Doktor Ini Dedah Minum Kopi Awal Pagi Sebenarnya Sia Sia Tapi Ada Lagi Tabiat Lain Video
Doktor Ini Dedah Minum Kopi Awal Pagi Sebenarnya Sia-sia Tapi Ada Lagi Tabiat Lain [VIDEO]
KOPI merupakan salah satu minuman popular bagi berjuta-juta orang di dunia untuk memulakan hari mereka.
Ramai juga yang mengakui bahawa mereka tidak dapat ‘berfungsi’ pada waktu pagi sebelum mendapatkan dos kafein dalam badan mereka.
Bagaimanapun, seorang doktor berkata, tabiat minum kopi pada awal pagi untuk memberi tenaga kepada tubuh sebenarnya adalah sia-sia.
Kopi menjadi pilihan ramai orang untuk memulakan hari mereka.
Seorang doktor yang kerap berkongsi petua kesihatan di TikTok, Dr Karan Raj, baru-baru ini muncul di rancangan Morning Live BBC di mana beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pengambilan kafein pada awal pagi.
VIDEO DIBAWAH:-
@dr.karanr
Do you do this? #morningroutine #schoolwithdrkaran #learnontiktok #sleep #coffee
♬ Runaway by Kanye Piano – Henry Cantu
“Jangan minum kopi terlebih dahulu pada waktu pagi untuk membangunkan anda.
“Tubuh anda secara semula jadi membangunkan anda dengan hormon kortisol, anda mendapat lonjakan kortisol pada waktu pagi.
“Simpan kopi anda hingga ke pertengahan waktu pagi ketika kadar kortisol dan tahap tenaga anda menurun, jadi anda dapat meningkatkan kesan kafein ketika itu adalah lebih baik.” jelasnya.
Dr Karan sebelum ini pernah memberitahu perkara itu dalam video TikToknya bersama dua lagi tabiat buruk lain pada waktu pagi, iaitu menekan butang ‘snooze’ dan melihat skrin telefon bimbit.
Tabiat menekan butang snooze dan melihat skrin telefon pada waktu pagi juga tidak bagus untuk tubuh badan.
“Jika anda menekan butang ‘snooze’, ini akan meyakinkan tubuh bahawa anda sedang memasuki kitaran tidur yang lain, menyebabkan tubuh badan melepaskan hormon yang mendorong lebih banyak tidur.
“Kemudian ketika anda bangun dari tidur, badan anda akan penuh dengan bahan kimia tidur yang membuat anda letih selama empat jam seterusnya.” katanya.
Berkenaan dengan melihat skrin telefon bimbit sejurus selepas membuka mata, beliau berkata tabiat itu akan mengganggu tahap kewaspadaan otak.
“Apabila anda bangun pada waktu pagi, otak anda secara beransur-ansur meningkatkan tahap kewaspadaan anda – dari delta ke theta ke gelombang otak alpha.
“Melihat skrin telefon sejurus bangun tidur menyebabkan otak anda melangkau gelombang theta dan alpha, menjadikan anda gelisah,” jelas beliau.
Doktor Ini Dedah Minum Kopi Awal Pagi Sebenarnya Sia-sia Tapi Ada Lagi Tabiat Lain [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham
Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal
Laporan SPRM terhadap Annuar Musa dibuat oleh ahli Amanah
Isu Kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, “Penyamun Anak Emas” Kebal Dalam SPRM?
Kes RM25j duit bukti SPRM hilang: Itu baru sikit – sumber
Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
Google Issues Warning For 2 Billion Chrome Users
Ac Mizal ‘hentam’ Iqbal riak campak duit
Ketagih seks, fakta menakutkan
Besarkan payudara, elak guna model bertudung – Noorkhiriah
Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS
The post Doktor Ini Dedah Minum Kopi Awal Pagi Sebenarnya Sia-sia Tapi Ada Lagi Tabiat Lain [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/28/doktor-ini-dedah-minum-kopi-awal-pagi-sebenarnya-sia-sia-tapi-ada-lagi-tabiat-lain-video/