Doktor Boleh Tinggalkan Perkhidmatan Awam Selepas 18 Bulan


 
Perkhidmatan mandatori bagi doktor ialah tiga tahun sebelum ia dikurangkan kepada dua tahun pada 2010.PETALING JAYA: Perkhidmatan kerajaan mandatori untuk doktor dikurangkan daripada dua tahun kepada 18 bulan, langkah yang dilihat mampu mengurangkan tekanan dihadapi pegawai perubatan di bawah sistem kontrak Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Oktober tahun lalu, pegawai perubatan boleh memohon pengurangan itu sebaik sahaja menamatkan perkhidmatan 18 bulan mereka, yang bermakna mereka bebas menyertai sektor swasta atau mencari peluang di luar negara sebelum tamat tempoh dua tahun.
“Kriteria kelayakan untuk pengurangan dalam tempoh perkhidmatan wajib hanya akan dipertimbangkan bagi mereka yang berkhidmat sekurang-kurangnya setahun enam bulan dalam sektor awam. Di bawah Seksyen 43 Akta Perubatan 1971, Menteri Kesihatan boleh memberikan pengurangan,” kata Majlis Perubatan Malaysia dalam garis panduan berhubung perkara itu.
Menurut sumber perubatan, langkah ini bertujuan menggalakkan doktor kontrak menyertai sektor swasta untuk mengurangkan tekanan kerajaan.
Kerajaan kini dibebani masalah 23,000 doktor kontrak yang menuntut penempatan tetap dengan ribuan lagi akan menyertai kumpulan doktor junior itu setiap tahun.
Perkhidmatan wajib untuk doktor di hospital awam adalah tiga tahun, manakala latihan ialah setahun. Pada 2010, tempoh mandatori dikurangkan kepada dua tahun, tetapi tempoh latihan dinaikkan ke dua tahun. Jumlah minimum tempoh dalam perkhidmatan kerajaan kekal empat tahun.
Doktor berkata, langkah terbaharu itu, yang tidak diumumkan secara meluas, dibuat selepas kerajaan menghadapi kesukaran menampung sejumlah besar doktor yang menghabiskan latihan mereka dalam perkhidmatan kerajaan, yang menyebabkan sistem kontrak diwujudkan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Subramaniam Muniandy ketika dihubungi berkata, mereka tidak tahu mengenai peruntukan itu dan akan mengulas kemudian.
Seorang perundingan kanan di sebuah hospital swasta berkata, ini mungkin bulan tindakan sewajarnya kerana empat tahun penuh, termasuk latihan di hospital kerajaan atau institusi lain, ialah cara terbaik untuk doktor mendapatkan kemahiran.
“Jika ia dilakukan untuk melepaskan doktor kontrak demi meringankan beban kewangan kerajaan, maka ini tidak betul. Kebanyakan doktor senior merasakan semakin lama mereka berada di hospital kerajaan, mereka semakin cekap.”
Selain pengurangan ini, doktor yang menamatkan latihan mereka dibenarkan memohon penangguhan perkhidmatan mandatori mereka daripada menteri atas alasan sah, manakala mereka yang menjalani latihan mereka di hospital diiktiraf di luar negara boleh memohon pengecualian sekembalinya ke tanah air.
Mereka yang berkhidmat di luar negara dengan pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 10 tahun juga boleh memohon pengecualian daripada perkhidmatan wajib selepas pulang ke negara. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/doktor-boleh-tinggalkan-perkhidmatan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Aktiviti Fizikal Berat Selepas Dapat Suntikan Vaksin Elak Insiden Tak Diingini Ini Penjelasan Doktor

Elak Aktiviti Fizikal Berat Selepas Dapat Suntikan Vaksin Elak Insiden Tak Diingini Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 269 hits
SEHINGGA semalam portal vaksincovid gov my merekodkan lebih 17 770 000 individu sudah berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid 19
Usia 0 3 Bulan Bayi Tenung Muka Bukan Saja Saja Waktu Ni Dia Serap Semuanya Boleh Faham

Usia 0 3 Bulan Bayi Tenung Muka Bukan Saja Saja Waktu Ni Dia Serap Semuanya Boleh Faham

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 375 hits
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BAYI baring MELENTANG dan helpless tu Umur bayi tentunya 0 3 bulan ke bawah Bayi tak tahu buat apa apa mungkin mengagah sahaja Selalunya ibu bapa akan biarkan saja paling paling bagi susu sali...
Masih Boleh Dijangkiti Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin Cuma Tidak Serius

Masih Boleh Dijangkiti Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin Cuma Tidak Serius

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 362 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Hanya segelintir petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin telah dijangkiti virus Covid 19 kategori tiga dan empat sementara ...
Perkembangan Pokok Keladi Sayur Selepas 2 Bulan Di Alihkan

Perkembangan Pokok Keladi Sayur Selepas 2 Bulan Di Alihkan

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 259 hits
Pokok keladi sayur yang dialihkan pada 30 3 21 iaitu hampir 2 bulan lepas sudah membesar dengan begitu baik sekali Tanah batas timbun yang ditanam dengan sisa dapur dan mempunyai banyak bahan organik memungkinkan pertumbuhan yang sebegini c...
Luahan Doktor Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Untuk Bantu Pesakit Covid 19

Luahan Doktor Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Untuk Bantu Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 477 hits
Berikut adalah pengalaman peribadi dilalui seorang doktor kontrak di sebuah hospital awam Berusia 30 an dia bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat identitinya tidak didedahkan Hal itu antara lain kerana kakitangan kerajaan tidak dibenar...
Wanning Gibbous Bulan Selepas Purnama

Wanning Gibbous Bulan Selepas Purnama

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 449 hits
Hajat di hati nak rakam gambar bulan penuh pada 24 Julai 2021 tapi tak dapat sebab cuaca tak cantik malam tersebut 25 Julai 2021 saya dapat peluang ambil gambar bulan selepas purnama ataupun bahasa enggerisnya wanning Gibbous Bulan pada mal...
Kenderaan Perkhidmatan Awam Capai Usia Maksimum Diberi Lanjutan Setahun

Kenderaan Perkhidmatan Awam Capai Usia Maksimum Diberi Lanjutan Setahun

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 304 hits
Lanjutan itu merangkumi semua kelas kenderaan perkhidmatan di bawah skop tanggungjawab Agensi Pengangkutan Awam Darat serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah dan LPKP Sarawak PETALING JAYA Kementerian Pengangkutan memberi lanjut...
Rancangan Percutian Selepas Pkp Kuala Lumpur Pulau Pinang

Rancangan Percutian Selepas Pkp Kuala Lumpur Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 376 hits
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah setelah menerima vaksin COVID 19 yang lepas dalam kepala saya nie terfikir nak bercuti cuti Malaysia Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak pergi bercuti tapi disebabkan pandemik yang melanda di negara kita m...
Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Jho Low Kini Dikenali Sebagai Constantinos Achilles Veis Di China

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet

Skim Pencen Dilindungi Perlembagaan

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Pupil With 8as In Spm Denied Scholarship Are There Too Many Straight As Scorers Around


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Cara Mudah Nak Bezakan Samaada Telur Segar Atau Tidak

Pulang Ke Luar Negeri

Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat

Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge