Doakan Farah Jumpa Jodoh Yang Sanggup Terima Kekurangan Dirinya Katanya Dia Idamkan Lelaki Yang


“Doakan Farah Jumpa Jodoh Yang Sanggup Terima Kekurangan Dirinya”
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)


Wanita OKU Istimewa, Cekap Pandu Kereta Guna Kaki Beberapa bulan yang lalu telah tular kisah wanita ini di media sosial. Ramai yang kagum melihat kecekapannya memandu kenderaan, memakai tudung, makan, minum serta melipat kain dan bermekap walaupun hanya menggunakan dua belah kakinya sahaja.

Dilahirkan dalam keadaan cacat tanpa kedua belah tangan ternyata bukanlah satu ujian yang kecil.

Berat mata yang memandang, lagi berat bahu yang memikul. Namun, Norfarah Syahirah Shaari atau mesra dengan panggilan Farah, 31 tahun, yang berasal dari Bagan Dato, Perak membuktikan kecacatan bukanlah pengakhiran hidup.

Sebaliknya menurut Farah lagi, jadikan setiap kelebihan lain yang Allah kurniakan untuk membuktikan kemampuan diri. Malahan kini dia membuka mata semua orang apabila dia mampu membuktikan kemampuannya memandu kereta sendiri hanya menggunakan kaki.


Videonya yang sedang memandu kereta menjadi tular di media sosial apabila dikongsi oleh salah seorang rakannya beberapa bulan yang lalu.

Farah juga melalui kehidupan kanak-kanak yang sama cuma bezanya tanpa sepasang tangan kerana dia merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“ Saya dilahirkan dengan kecacatan tiada kedua belah tangan. Menurut cerita ibu, sejak saya di dalam kandungan lagi, dia dapat rasakan ada perbezaan ketika mengandungkan saya dengan adik-beradik yang lain. Paling ketara kurangnya pergerakan.

“ Setelah lahir ke dunia, perkembangan saya juga agak lambat. Saya tidak boleh berjalan sehingga berusia 4 tahun, hanya mengesot tidak seperti kanak-kanak lain yang boleh merangkak serta berjalan. Tetapi memandangkan saya hanya tidak mempunyai tangan, saya bersekolah di sekolah biasa.

“ Permulaannya, memang mereka rasa pelik apabila pertama kali melihat saya menulis menggunakan kaki. Tetapi lama-lama mereka berbangga dengan kebolehan saya.

“ Penerimaan dan pertolongan mereka banyak membantu saya. Hinggakan apa yang tak mampu saya buat, secara automatiik mereka akan tolong uruskan,” ungkap Farah yang kini bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak. Mula Belajar Menulis Jelas Farah, disebabkan dirinya hanya bergantung kepada kekuatan kaki untuk melakukan semua perkara, oleh itu dia mula berlatih untuk menulis menggunakan kaki.



Tambahan pula, ibunya ada mengajar Farah cara menulis. Lama-kelamaan dirinya secara spontan untuk belajar sendiri. Seingat anak kelapan daripada 10 orang beradik ini, dalam usia empat tahun dia mula menulis setelah dirinya mulai pandai berjalan.

“ Selain saya, abang saya yang ketiga juga merupakan OKU dan dia adalah OKU pekak dan bisu. Biar pun cacat, tetapi kini dia miliki kehidupan sendiri, berkahwin dan menempa kejayaan sendiri.

“ Dia juga tak susahkan mak ayah lagi. Secara tak langsung abang menjadi inspirasi kepada saya untuk meneruskan kehidupan saya.

“ Biar pun jarak usia saya dan abang agak jauh, tetapi saya nampak pengorbanan mak dan ayah saya yang berusaha menghantar dia ke sekolah khas. Begitu juga bagaimana abang lalui kehidupan sebagai OKU.

“ Tetapi segalanya nampak mudah dan dia mampu berdikari. Dari situlah saya juga terasa apa yang dia mampu buat, pasti saya pun boleh lakukan.

“ Ikutkan hati memang kita tak sama dengan orang lain. Kadang-kadang kita ada kekangan untuk lakukan sesuatu dan tak mampu nak buat, tetapi saya tak suka jadikan ia sebagai halangan. Saya tidak rasa kekurangan, malah saya juga normal seperti orang lain,” katanya lagi

Biar pun perkahwinannya gagal di pertengahan jalan, Farah redha dengan ketentuan Ilahi.
Lakukan Kerja Seperti Orang Normal Kebiasaan apa sahaja orang normal lakukan, Farah juga buktikan dia mampu lakukan. Seperti pengurusan di rumah, dia cuba lakukan apa yang menjadi rutin ibunya termasuklah tugas memasak dan membasuh.

Walaupun ibu tidak izinkan, dirinya tetap berkeras untuk lakukan juga. Berbekalkan kekuatan dan semangat yang ada, Farah terus yakin mencuba. Begitu juga dengan alam pekerjaan, biar pun sesukar mana satu-satu perkara, wanita ini tetap cuba membuktikan kebolehannya.


Sebenarnya jika nak dibandingkan kehidupan harian saya dengan dunia pekerjaan, bekerja sebenarnya lebih mencabar. Kita berhadapan dengan orang orang dari pelbagai lapisan, dari orang bawahan hinggalah yang tertinggi.

“ Bukan mudah jika kita tiada kekuatan, memang susah seorang OKU masuk ke alam pekerjaan. Sebab kekuatan saya hanyalah bergantung kepada kekuatan kaki.

“ Jadi kalau kaki saya ini tak mampu lakukan semua benda, memang takkan mampu masuk ke sektor pekerjaan ini.

“ Oleh itu saya cuba yakinkan rakan sekerja, saya mampu buat tidak kiralah mengangkat fail, menulis atau gunakan komputer. Alhamdulillah mereka nampak kelebihan dan kemahiran saya. Jadi mereka bangga dan hormatkan saya. Malahan saya juga banyak membantu mereka,” ceritanya satu-persatu.




@norfarrahsyahirahshaari Jalan2 cuci mata.. walaupun dalam kereta pusing2 pekan pon jadi😄😄☺
♬ original sound - 𓆩♡𓆪 Memandu Sendiri Jelas Farah, tujuan utama dirinya memandu kereta dan mendapatkan lesen bukanlah bertujuan untuk membangga diri. Sebaliknya Farah ingin rakan senasibnya membuka mata bahawa OKU sepertinya mampu memandu kereta walaupun tiada kedua belah tangan.



“ Dengan hanya menggunakan kaki, Farah mampu membawa kereta sendiri. Saya Saya sudah merasa bersyukur dan orang nampak kebolehan saya.

“ Pada pandangan mata orang luar, mungkin mereka beranggapan mungkin saya tak mampu tetapi akhirnya saya buktikan mereka salah.

“ Sebenarnya proses ambil lesen adalah berlangsung sama seperti orang lain, prosesnya sama macam org normal. Seperti kes saya, saya perlu gunakan kaki dan perlu ubahsuai kereta sendiri. Jadi saya perlu mahirkan dulu bawa kereta sendiri.

“ Saya belajar memandu dahulu, kemudian dalam tempoh 2 minggu sahaja saya dah boleh bawa kereta sendiri. Selepas itulah, saya ke sekolah memandu untuk ambil lesen dan alhamdulillah lulus akhirnya,” katanya lagi.

Seperti mana orang lain, Farah juga dilanda perasaan takut untuk membawa kereta sendirian. Namun begitu, setakat ini belum pernah dirinya dihon kerana membawa kereta perlahan. Malahan di pejabat, rakan-rakan gemar menumpang kereta saya,” kongsinya lagi.

Farah sentiasa berfikiran positif dan tidak pernah mengendahkan kata-kata negatif dari mulut orang. Kelihatan juga Ibunya yang setia menemani ke mana dia pergi.
Gunakan Kelebihan Sebaiknya Pada pandangan mata kasar, orang di luar sana melihat Farah melakukan kerja. Sebaliknya bagi Farah, dia sentiasa yakin dan berkemampuan lakukan semua perkara. Walaupun susah untuk dilakukan, dia sedaya-upaya a mencuba.


Berbekalkan kekuatan, semangat, sabar dan usaha membuatkan segala urusan dan perkerjaan tampak mudah di matanya. Menjadi pegangan Farah bahawa setiap kelebihan yang Allah berikan padanya akan digunakan sebaiknya dan sama sekali tidak akan sia-siakan.

“ Setakat ini segala perkara yang ingin saya lakukan telah berjaya dan hanya satu impian saya adalah ingin memandu kapal terbang. Saya terinspirasi daripada kisah seorang wanita yang juga OKU di luar negara mampu mengemudi sebuah kapal terbang.

“ Kepada golongan OKU di luar sana, jangan anggap kita ini seorang OKU sebaliknya anggaplah diri kita normal seperti orang lain. Kita boleh buat biar pun kita kekurangan dari segi anggota atau fiizikal.

“ Tetapi kita harus berusaha dan selalu berfikiran positif. Jangan terlalu berpegang kepada pandangan masyarakat, sebaliknya buktikan kemampuan diri sendiri. Insyallah suatu hari nanti kejayaan pasti akan tiba,”nasihat Farah lagi.

Diakhir perbualan dia juga turut sebenarnya pernah mendirikan rumahtangga, tetapi gagal di pertengahan jalan. Namun Farah redha dengan ketentuan Ilahi dan buat masa ini belum terfikir ke arah itu.


@norfarrahsyahirahshaari Jangan anggap saya tak mampu nak buat kerja sama macam orang lain tau? Yang penting kita tahu apa kelebihan kita mampu buat💪♥♥#tiktokmalaysia🇲🇾 #fy ♬ bunyi asal - _Nblnzri - _Nblnzri🦖 Walau bagaimanapun Farah tidak menolak jika ada Tuhan telah aturkan jodoh untuknya nanti. Justeru dia mengharapkan seorang lelaki yang betul-betul ikhklas, jujur dan dapat menerima dirinya sebagai OKU.

SOURCE: mingguanwanita.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaup2date.blogspot.com/2022/08/doakan-farah-jumpa-jodoh-yang-sanggup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang Sanggup Bagi Ganjaran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa

Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang Sanggup Bagi Ganjaran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 238 hits
Seperti yang diketahui ramai pelakon Nadiyah Shahab dan suami Ben Ali yang juga merupakan aktor dan usahawan membela tiga ekor kucing iaitu Fluffy Mushy dan Theo Terbaru Nadiyah berkongsi khabar sedih di Instagram apabila kehilangan salah s...
Jodoh R4hsia Allah Wanita Seb4k Pertama Kali Jumpa Suami 7 Bulan Nikah Online

Jodoh R4hsia Allah Wanita Seb4k Pertama Kali Jumpa Suami 7 Bulan Nikah Online

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 274 hits
JODOH rahsia ALLAH menyatukan dua jiwa Biarpun jarak memisahkan memakan masa berbulan bulan lamanya kalau sudah jodoh pasti akan bertemu jua Seperti wanita ini hanya bertemu suaminya selepas tujuh bulan bernikah Wanita yang dikenali sebagai...
Cedera Di Mata Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

Cedera Di Mata Ketika Penggambaran Gyeongseong Creature Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 203 hits
Ada berita sedih buat peminat Han So hee ARTIKEL BERKAITAN Pada 3 Ogos Han So hee dilaporkan mengalami kecederaan di muka berhampiran matanya ketika melakukan penggambaran Gyeongseong Creature melaporkan bahawa Han So he sedang merakam adeg...
Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

Najib Kongsi Bukti Anak Tun M Terima Projek Kerajaan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 471 hits
SATU bukti yang didakwa menunjukkan anak anak Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat projek bernilai ratusan ringgit dari kerajaan semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dikongsikan oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini Ahli Parlimen Pekan...
Negara Perlukan Ruu Peruntukan Dana Politik Elak Parti Terima Dana Meragukan

Negara Perlukan Ruu Peruntukan Dana Politik Elak Parti Terima Dana Meragukan

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 374 hits
Pembongkaran sumbangan politik dalam kes korupsi melibatkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin wang yang diberikan oleh syarikat Ultra Kinrar...
Hiburan Saya Tolak Tawaran Era Sebab Awak Kata Jangan Terima Ajak Shiro Dedah Kisah Lama Shahrol Rupanya Tikam Belakang

Hiburan Saya Tolak Tawaran Era Sebab Awak Kata Jangan Terima Ajak Shiro Dedah Kisah Lama Shahrol Rupanya Tikam Belakang

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 211 hits
Sedia maklum penyampai radio Fizi Ali kini telah meninggalkan radio Suria FM dan hal itu telah menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya Menurut Shahrol pihak pengurusan radio terbabit memang sudah lama tidak bersik...
Lapangan Terbang Taipei Terima Ancaman Bom Susulan Lawatan Pelosi

Lapangan Terbang Taipei Terima Ancaman Bom Susulan Lawatan Pelosi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 276 hits
LAPANGAN Terbang Taoyuan Taipei memaklumkan pihaknya menerima ancaman bom yang bertujuan untuk mengganggu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi yang dikatakan mungkin akan melawat Taiwan lapor Sputnik memetik Global...
Atlet Emas Gangsa Terima Insentif Tunai

Atlet Emas Gangsa Terima Insentif Tunai

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 108 hits
CYBERJAYA 8211 Dua atlet kelahiran Johor yang menyumbang pingat pada temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham England akan diberikan insentif wang tunai sebagai penghargaan pencapaian di peringkat antarabangsa Menteri Besar Datuk Onn Hafiz...
Koleksi Pantun Terima Kasih

Koleksi Pantun Terima Kasih

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 314 hits
Anda boleh memberikan pantun terima kasih untuk semua kebaikan yang orang lain berikan kepada anda Berterima kasih adalah salah satu bentuk penghargaan atas usaha seseorang yang telah membantu anda Sememangnya banyak kebaikan yang orang lai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut