Doktor Gigi Palsu Pelanggan Berisiko Dijangkiti Penyakit Serius Maut Getaran 16 08 2022


 

KUALA LUMPUR - Individu yang menggunakan perkhidmatan doktor pergigian tidak bertauliah, berisiko terdedah kepada jangkitan pelbagai penyakit serius, sehingga boleh membawa kematian.
Pakar Pergigian Pediatrik, Dr Nazatul Sabariah Ahmad berkata, antara penyakit yang boleh dijangkiti individu terbabit adalah HIV, Hepatitis B, Hepatitis C dan penyakit bawaan udara, seperti Tuberculosis (Tibi) atau batuk kering.
Katanya, risiko itu wujud kerana pengetahuan kurang dalam diri doktor pergigian tidak bertauliah untuk mengendalikan ‘proses rawatan’, sekali gus menyebabkan aspek kawalan jangkitan penyakit dan kaedah pembasmian kuman yang betul gagal diberi perhatian sebaiknya.
“Ilmu ‘nipis’ dalam kalangan doktor pergigian tidak bertauliah atau ‘doktor gigi palsu’ ini menimbulkan risiko penyakit yang bukan sahaja mengancam keselamatan penerima perkhidmatan, malah doktor itu sendiri.
“Kekurangan ilmu atau tiada ilmu langsung dalam kalangan doktor gigi palsu ini mengenai perubatan pergigian, meningkatkan risiko penyakit dan boleh mengancam nyawa individu yang tegar mendapatkan perkhidmatan berkenaan.
“Antara bahaya daripada perkhidmatan ditawarkan doktor gigi palsu ini adalah risiko terhadap keselamatan dan kesihatan individu apabila komplikasi akibat proses dilakukan tidak dapat dikawal, malah merumitkan keadaan jika ia harus ditangani pegawai perubatan sebenar, sehingga boleh memudaratkan kesihatan dan meningkatkan kos rawatan,” katanya kepada Getaran.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kewujudan doktor gigi palsu atau pegawai perubatan pergigian tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) yang didakwa semakin banyak umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini dilaporkan berkata, KKM tidak akan berkompromi dengan mana-mana doktor pergigian tidak berdaftar yang memberikan perkhidmatan kesihatan kepada individu.
Beliau menegaskan, perkhidmatan pergigian seharusnya hanya dijalankan pegawai kesihatan yang sudah menjalani latihan, mempunyai kelayakan dan berdaftar dengan KKM.
Dr Nazatul Sabariah berkata, individu ditipu doktor gigi palsu akan mengalami kerugian apabila perlu membayar bayaran perkhidmatan, selain mungkin berdepan kesan negatif kekal terhadap kesihatan.
Ditanya mengapa individu sanggup ‘serah diri’ untuk menggunakan perkhidmatan itu, beliau berpendapat ia disebabkan tahap kesedaran kurang untuk membezakan antara pegawai perubatan pergigian bertauliah dengan ‘doktor palsu’ terbabit.
Menurutnya, sikap masyarakat yang masih tidak mempunyai kesedaran tinggi terhadap undang-undang sedia ada yang berkaitan kesihatan pergigian, khususnya membabitkan perkhidmatan doktor palsu itu, menyebabkan mereka terjerat.
“Saya ingin menegaskan bahawa ada undang-undang khas di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), iaitu kesalahan untuk menyediakan klinik pergigian atau klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan di bawah akta ini.
“Malah ada juga peruntukan di bawah Akta Pergigian 2018 (Akta 804) yang mengatakan adalah menjadi kesalahan untuk amalan pergigian dilakukan individu tidak berdaftar.
“Menjadi kesalahan jika klinik perubatan swasta serta klinik pergigian swasta tidak mendaftar dengan KKM dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Justeru, Dr Nazatul Sabariah menegaskan, sangat penting untuk individu mendapatkan perkhidmatan daripada pegawai perubatan pergigian bertauliah dan klinik berdaftar dengan KKM kerana ia memberi kebaikan kepada pengguna itu sendiri, termasuk membuat aduan kepada Majlis Pergigian Malaysia sekiranya terdapat komplikasi terhadap rawatan diberikan.
“Bagi mengetahui senarai pendaftaran pengamal pergigian berdaftar, ia boleh disemak menerusi laman sesawang Majlis Pergigian Malaysia di mdc.moh.gov.my atau dpims.moh.gov.my,” ujarnya.
Bagi Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, usaha komprehensif sudah dilaksanakan pihak kerajaan bagi membendung kegiatan pegawai perubatan pergigian tidak bertauliah, namun mungkin isu terbabit boleh diatasi dengan menambah baik aspek penguatkuasaan.
“Kegiatan pengamal perubatan pergigian ‘haram’ yang berleluasa ketika ini perlu ditangani secara bersama.
“Usaha ini bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan, malah masyarakat yang perlu lebih peka dan bertanggungjawab berhubung bahaya perkhidmatan pergigian palsu berkenaan,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kos rawatan lebih rendah ditawarkan doktor pergigian palsu, berbanding harga ditetapkan di klinik menawarkan perkhidmatan terbabit yang diiktiraf KKM, berkemungkinan mendorong masyarakat memilihnya.
“Bayaran lebih rendah dan tempoh proses rawatan pergigian yang cepat, selain promosi berkesan serta dihebahkan pelanggan pernah mendapatkan perkhidmatan pegawai perubatan tidak diiktiraf ini, boleh menjadi antara faktor menarik minat individu.
“Keuntungan tinggi dan permintaan menggalakkan daripada orang ramai, menyebabkan doktor pergigian palsu ini ‘tegar’ menawarkan perkhidmatan itu,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2022


