Doa Orang Yang Dizalimi Hati Hati Pimpinan Pas


 DOA ORANG YANG DIZALIMI 







Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.


Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada. 


Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.


Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.


Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut. 
Beberapa kali dicuba, namun tiada. 


Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan. 
Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya... Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu. 


Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu...


Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang. 


Kepada jiranku juga harus diberikan. 


Selebihnya barulah aku jualkan. 


Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.


Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan...


Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan. 


Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran. 


Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.


Maka, ikan itupun dibawa pergi... 😥😥


Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas. 


Kepada siapa hendak dia mengadu..? 


Hanya kepada Allah Tuhan yang satu. 


Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.


Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.


Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya. 


Lama kelamaan mula bernanah. 


Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya. 
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan. 


Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya. 
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal. 


Seorang tabib dari luar di bawa. 


Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi. 
Ketika itu, akurlah sang raja. 
Lantas betisnya itu pun dipotonglah.


Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya. 
Namun, kesedihannya tidak tamat di situ. 
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah. 


Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.


Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.


" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.


" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.


" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.


Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan. 


Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..


" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.


Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.


" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.


" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.


" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.


Akhirnya nelayan itu pun berkata... ;


"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..." 


"Apa doamu?", soal raja 


Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...


“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.
.
.
.


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :-


“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.


(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa
~ Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan


Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga
~ Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.


Wallahua'lam


Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/doa-orang-yang-dizalimi-hati-hati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Tenangkan Hati Amalkan Apabila Rasa Gelisah Cemas Takut

Doa Tenangkan Hati Amalkan Apabila Rasa Gelisah Cemas Takut

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 247 hits
Doa Tenangkan Hati Amalkan Apabila Rasa Gelisah Cemas Takut Hati adalah merupakan salah satu organ dalam tubuh badan manusia Dalam konteks yang lain hati adalah sumber perasaan atau emosi Terdapat bermacam macam jenis emosi yang Allah kurni...
Foto Di Hadapan Pimpinan Tni Polri Jokowi Ingatkan Hati Hati Dengan Drone Perang Yang Makin Canggih

Foto Di Hadapan Pimpinan Tni Polri Jokowi Ingatkan Hati Hati Dengan Drone Perang Yang Makin Canggih

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 197 hits
Jokowi bercerita saat komandan Pasukan Quds Iran Mayjen Qasem Soleimani ditembak drone canggih dengan teknologi pengenalan wajah
Isu Artikel Hadi Pesuruhjaya Pas Selangor Sahkan Terima Surat Istana

Isu Artikel Hadi Pesuruhjaya Pas Selangor Sahkan Terima Surat Istana

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 197 hits
FMT ReportersAb Halim Tamuri enggan mengulas lanjut mengenai surat dari Istana Selangor yang diterima menerusi Setiausaha Sulit Sultan Selangor Muhamad Munir Bani PETALING JAYA Pesuruhjaya PAS Selangor Ab Halim Tamuri mengesahkan menerima s...
Untuk Kempen Pas Di Selangor

Untuk Kempen Pas Di Selangor

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 171 hits
Betul PAS nak rampas Selangor Mereka yakin dah dapat tawan pengundi Melayu Jadi kempen PAS for All bertujuan untuk pikat pula Persoalan pertama PAS nak buat apa kalau menang di Selangor Sekarang ni negeri yang PAS pegang semua gagal dengan ...
Selangor Sultan Rebukes Pas President Hadi Over Cynical Misleading Remarks On Country S Shariah Law

Selangor Sultan Rebukes Pas President Hadi Over Cynical Misleading Remarks On Country S Shariah Law

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 233 hits
Sultan Sharafuddin Idris Shah today directly censured PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang over an open letter urging the Malay Rulers among others to defend Islam in the country calling this an affront the country s royal institution In ...
Selangor Pas Commissioner Refuses Comment On Royal Reprimand Issue

Selangor Pas Commissioner Refuses Comment On Royal Reprimand Issue

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 188 hits
State Pas commissioner Datuk Dr Ab Halim Tamuri admits to have received the letter from the Selangor palace regarding the recent controversial statement by Tan Sri Abdul Hadi Awang However Ab Halim who is Paya Jaras assemblyman is refusing ...
Pas Pertikai Kes Nik Elin Kenapa Sekarang Baharu Sedar

Pas Pertikai Kes Nik Elin Kenapa Sekarang Baharu Sedar

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 222 hits
Tindakan pihak pembangkang terutama Pas yang cuba menjadi jaguh dengan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Kelantan sebagai Black Friday seperti terlebih sudu dari kuah Mantan A...
Kenyataan Presiden Pas Sedang Dalam Siasatan Pdrm

Kenyataan Presiden Pas Sedang Dalam Siasatan Pdrm

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 276 hits
AKMAL MANAFPolis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya bertajuk Ketinggian Islam wajib dipertahankan pada 20 Februari lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain meng...
Selangor Assembly Erupts In Dap Communist Shouts After Pas Called Out Over Selangor Sultan S Rebuke Letter

Selangor Assembly Erupts In Dap Communist Shouts After Pas Called Out Over Selangor Sultan S Rebuke Letter

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 293 hits
A commotion erupted in the Selangor State Legislative Assembly after the PAS assemblymen were asked to comment on the Selangor Sultan s rebuke against the Islamist party s president Bernama file picSHAH ALAM Feb 29 A commotion erupted in th...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu