Doakan Adrian Jatuh Dari Baby Walker Kini Di Icu 13 Kali Jalani Pembedahan


Ibu mana tak sedih anak yang dilahirkan sihat dan aktif ditakdirkan terlantar dan mungkin tidak boleh membesar seperti kanak-kanak sebaya dengannya. Itu yang berlaku pada anak kecil ini, Adrian Harriz yang baru berusia setahun setelah jatuh dari baby walker.
Kisah yang dikongsikan oleh ibu Adrian, Puan Haziren ini mungkin boleh dijadikan peringatan dan orang ramai boleh sama-sama mendoakan agar anak kecil ini terus kuat melalui kesakitan yang ditanggungnya.

Peristiwa hitam dalam hidup Adrian Harriz atau lebih mesra dengan panggilan ‘adik baby’ berlaku ketika dia berusia 7 bulan.
“Ketika kejadian adik baby baru 7 bulan. Waktu itu, papanya nak pergi ke tandas dan tak sedar adik baby ikut dari belakang. Sampai di dapur, tiba-tiba walker yang dinaikinya itu tersembam dan kepalanya dulu jatuh ke depan. Tetapi lepas terjatuh, dia okay sahaja, tak ada darah atau muntah.
“Keesokkan harinya baru dia demam dan saya membawanya ke klinik. Waktu itu, mereka hanya sahkan demam biasa sebab terkejut daripada jatuh. Namun selepas itu, dia demam ‘on-off’ beberapa hari sehingga nampak tidak aktif dan lemah.

“Disebabkan rasa tak sedap hati dan naluri sebagai seorang ibu, kami suami isteri ambil keputusan bawa Adrian ke hospital. Doktor terus scan dan mendapati berlaku bengkak di dalam kepala adik baby sebab ada lebihan air. Bila doktor buang air di dalam kepalanya baru tahu ada jangkitan kuman,” katanya.
Tambah Haziren, sehingga hari ini, setiap hari ke 10 perlu tukar tiub di kepala adik baby selagi ada kuman di kepalanya.
“Saya minta doakan adik baby pulih seperti sedia kala. Adik baby sangat kuat semangat. Alhamdulillah, perkembangan yang positif adik baby dapat gerakkan kaki dan tangan, itu pun sudah bersyukur,” tulisnya di Facebook.

Dah 5 bulan berada di hospital
Difahamkan, sejak dimasukkan ke wad bulan Oktober tahun lalu, sehingga kini dah 5 bulan adik baby berada di dalam wad. Terbaru sudah 13 kali menjalani pembedahan di kepala dan satu di lutut akibat jangkitan kuman.
“Sekarang ini pun, Adrian masih dalam ICU dan menggunakan tiub pernafasan kerana oksigennya masih belum stabil. Sejak dia menerima rawatan di hospital kami tak boleh melawat dan boleh tahu perkembangannya hanya melalui jururawat dan doktor saja.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh ibu ini, pada pukul 4 pagi, secara tiba-tiba adik baby tidak ada respon. Oksigen ketika itu turun hingga bacaan 42 peratus.
Ibu mana yang tak sedih melihatkan anak yang masih kecil diberi ujian sebesar ini. Namun, saya harus kuatkan semangat dan percaya ada keajaiban dari Allah selepas ini.

“Lepas masuk ICU, anak saya terpaksa pakai intubate sebab oksigen dia tak stabil…”
Sebagai ibu, tiada apa yang diharapkan melainkan melihat Adrian Harriz untuk pulih seperti anak-anak yang lain walaupun doktor tak meletakkan harapan tinggi untuknya kembali hidup normal.

Harapan saya juga, semoga doa kalian dapat beri kekuatan pada Adrian dan Allah angkat segala kesakitannya dengan memberikan kesihatan yang baik serta dapat kembali melihat senyumannya. Amin Ya Rabbal Alamin
Kredit: Haziren Erin
ARTIKEL MENARIK [Dr Kongsi Kes Kanak-Kanak Tertela Syiling 50 Sen. Ini Patut Ibu Ayah Buat!]
BACA JUGA [Dr Ingatkan Jangan Dibiasakan ‘Jamu’ Anak Dengan Kentang Goreng, Bahaya!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama! Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Doakan Adrian! Jatuh Dari Baby Walker, Kini Di ICU & 13 Kali Jalani Pembedahan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/doakan-adrian-jatuh-dari-baby-walker-kini-di-icu-13-kali-jalani-pembedahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Lepas Jalani Pembedahan Bts Beri Update Tentang Kesihatan Jin Kini

Baru Lepas Jalani Pembedahan Bts Beri Update Tentang Kesihatan Jin Kini

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 155 hits
Mengejutkan peminat apabila Jin BTS dimaklumkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan Pada 19 Mac BIGHIT MUSIC mengumumkan bahawa jari telunjuk kiri Jin BTS cedera dan selepas menerima pemeriksaan di hospital dia harus menjalani pembedah...
Sehun Exo Kongsi Baru Selesai Jalani Pembedahan

Sehun Exo Kongsi Baru Selesai Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 208 hits
Macam mana sibuk pun sudah pasti kesihatan yang paling penting untuk dijaga Terbaru Sehun EXO menerusi aplikasi Bubble berkongsi dengan peminat mengenai kesihatan dirinya kini Menurutnya dia baru sahaja menjalani pembedahan baru baru ini da...
Tak Pernah Putus Asa Elizad Bakal Buat Ivf Kali Kedua Warganet Doakan Semoga Dipermudahkan Urusan

Tak Pernah Putus Asa Elizad Bakal Buat Ivf Kali Kedua Warganet Doakan Semoga Dipermudahkan Urusan

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 147 hits
Tidak pernah kenal erti putus asa dalam mendapatkan zuriat pelakon dan pengacara radio Siti Elizad Sharifuddin atau Elizad sekali lagi mendapatkan rawatan In Vitro Fertilisation setelah percubaan kali pertama pada 2020 menggunakan rawatan y...
Setelah Jalani Pemeriksaan Dea Onlyfans Kini Resmi Jadi Tersangka

Setelah Jalani Pemeriksaan Dea Onlyfans Kini Resmi Jadi Tersangka

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 150 hits
Kabar terbaru menyebut Dea OnlyFans kini telah ditetapkan menjadi tersangka setelah menjalani pemerikasaan
Kena Lagi Kali Ini Ini Lah Kenapa Pas Kini Dipandang Lekeh

Kena Lagi Kali Ini Ini Lah Kenapa Pas Kini Dipandang Lekeh

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 129 hits
Exco Perak diperintah bayar Guan Eng RM250 000 atas dakwaan bertudung March 18 2022 5 04 PM Lim Guan Eng berkata catatan dibuat Razman Zakaria itu bersifat memfitnah dan menjejaskan reputasi serta peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pina...
Jin Bts Alami Cedera Tendon Jari Tangan Kini Sedang Jalani Masa Pemulihan

Jin Bts Alami Cedera Tendon Jari Tangan Kini Sedang Jalani Masa Pemulihan

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 166 hits
Meskipun sudah menjalani operasi Kondisi Jin masih belum sepenuhnya pulih Ia masih harus mengenakan gips dan banyak beristirahat
Anwar Wajar Bersara Sebab Dah Gagal Banyak Kali

Anwar Wajar Bersara Sebab Dah Gagal Banyak Kali

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya mempertimbangkan pendekatan sama seperti bekas Penasihat DAP Lim Kit Siang yang bersara daripada politik Ini kerana beliau dilihat gagal dalam Pilihan Raya Negeri di Sabah Sarawa...
Remaja Bunuh Kekasih Berusia 42 Tahun Sebab Tolak Ajakan Berasmara Kali Kedua

Remaja Bunuh Kekasih Berusia 42 Tahun Sebab Tolak Ajakan Berasmara Kali Kedua

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 215 hits
Seorang wanita yang dikenali sebagai Neng Enci 42 ditemui tidak bernyawa di bilik sewanya di Kabupaten Kuningan Jawa Barat Indonesia pada jam 7 petang Jumaat lalu 18 Mac 2022 Siasatan mendapati mangsa mati dibunuh oleh teman lelakinya seora...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa