Doakan Adik Yusuff Disahkan Hydrocephalus Pembedahannya Bergantung Keputusan Doktor
Kasih ibu hingga ke syurga. Walaupun tiada pertalian persaudaraan dan hanya anak angkat, ibu mana yang sanggup lihat anak kecil ini diuji dengan ujian yang cukup berat. Bagaimanapun, niat baik ibu angkat kepada bayi lelaki yang diberikan nama Muhammad Yusuff ini telah mendapat perhatian.
Melalui perkongsian di FB Asma Assakinah, baby Yusuff ini dijaga oleh ibu angkat setelah ibu kandung baby Yusuff menyerahkan kepada Mak Cik Ani. Difahamkan ibu kandung baby Yusuff ini adalah warganegara Indonesia.
Biarpun ujian ini berat bagi Mak Cik Ani, niat menjaga anak istimewa ini yang disahkan menghidap penyakit hydrocephalus tetap dilaksanakan dengan seikhlas hati.
Menurut Asma, dia telah mendapat berita duka. Sekarang hanya bergantung kepada kekuasaan ALLAH untuk urusan baby Yusuff dipermudahkan.
Mohon doakan urusan baby Yusuff lancar
24/12/2020 baby Yusuff telah dibawa ke Hospital Seremban berjumpa doktor pakar. Setelah berjumpa doktor pakar, doktor memberitahu bahawa baby Yusuff tidak boleh membuat pembedahan di Hospital Seremban kerana risiko yang terlalu tinggi dan macam-macam boleh terjadi semasa baby Yusuff membuat pembedahan.
Doktor memberitahu baby Yusuff sangat-sangat terlambat untuk membuat pembedahan, kepala semakin membesar. Mengenai kos pembedahan sahaja RM25,000 belum termasuk ICU dengan ubat ubatan lagi. Anggaran semuanya RM50,000.
Mak Cik Ani ambil keputusan untuk cuba di HKL hari ini (25 Disember) dan ini adalah jalan dan harapan terakhir untuk baby Yusuff. Minta jasa semua untuk terus doakan baby Yusuff.
Ramai yang sayangkan baby Yusuff
Sebelum ini, kisah baby Yusuff telah mendapat perhatian, apabila ramai yang bermurah hati memberi sumbangan untuk memastikan baby Yusuff dapat rawatan terbaik.
Alhamdullillah thumma Alhamdulillah asma’ dah selesaikan amanah orang ramai dengan menyerahkan RM10,000 sumbangan orang ramai kepada baby Yusoff, untuk rawatan ke Hospital Seremban pada 24/12/2020 ni. InsyaAllah.
Dengan budi bicara doktor juga mudahan-mudahan dapat kurangkan kos pembedahan baby Yusoff dan dapat buat pembedahan pada hari tersebut. Sama-sama kita doakan dan teruskan menyumbang.
Moga-moga Allah permudahkan segala urusannya memberi kesembuhan baby Yusoff dan kepada semua yang beri sumbangan moga Allah balas segalanya dengan segala kebaikan dan rezeki yang takkan pernah putus. Aamiinnn2 Ya Allah
Kredit: Asma Assakinah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Doakan Adik Yusuff. Disahkan Hydrocephalus, Pembedahannya Bergantung Keputusan Doktor appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/doakan-adik-yusuff-disahkan-hydrocephalus-pembedahannya-bergantung-keputusan-doktor/