Doa Selamat Daripada Musibah Banjir


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
DOA SELAMAT DARIPADA MUSIBAH BANJIR

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah ya Tuhan kami, kami benar-benar bersyukur kepada-Mu ya Allah. 
Alhamdulillah, dengan berkat doa semua yang meng'amin'kan doa ini ya Allah, tidak ada niat lain di hati kami melainkan untuk mengharapkan belas ihsan dari-Mu ya Allah.

Ya Allah limpahkanlah pahala kepada semua yang meng'amin'kan doa ini ya Allah,  
Terimalah amalan kami ya Allah sebagai amalan yang soleh ya Allah. 
Berkatilah insan-insan yang bertungkus-lumus untuk membantu mereka yang dalam kesusahan terutama mereka yang sedang mengalami musibah banjir ya Allah, kami harapkan keredhaan-Mu ya Allah. 
Berkatilah hamba-Mu yang banyak bersedekah yang banyak infaq harta untuk jalan agama-Mu ya Allah

Tambahkanlah rezeki mereka, berkatilah keluarga mereka ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar kepada masalah-masalah mereka ya Allah, jadikanlah kami sebahagian daripada mereka ya Allah. 
Jadikanlah kami sebahagian hamba-hamba-Mu yang berusaha menyebarkan agama-Mu mengikut kadar kemampuan kami.

Doa selamat dari musibah banjir, sama-sama kita amin kan
Ya Rahman ya Rahim, dalam suasana sahabat dan saudara kami diuji dengan banjir ya Allah. Kami terbayang anak-anak mereka yang kesejukan ya Allah



Kami terbayang anak-anak yang kelaparan ya Allah, dalam keadaan anak-anak kami masih membazirkan rezeki anugerah-Mu ya Allah, kami terbayang anak-anak yang mencari tempat untuk solat sedangkan kami membiarkan anak kami tidak menunaikan solat. 
Ampuni dosa dan kelalaian kami ya Allah. Mereka bersusah payah mencari pakaian dalam kesejukkan untuk menutup aurat. Kami membiarkan isteri dan anak-anak kami tidak menutup aurat, ampuni dosa kami ya Allah.

Janganlah kau timpakan musibah kepada kami di atas dosa-dosa kami ya Allah. Ya Rahman ya Rahim. 
Berilah kekuatan kepada diri kami untuk memperbaiki diri kami ya Allah. 
Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadiri majlis-majlis ilmu. Berilah kekuatan kami untuk istiqomah.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim rezekikan kepada kami sahabat-sahabat yang soleh. 
Ya Allah, rezekikan kami sahabat-sahabat yang memimpin tangan kami ke jalan syurga-Mu ya Allah. 
Rezekikan kami kepada sahabat yang menyebabkan kami ingat kepada-Mu ya Allah. 
Rezekikan kami kepada sahabat yang menyebabkan kami ingat kepada-Mu ya Allah. 
Rezekikan kepada kami sahabat sebagaimana Engkau rezekikan Abu Bakar kepada Rasulullah saw. 
Ya Allah jauhkanlah kami daripada insan-insan yang mengheret kami jauh dari-Mu ya Allah. 
Jauhkanlah kami dari insan yang mengheret tangan kami ke neraka-Mu ya Allah. 
Jauhkanlah kami dari insan-insan yang membawa kami kepada murka-Mu ya Allah.

Ya Allah kami pohon kehadrat-Mu, agar dengan rahmat dan perlindungan-Mu, Negara kami Malaysia dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih sayang antara kami, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kekalkanlah perpaduan dikalangan kami, luaskanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai

Ya Allah, jauhkanlah kami, pemimpin kami, dan negara kami daripada segala jenis penyakit dan bala bencana khasnya bencana banjir yang melanda negara kami ketika ini agar keadaan cuaca di negara kami kembali pulih baik seperti sediakala. 
Ya Allah, lindungilah kami daripada kebinasaan, bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negara kami akan sentiasa hidup aman damai, bertambah makmur dan berkat, selamat sepanjang zaman

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ٬ وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Kredit : Telegram Himpunan Doa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/11/doa-selamat-daripada-musibah-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Buat Mangsa Banjir

Doa Buat Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 365 hits
Assalamualaikum Hi korang Negara kita ditimpa musibah lagi semoga semua rakan rakan yang terlibat dalam musibah banjir diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan sedih tengok semua yang update sana sini ada yang terpaksa naik bumbung p...
Saya Lega Semua Pelanggan Selamat Resort Aliff Syukri Di Janda Baik Ros4k Ak1bat Banjir

Saya Lega Semua Pelanggan Selamat Resort Aliff Syukri Di Janda Baik Ros4k Ak1bat Banjir

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 330 hits
Pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan resort miliknya Sugeh Eco Resort yang terletak di Janda Baik Pahang mengalami kerosakan ak1bat banjir Perkara tersebut dimaklumkan usahawan terbabit menerusi satu perkongsian video di In...
Maid Pegang Pisau Masa Tu Tak Henti Doa Supaya Baby I Selamat Adira Kongsi Detik Cemas

Maid Pegang Pisau Masa Tu Tak Henti Doa Supaya Baby I Selamat Adira Kongsi Detik Cemas

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 192 hits
Usahawan dan Insta selebriti Adira Salahudi berdepan detik cemas setelah dimaklumkan bahawa pembantu rumahnya cuba melarikan diri dari rumah Lebih mendebarkan anak keduanya yang masih kecil berada dalam jagaan pembantunya ketika kejadian Me...
Semoga Allah Perkenan Doa Zulin Aziz Tunai Umrah Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah

Semoga Allah Perkenan Doa Zulin Aziz Tunai Umrah Sempat Buat Solat Hajat Untuk M4ngsa Banjir Di Depan Kaabah

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 480 hits
Pelakon Zulin Aziz sempat menitipkan doa buat m4ngsa m4ngsa banjir yang melanda negara ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz 32 dia bersama teman teman umrahnya turu...
Doa Untuk Mangsa Banjir Sepang Selangor

Doa Untuk Mangsa Banjir Sepang Selangor

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 385 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Baru ada kesempatan untuk update berkaitan banjir yang nelanda Sepang Selangor sepanjang hujung minggu ini Bonde memang tak keluar kemana mana Doa Untuk Mangsa This is a content summary only Visit my website...
Musibah Banjir Disember 2021

Musibah Banjir Disember 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 499 hits
17 Disember 2021 Hujan mula turun Dari tempat kerja aku berhadapan dengan kesesakan jalan raya hampir dua jam sebelum sampai rumah Penat 18 Disember 2021 Menghadiri jemputan kenduri perkahwinan di Simpang Pulai Perak Ketika kami memulakan p...
Pekerja Ladang Di Felda Chini 2 Pekan Korban Ke 12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang

Pekerja Ladang Di Felda Chini 2 Pekan Korban Ke 12 Musibah Banjir Besar Di Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 275 hits
PEKAN Seorang pekerja ladang yang terjatuh ketika cuba meredah banjir di ladang kelapa sawit Felda Chini 2 dekat sini hari ini ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat lemas petang tadi Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi M...
Dap Cari Publisiti Murah Masa Musibah Banjir

Dap Cari Publisiti Murah Masa Musibah Banjir

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 198 hits
DAP cari publisiti murah masa musibah banjir Mohana Tindakan segelintir pihak mencari publisiti murahan sambil mempolitikkan keadaan ketika rakyat bergelut dalam musibah banjir satu sikap yang tidak bertanggungjawab Itu luahan Ketua Wanita ...
Jimat Tenaga Angkut Air Keluar Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Air Banjir Dalam Rumah

Jimat Tenaga Angkut Air Keluar Ini Cara Mudah Nak Bersihkan Air Banjir Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 310 hits
Melihat keadaan rumah yang penuh dengan air ditambah pula dengan kesan lumpur dan kotoran kotoran yang melekat buat hati tak kuat untuk terus membersih Tak tahu hendak mulakan dari mana Pastinya perlukan kudrat yang bukan sedikit untuk memb...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Aktiviti Dengan Anak 003

Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024