Doktor Peribadi Sahkan Trump Miliki Jantung Seperti Orang Berusia 65 Tahun


Doktor Peribadi Sahkan Trump Miliki Jantung Seperti Orang Berusia 65 Tahun 
WASHINGTON, 11 Okt (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bukan sahaja berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik, malah jauh lebih cergas berbanding usianya, menurut laporan doktor peribadinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan rutin pada Jumaat di Hospital Tentera Walter Reed berhampiran ibu negara Washington, doktor Sean Barbabella menyimpulkan bahawa Trump mempunyai jantung dan sistem vaskular seperti individu berusia 65 tahun, meskipun beliau kini berumur 79 tahun.
Menurut laporan akhir Barbabella yang dikeluarkan oleh Rumah Putih, pakar daripada pelbagai bidang telah menjalankan pemeriksaan kesihatan menyeluruh terhadap Trump.
Hasilnya menunjukkan bahawa “Trump kekal berada dalam tahap kesihatan luar biasa, dengan prestasi sistem kardiovaskular, pernafasan, saraf dan fizikal yang kuat.”
Laporan itu turut menyatakan bahawa sebagai presiden, Trump berada dalam keadaan sepenuhnya mampu melaksanakan jadual tugas harian yang padat.
Beliau juga menerima beberapa suntikan vaksin sebagai persediaan bagi lawatan luar negara yang akan datang, termasuk dos penggalak terhadap COVID-19.
Di AS, menjadi kebiasaan dalam proses politik bagi presiden untuk mendedahkan status kesihatan mereka kepada umum — bukan kerana diwajibkan undang-undang, tetapi menjadi amalan tradisi yang sukar dielakkan oleh mana-mana pemimpin.
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, timbul spekulasi mengenai tahap kesihatan beliau selepas tular imej menunjukkan lebam — sebahagiannya dipercayai ditutup dengan solekan — pada tangan serta kaki yang kelihatan bengkak.
Trump menjelaskan bahawa lebam itu berpunca daripada kekerapan bersalaman, manakala jurucakapnya, Karoline Leavitt, berkata ia disebabkan penggunaan ubat pencair darah.
Pada Julai lalu, Rumah Putih mengumumkan bahawa Trump mengalami “kekurangan vena kronik”, iaitu keadaan yang tidak berbahaya, menjejaskan salur darah kaki dan biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berusia.
Sumber: Bernama
BACA: Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam “Flight”, Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum BACA: APMM Gagalkan Cubaan Seludup Pendatang Tanpa Izin, Dadah Di Perairan Tanjung Bidara The post Doktor Peribadi Sahkan Trump Miliki Jantung Seperti Orang Berusia 65 Tahun  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/11/doktor-peribadi-sahkan-trump-miliki-jantung-seperti-orang-berusia-65-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Emas Berusia 74 Kahwini Wanita 24 Tahun Beri Mas Kahwin Rm770 000

Warga Emas Berusia 74 Kahwini Wanita 24 Tahun Beri Mas Kahwin Rm770 000

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 286 hits
KOSMOPengantin lelaki memberikan mas kahwin berjumlah 3 bilion rupiah kepada calon isterinya Radar GresikJAKARTA Seorang warga emas berusia 74 tahun mengundang perhatian ramai apabila berkahwin dengan seorang wanita muda dan memberikan mas ...
Kebakaran Dahsyat Di Biara Bersejarah Itali Berusia 400 Tahun

Kebakaran Dahsyat Di Biara Bersejarah Itali Berusia 400 Tahun

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 268 hits
Kebakaran Dahsyat Di Biara Bersejarah Itali Berusia 400 Tahun Lebih 21 biarawati berjaya diselamatkan daripada kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian bangunan biara bersejarah di Itali menurut pihak berkuasa tempatan Kebakaran itu dila...
17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 652 hits
Selepas hampir dua dekad menyepi kumpulan popular era 90 an X Factor membuat kejutan dengan kemunculan semula di Konsert Elite Live In Kuala Lumpur pada Sabtu lalu Kehadiran mereka mengundang sorakan gemuruh penonton sekali gus mencetuskan ...
Ameng Spring Dedah Jantung Bekas Isteri Terhenti 8 Kali Doktor Suruh Baca Yasin

Ameng Spring Dedah Jantung Bekas Isteri Terhenti 8 Kali Doktor Suruh Baca Yasin

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 612 hits
Penyanyi Ameng Spring dedah jantung bekas isterinya Datuk A Aida terhenti sebanyak lapan kali ketika berada di unit rawatan rapi di sebuah hospital di ibu negara baru baru ini Menurut laporan Kosmo Online Ameng atau nama sebenarnya Wan Amin...
5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

5 Contoh Sambutan Acara Ulang Tahun Anak Singkat Tapi Bermakna Dalam

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 201 hits
Berikut adalah beberapa deretan contoh sambutan acara ulang tahun anak singkat namun menyelipkan makna dan doa dalam untuk sang anak
Purata Umur Gamer Adalah 41 Tahun Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih Kajian

Purata Umur Gamer Adalah 41 Tahun Wanita Dominasi Permainan Mudah Alih Kajian

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 244 hits
Kajian Power of Play 2025 oleh Entertainment Software Association melibatkan 24 216 pemain dari 21 buah negara mendedahkan bahawa usia purata pemain global ialah 41 tahun Malah apa yang lebih mengejutkan adalah 48 daripadanya adalah pemain ...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 184 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Dari Tahun 6 Ke Tingkatan 1 Kelas Transisi Fly High Bantu Anak Ready Fizikal Mental Dan Akademik

Dari Tahun 6 Ke Tingkatan 1 Kelas Transisi Fly High Bantu Anak Ready Fizikal Mental Dan Akademik

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 219 hits
Kelas Transisi Tingkatan 1 Fly High Education Centre Persediaan Anak Tahun 6 ke Dunia Sekolah Menengah Anak Tahun 6 dah bersedia nak masuk dunia sekolah menengah Peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah bukan perkara kecil Kalau du...
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 279 hits
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut KUALA LUMPUR 14 Okt Orangnya kecil molek dan apabila bertutur pula nadanya sentiasa lembut namun di sebalik semua itu Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki bukan wan...
Unnecessary Fury Over Sunway Square Mall S Pet Friendly Policy Only Gives Muslims A Bad Name

Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Malaysia Antara Negara Paling Aman Di Dunia Pm Anwar

Beg Kalis Air Terbaik Untuk Simpan Dokumen Penting Ketika Banjir

Gobind Death In Custody Probe Delays Unacceptable

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Antara Suami Dan Orang Tua Mana Yang Didahulukan Oleh Istri Dalam Islam

Hadir Ke Majlis Pertunangan Jeevan Khoghilaah Thevi

Roti Sardin

Hattusa Keajaiban Kota Yang Terukir Dalam Batu Dan Keheningan

Thailand Mengenakan Perintah Berkurung Di Provinsi Kedua Selepas Pertikaian Sempadan

Kerajaan Negeri Melaka Mcmc Meterai Mou Rm310 Juta Perkukuh Infrastruktur Digital Negeri