shiseido Lagi Drops Kecantikan Baru Untuk Glow Maksimum

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 190 hits
Ingin mengubah rutin kecantikan anda dengan produk terbaru Dari skincare berkualiti tinggi hingga makeup yang berani koleksi terbaru ini pasti menarik perhatian dalam dunia kecantikan Tak kisah sama ada anda mahukan kulit bercahaya hasil ma...
Baru Seminggu Puasa Dah Macam Macam Hal Harian Metro 07 03 2025

Baru Seminggu Puasa Dah Macam Macam Hal Harian Metro 07 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 150 hits
Kuala Lumpur Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepanjang seminggu Ramadan Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata pihaknya menerima banyak...
Agen Hartanah Trusted Untuk Rumah Baru Nad Property Sedia Membantu

Agen Hartanah Trusted Untuk Rumah Baru Nad Property Sedia Membantu

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 180 hits
Memiliki rumah sendiri adalah impian ramai orang terutama bagi mereka yang baru pertama kali ingin melangkah ke dunia hartanah Namun dengan pelbagai pilihan di pasaran dan proses pembelian yang mungkin kelihatan rumit ramai yang berasa ragu...
Rating Musim Terbaru Lebih Tinggi Dengan Wajah Baru Bukti Sixth Sense Tak Perlu Ahli Lama

Rating Musim Terbaru Lebih Tinggi Dengan Wajah Baru Bukti Sixth Sense Tak Perlu Ahli Lama

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 126 hits
Adakah musim terbaru Sixth Sense berjaya mengatasi musim lamanya selepas rombakan ahlinya Artikel Berkaitan Terdahulu ramai yang mengeluh apabila musim terbaru rancangan tvN itu mengekalkan Yoo Jae suk sebagai hos utama namun merombak ahli ...
Lirik Mencederakan Diri Sendiri Kbs Halang Lagu Baru Le Sserafim Dek Hal Ini

Lirik Mencederakan Diri Sendiri Kbs Halang Lagu Baru Le Sserafim Dek Hal Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 215 hits
Belum comeback tapi LE SSERAFIM dah mengalami satu halangan tak dijangka Artikel Berkaitan Menurut laporan media lagu Ash dari mini album ke 5 LE SSERAFIM bertajuk HOT yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 14 haribulan telah dimasukkan da...
Mana Mana Bangsa Hina Agama Tangkap Sosma Baru Betul Penguatkuasaan Harus Kuat

Mana Mana Bangsa Hina Agama Tangkap Sosma Baru Betul Penguatkuasaan Harus Kuat

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 147 hits
kualalumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang dibuat oleh seorang individu di Balai Polis Manchis Pahang semalam
A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Padah Bergurau Tak Nampak Kiblat Ketika Di Makkah Pempengaruh Indonesia Terima Balasan Cash

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16

22 Tahun Pelajar Uum Meninggal Dalam Kemalangan Bas Kampus Universiti Tawarkan Pampasan Bantuan

Resepi Sambal Kerang Sedap Untuk Nasi Lemak Mudah Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Note 50s 5g 50x 5g Menyertai Siri Infinix Note 50 5g

Kerjaya Freelance Saya Sebagai Content Creator Rezeki Barakah Dari Rumah

Update Strategi Seo 2025 Yang Wajib Kamu Tahu

Pemuda Dan Remaja Masjid Di Kalbar Bergerak Dukung Palestina Merdeka

Ekonomi Ri Tumbuh 5 3 Di Kuartal I 2025 Sektor Umkm Jadi Penopang Utama

Startup Lokal Bidang Agritech Raup Pendanaan Rp105 Miliar Dari Investor Global