Artikel oleh: Getaran
DOKTOR GIGI PALSU: PELANGGAN BERISIKO DIJANGKITI PENYAKIT SERIUS, MAUT

https://www.getaran.my/artikel/semasa/29057/doktor-gigi-palsu-pelanggan-berisiko-dijangkiti-penyakit-serius-maut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/08/doktor-gigi-palsu-pelanggan-berisiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Ayid Pakai Ihram Di Masjidil Haram Dipandang Serius Harian Metro 22 08 2022

Tindakan Ayid Pakai Ihram Di Masjidil Haram Dipandang Serius Harian Metro 22 08 2022

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 148 hits
Kuala Lumpur Kesalahan pengkid Ayid atau Mohd Syahid yang mengenakan ihram dan berlagak sebagai lelaki di tanah suci Makkah boleh menyebabkan dia disiasat di bawah Seksyen 10 dan Seksyen 11 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Pengarah Advokasi Khi...
Hiburan Guna Tangga Cegah Penyakit Minta Kerajaan Ban Orang Muda Guna Lif Doktor Ini Dikecam Teruk

Hiburan Guna Tangga Cegah Penyakit Minta Kerajaan Ban Orang Muda Guna Lif Doktor Ini Dikecam Teruk

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 161 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial mengenai pasangan suami isteri bersama anak tidak diberi laluan untuk naiki lif dahulu sedangkan ketika itu mereka sedang membawa stroller Lebih menyakitkan hati pasangan tersebut orang orang yang didakwa...
Merek Aksesoris Jepang Namota Ekspansi Ke Pasar Indonesia Lewat Giias 2022

Merek Aksesoris Jepang Namota Ekspansi Ke Pasar Indonesia Lewat Giias 2022

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 110 hits
Merek dari Yokohama Jepang yaitu Namota ekspansi ke pasar Indonesia memanfaatkan pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show 2022 Apa saja keunggulannya
Sma Al Falah Kemaman Johan Bola Sepak Menengah Rendah Masmat 2022

Sma Al Falah Kemaman Johan Bola Sepak Menengah Rendah Masmat 2022

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 285 hits
SMA Al Falah Kemaman Johan Bola Sepak Menengah Rendah MASMAT 2022Tahniah Iman dan Team Bola Sepak SMA Al Falah Kemaman Johan untuk Bola Sepak Menengah Rendah Majlis Sukan Sekolah Menengah Agama Terengganu yang di adakan di SMA Mahmudiah Kua...
Sekjen Kemenag Lega Jemaah Sebut Layanan Haji 2022 Bagus

Sekjen Kemenag Lega Jemaah Sebut Layanan Haji 2022 Bagus

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 140 hits
Penyelenggaraan ibadah haji 2022 telah selesai seiring kembalinya para jemaah ke Tanah Air Hari ini ada tiga kloter yang diberangkatkan dari Bandara AMMA Madinah Arab Saudi
Jemaah Giliran 2020 2022 Diberi Keutamaan Tunai Haji Tahun Depan Kata Th

Jemaah Giliran 2020 2022 Diberi Keutamaan Tunai Haji Tahun Depan Kata Th

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 110 hits
Tabung Haji berkata kuota asal jemaah Malaysia ialah 31 600 orang dikurangkan kepada separuh akibat pandemik Covid 19 PETALING JAYA Jemaah haji yang mendapat giliran bagi tahun 2020 hingga 2022 akan diberi keutamaan menunaikan ibadat itu ta...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional