Doktor Ganja Kenang Penantian Diri Sebagai Banduan Akhir




Pada 7 Dis 2015, dunia Muhammad Lukman Mohamad bertukar sekelip mata. Jurutera itu ditangkap bersama isterinya yang sedang hamil kerana memiliki, memproses dan mengedar minyak ganja.
Walaupun isterinya dibebaskan pada Mei 2016, Lukman dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 30 Ogos 2018 mengikut Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4kg bahan yang mengandungi tetrahydrocannabinol (THC).
Tanggal 17 Feb lalu, terbit sinar cahaya di hujung rayuan hukuman matinya.
Ia berlaku apabila tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan rayuan Lukman mengetepikan sabitan terhadap dua tuduhan mengedar dadah.
Mereka menggantikan tuduhannya dengan pemilikan ganja bawah Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas setiap tuduhan dan berjalan secara serentak dari tarikh penangkapannya.
Pada tahun lalu Mahkamah Rayuan pada tahun lalu menurunkan pertuduhan ketiga Lukman menjadi kesalahan pemilikan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta 10 sebatan pada Lukman.
Oleh sebab itu, dia dianggap telah menyelesaikan hukuman penjara dengan pengampunan satu per tiga tempoh tahanan.
Hukuman sebatan dilakukan dan Lukman dibebaskan pada malam 17 Feb lalu dan dibawa ke rumah kakaknya di Kota Bharu untuk berehat serta menerima rawatan.
Setelah dua minggu, dia kembali ke kampung halamannya di Besut, Terengganu dan meneruskan rawatan memulihkan dirinya.
Kelmarin, sebulan selepas pembebasannya dari tirai besi, Lukman berkongsi kisahnya bersama Malaysiakini.
Anak kelima daripada enam beradik itu pernah bekerja sebagai pemeriksa kawalan kualiti (QC) dan jurutera projek QC selama kira-kira setahun sebelum dia dicekup dalam satu serbuan.
“Awalnya, saya mula bergaul dengan beberapa rakan dan kemudian salah seorang rakan saya memberitahu dia mempunyai ibu saudara menghidap barah dan isterinya menderita hipotiroidisme.
"Kemudian dia membuat penyelidikan sendiri dan membaca mengenai rawatan alternatif menggunakan ganja perubatan.
"Kami mula bekerjasama. Dia membawa bahan mentah itu kepada saya. Kami hanya membantunya membuat minyak untuk pesakit dan kemudian setelah sekitar tiga bulan, ada hasil yang baik.
"Kami mula dikenali di komuniti Facebook, bawah Ganja Perubatan Malaysia dan di kalangan mereka di media sosial yang menyebarkan berita mengenai manfaat ganja. Setelah berita itu tersebar, semakin ramai orang datang dan meminta pertolongan," katanya.
Usaha bantuan perubatan
Sememangnya banyak kajian dan dakwaan mengenai rawatan glaukoma dan penahan sakit untuk barah membantu menghalalkan ganja perubatan dan minyak ganja di negara-negara Barat.
Dronabinol, bahan aktif ganja THC dalam bentuk farmaseutikal telah diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS sebagai perangsang selera bagi penghidap Aids dan antiemetik (antiloya) bagi orang yang menerima kemoterapi dengan cap dagang Marinol dan Syndros. Ia boleh didapati dengan preskripsi di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan New Zealand.
Malah, beberapa negara juga telah mendekriminalisasi ganja bagi kegunaan rekreasi.

Pun begitu, keadaan perundangan Malaysia pada 2015 tidak banyak yang berubah dan ramai tahanan yang dijatuhkan hukuman mati berada di sana atas kesalahan memiliki 'dadah yang kurang berbahaya'.
Lukman berkata dia sedar undang-undang cukup keras dan hukuman berat bagi pengedar dadah tetapi dia tidak menyamakan ikhtiarnya sebegitu.
Katanya, dia memberi bantuan perubatan kepada mereka yang menderita penyakit.
“Apabila orang gembira, saya terus melakukannya. Secara organik ia menjadi seperti perniagaan. Dari apa yang saya tahu, polis bahagian narkotik menyedari aktiviti kami selama hampir setahun. Mereka membuka fail satu tahun sebelum mereka menangkap saya.
"Mereka sudah mempunyai maklumat saya, mereka sudah tahu di mana saya tinggal. Saya rasa mungkin mereka juga menangkap beberapa orang dan bertanya dari mana mereka mendapatkannya," katanya.
Kes terhadap Lukman mempunyai sejumlah elemen yang dipersoalkan termasuk hujah teknikal atas keterangan ahli kimia yang mengakui bahawa ini kali pertama mereka mengendalikan produk tersebut. 
Bagaimanapun, mahkamah tinggi mensabitkannya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati.
Penjara sukar tapi membantu
Lukman berkata dia tidak pernah membayangkan dirinya akan berada dalam kurungan dan menanti datangnya kematian.
“Mereka menyasarkan saya seolah pengedar dadah besar, sindiket besar yang menghasilkan dadah di makmal. Ketika mereka datang ke rumah saya tidak ada apa-apa. Tanpa makmal, perabot dan kereta mewah. Saya menjalani kehidupan yang sederhana," katanya.
Walaupun terkejut operasi itu cuma 'perkara kecil', Bukit Aman tetap meneruskan kes terhadap Lukman.
"Pada masa itu, vaping sedang berkembang pesat di Malaysia dan mereka ingin bertindak tegas," katanya.
Malah, kata Lukman dia secara salah digambarkan oleh sebuah akhbar berbahsa Melayu sebagai pengeluar cecair ganja vape.
"Niatnya jauh berbeza," katanya.
Pemenjaraan bukanlah suatu yang menyeksakan, paling tidak itulah pengalam Lukman.
"Nasib baik, saya tidak diganggu atau dianiaya di penjara. Mungkin ini yang Allah takdirkan untuk saya.
"Dalam beberapa cara, penjara menolong saya. Sejak beberapa bulan terakhir, saya memohon pertolongan Allah, tetapi saya menyerahkan segalanya kepadaNya," jelasnya.
Luiman banyak membaca di penjara, tetapi sebagai tahanan dengan label 'Banduan Akhir' (hukuman mati), dia tidak dapat menyambung pengajian secara rasmi.
"Di Penjara Kajang, jika kamu dihukum penjara 10 hingga 15 tahun, kamu dapat melanjutkan pelajaran, tetapi jika kamu dijatuhi hukuman mati tetapi menunggu rayuan kamu.
"Tidak ada kesempatan bagi kamu untuk bekerja atau belajar."




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/doktor-ganja-kenang-penantian-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Termenung Tak Larat Saat Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal 271 Hari Didera Ibu Angkat Doktor Dedah Cara Didera

Termenung Tak Larat Saat Saat Akhir Bayi Ini Sebelum Meninggal 271 Hari Didera Ibu Angkat Doktor Dedah Cara Didera

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 558 hits
Sebak Hanya itu sahaja perkataan yang mampu diungkapkan apabila membaca berita tentang bayi ini Tidak mampu melawan hanya senyum apabila dipaksa cuba menahan sakit dan hidup seperti biasa walaupun setiap hari didera oleh ibu angkatnya Dia k...
Ceo Air Asia Group Tony Fernandes Di Sebut Bakal Gantikan Hamidin Sebagai Presiden Mfl

Ceo Air Asia Group Tony Fernandes Di Sebut Bakal Gantikan Hamidin Sebagai Presiden Mfl

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes yang namanya disebut sebut sebagai calon Presiden Liga Bola Sepak Malaysia bersedia memikul tanggungjawab itu namun tertanya tanya sama ada komuniti sukan tersebut su...
Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

Ibu Muda Tanam Sayuran Sendiri Tulis Buku Tentang Kemampanan Sebagai Warisan Generasi Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 287 hits
BERITAmediacorp Kesedaran terhadap kepentingan tabiat mesra alam kian meningkat dipacu gerakan antarabangsa dan setempat yang diperhebat sejak akhir akhir ini Bagi seorang ibu muda di sebuah flat Bina Ikut Tempahan di Punggol gaya hidup yan...
100 Hari Sebagai Mb Perak Macam Marathon Kata Saarani

100 Hari Sebagai Mb Perak Macam Marathon Kata Saarani

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 327 hits
Saarani Mohamad menghadiri majlis Jamuan Mesra Sempena Program Menteri Besar Bersama Rakyat di Kampung Bogor Bersia hari ini GERIK Saarani Mohamad menyifatkan tempoh 100 hari beliau menduduki jawatan menteri besar Perak umpama perlumbaan ma...
Susul Sang Adik Amasya Manganang Periksakan Status Jenis Kelaminnya Siap Dinyatakan Sebagai Pria

Susul Sang Adik Amasya Manganang Periksakan Status Jenis Kelaminnya Siap Dinyatakan Sebagai Pria

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 317 hits
Juga mengalami hipospadia Amasya akan menjalani operasi sebelum nantinya resmi berganti status menjadi pria
Pemimpin Agama Sifatkan Perkembangan Isu Pemakaian Tudung Sebagai Positif

Pemimpin Agama Sifatkan Perkembangan Isu Pemakaian Tudung Sebagai Positif

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 224 hits
SINGAPURA Para pemimpin agama Islam menyifatkan perkembangan berhubung isu pemakaian tudung bagi para jururawat sebagai positif Ketika ditemui selepas sesi dialog bersama Menteri Undang Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam Presid...
Hiburan Sambut Hari Kelahiran Ibu Tercinta Wawa Zainal Hadiahkan Kek Tarik Duit Sebagai Kejutan Istimewa

Hiburan Sambut Hari Kelahiran Ibu Tercinta Wawa Zainal Hadiahkan Kek Tarik Duit Sebagai Kejutan Istimewa

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 452 hits
Pelakon yang kini bergelar usahawan kosmetik Wawa Zainal dilaporkan telah membuat kejutan istimewa ketika meraikan hari kelahiran ibu kesayangannya baru baru ini Sumber Instagram Wawa Zainal Bukan biasa biasa Wawa katanya telah menghadiahka...
Iqiyi Umum Usaha Sama Dengan Media Prima Celcom Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Platform Penstriman Di Malaysia

Iqiyi Umum Usaha Sama Dengan Media Prima Celcom Mengukuhkan Kedudukan Sebagai Peneraju Platform Penstriman Di Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 405 hits
Siaran Akhbar Penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif atas talian iQIYI International mengukuhkan kedudukannya di Malaysia melalui kerjasama strategik dengan dua syarikat ternama syarikat penciptaan kandungan media dan hiburan terulung...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever