Dokumen Bocor Gaji Asas Amah Indonesia Rm1 500



Dokumen bocor: Gaji asas amah Indonesia – RM1,500
Peraturan ketat untuk melindungi pekerja domestik atau amah Indonesia, adalah termasuk gaji minimum RM1,500, yang akan dikenakan ke atas majikan Malaysia, menurut memorandum persefahaman (MOU) 1 April yang dimeterai antara Jakarta dan Kuala Lumpur.
Menteri Sumber Manusia M Saravanan sebelum ini mengeluarkan kenyataan dengan ringkasan kandungan MOU itu tetapi Malaysiakini hari ini berjya mendapatkan dokumen lengkap itu yang dikongsi oleh sumber industri di Jakarta, Indonesia.
Menurut MOU itu, gaji perlu dibayar terus ke akaun bank pekerja selewat-lewatnya pada 7 hari bulan, dengan bonus sebulan selepas kontrak selesai dan kenaikan gaji jika kontrak diperbaharui selepas dua tahun.
Jika gaji tidak dibayar tepat pada masanya, tambahan 5 peratus daripada jumlah gaji yang belum dibayar akan ditambah sebagai pampasan dan kegagalan berterusan untuk membayar gaji selama dua bulan berturut-turut akan memberi hak kepada pekerja rumah untuk menamatkan kontrak pekerjaan.
Menurut dokumen itu, penamatan kontrak pekerjaan juga tidak akan melepaskan majikan daripada kewajipan kontrak mereka untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan akan ditentukan oleh mahkamah.
Ketetapan gaji minimum amah itu berbeza dengan pendirian Malaysia mengenai perkara berkenaan pada tahun lepas.
Pada Disember 2021, Saravanan berkata dia telah memaklumkan rakan sejawatannya di Indonesia bahawa Malaysia tidak bersetuju menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500 untuk pembantu rumah.
“Bagaimanapun, saya bersetuju gaji bermula dari RM1,200… bermakna jika majikan sanggup membayar RM1,500, kerajaan tidak ada bantahan,” dia dilaporkan sebagai berkata.
Bagaimanapun, jumlah itu sejajar dengan gaji minimum terkini RM1,500 untuk semua pekerja mulai Mei, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob pada Mac.
Rehat sepuluh jam sehari
Mengikut dokumen tersebut, walaupun MOU itu menetapkan gaji minimum yang perlu dibayar, gaji kontrak terakhir setiap pekerja akan dimuktamadkan melalui rundingan antara agensi pekerjaan swasta Malaysia (APS) yang mewakili majikan dan rakan sejawatannya dari Indonesia yang menghantar pekerja.
MOU ini juga menetapkan bahawa setiap APS boleh mempunyai perjanjian perkongsian dengan tidak lebih daripada 10 agensi pengambilan berdaftar Indonesia.
Majikan juga mesti membantu pembukaan akaun bank untuk pembantu rumah mereka dan mengeluarkan slip gaji.
Semua kontrak akan diserahkan kepada Kedutaan Indonesia oleh agensi pekerjaan masing-masing untuk pengesahan.
Selain syarat gaji yang ketat, MOU itu juga menetapkan bahawa syarat kerja dan hari cuti bagi setiap pembantu rumah Indonesia berkenaan.
Ini termasuk cuti sakit, cuti tahunan, hari kelepasan dan waktu bekerja setiap hari.
Pekerja juga mesti diberi sekurang-kurangnya 10 jam rehat setiap hari, termasuk tujuh jam tanpa gangguan. Jika terpaksa bekerja pada hari rehat, mereka perlu diberi pampasan.
Pengasuh tidak perlu memasak
Menurut dokumen itu, pekerja domestik Indonesia juga akan dibahagikan kepada tiga kategori – pembantu rumah dan tukang masak keluarga, pengasuh kanak-kanak serta penjaga warga emas. Seseorang itu tidak boleh diarahkan untuk melakukan kerja bagi ketiga-tiga kategori tersebut.
Oleh itu, seorang pengasuh kanak-kanak atau penjaga warga emas tidak akan memasak atau melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi hanya menjaga kesejahteraan dan keselamatan kanak-kanak berumur bawah lima tahun atau orang tua.
Skop kerja pembantu rumah dan tukang masak keluarga pula adalah hanya melakukan kerja-kerja pembersihan, menyeterika dan memasak. Ia tidak termasuk penjagaan haiwan peliharaan keluarga, mencuci kereta atau berkebun.
Menurut dokumen itu, isi rumah lazim untuk seseorang pembantu rumah tidak harus melebihi enam orang ahli keluarga yang berumur lebih dari lima tahun dan tanpa individu yang memelukan keperluan khas.
MOU itu, yang belum didedahkan kepada umum, ditandatangani ketika majikan Malaysia mendesak supaya kerajaan membenarkan pengambilan pekerja domestik asing.
Pengambilan pekerja asing digantung semasa sempadan negara ditutup pada 2020, bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Mk
Dokumen bocor: Gaji asas amah Indonesia – RM1,500
Baca Artikel Menarik:
Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat – Shahrir Jersi ‘Hand of God’ Diego Maradona Berharga RM22 juta? Dah Tiada Lagi Alasan Tak Puasa Sebab Payah Bangun Sahur…Ini Cara Mudah Bangun Pagi Tiada Masalah Jika Nak Berpuasa Tapi Pesakit Diabetes Disarankan Lakukan 4 Perkara Ini Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat Taikun bantah saman cuba singkirkannya sebagai pengarah MySJ Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam (Video) Pemandu Kereta Plat Asing Kencing Merata (Video) PN, PH Tak Kisah Apa Jadi Asal Dapat Tumbangkan BN Adakah terdapat gunting dalam lipatan? “Penganalisis jangka kekalahan PH dalam PRU15 menandakan kehancuran mereka PAS guna Taliban demi tingkat imej Islamik – Bukit Aman Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/07/dokumen-bocor-gaji-asas-amah-indonesia-rm1500/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Minimum Rm1 500 Tak Perlu Tunggu Sampai Hujung Tahun

Gaji Minimum Rm1 500 Tak Perlu Tunggu Sampai Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 178 hits
Gaji Minimum RM1 500 Tak Perlu Tunggu Sampai Hujung Tahun Gaji Minimum RM1 500 Tak Perlu Tunggu Sampai Hujung Tahun Kerajaan disarankan supaya menaikkan gaji minimum kepada RM1 500 secepat mungkin tanpa menunggu hingga penghujung tahun 2022...
Jawatan Kosong Terkini Kwsp Gaji Rm1 500 Rm6 000

Jawatan Kosong Terkini Kwsp Gaji Rm1 500 Rm6 000

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 215 hits
Jawatan Kosong Terkini KWSP GAJI RM1 500 RM6 000 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini telah d...
Jkr Buka Pengambilan Terkini April 2022 Gaji Rm1 929 89

Jkr Buka Pengambilan Terkini April 2022 Gaji Rm1 929 89

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 276 hits
JKR Buka Pengambilan Terkini April 2022 GAJI RM1 929 89 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawatan kosong ini ...
Gaji Rm4 000 Ke Bawah Tak Cukup Tampung Keperluan Asas

Gaji Rm4 000 Ke Bawah Tak Cukup Tampung Keperluan Asas

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 243 hits
Gaji RM4 000 ke bawah tak cukup tampung keperluan asasBank Dunia mendapati lebih 60 peratus isi rumah berpendapatan rendah dengan gaji bulanan RM4 000 ke bawah di Malaysia tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menampung keperluan ...
Leaked Agreement Indonesian Domestic Workers Base Pay At Rm1 500

Leaked Agreement Indonesian Domestic Workers Base Pay At Rm1 500

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 151 hits
Strict rules for the protection of Indonesian domestic workers including a minimum wage of RM1 500 will be imposed on Malaysian employers according to the April 1 memorandum of understanding between Malaysia and Indonesia Human Resource Min...
Rm1 500 Or Rm1 200 For Maids Clear The Confusion Says Kula

Rm1 500 Or Rm1 200 For Maids Clear The Confusion Says Kula

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 216 hits
M Kula Segaran says M Saravanan must not hide the details on the cost of hiring maids PETALING JAYA Former human resources minister M Kula Segaran has called on his successor M Saravanan to explain the confusion over the minimum salary for ...
Govt Did Not Agree To Rm1 500 Pay For Indonesian Maids Says Saravanan

Govt Did Not Agree To Rm1 500 Pay For Indonesian Maids Says Saravanan

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 273 hits
Malaysia and Indonesia signed the MoU on the placement and protection of Indonesian domestic workers on April 1 PETALING JAYA The government did not agree to the RM1 500 salary for Indonesian maids as per the memorandum of understanding wit...
Cuepacs Gesa Putrajaya Naikkan Gaji Penjawat Awam Rm1 800 Untuk Elak Aktiviti Rasuah

Cuepacs Gesa Putrajaya Naikkan Gaji Penjawat Awam Rm1 800 Untuk Elak Aktiviti Rasuah

papar berkaitan - pada 28/3/2022 - jumlah : 192 hits
Foto HiasanKongres Kesatuan Pekerja Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Cuepacs menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum RM1 800 untuk membendung gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nor...
Pengambilan Terbaru Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah Gaji Rm1 377 Rm4 052

Pengambilan Terbaru Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah Gaji Rm1 377 Rm4 052

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 237 hits
Pengambilan Terbaru Lembaga Pelabuhan Pelabuhan Sabah GAJI RM1 377 RM4 052 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan