Pas Pertikai Kes Nik Elin Kenapa Sekarang Baharu Sedar




Tindakan pihak pembangkang terutama Pas yang cuba menjadi jaguh dengan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen jenayah syariah Kelantan sebagai Black Friday seperti ‘terlebih sudu dari kuah’.
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, blok PN itu tidak pernah membuat bantahan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid tersebut bagi menyelamatkan undang-undang syariah biarpun notis usul difailkan pada 25 Mei 2022, manakala petisyen difailkan pada Oktober tahun sama ketika mereka menguasai Kerajaan Persekutuan.
Oleh itu, Zawawi mempersoal keprihatinan blok pembangkang yang seakan-akan baru sedar enakmen tersebut dicabar oleh dua individu.
“Saya lihat Pas sengaja mengambil kesempatan demi mendapat ‘milleage’ politik dengan cuba membina persepsi jahat dalam isu tersebut.
“Walhal petisyen itu mula dibuat sejak PN menjadi kerajaan lagi, jadi mengapa baru hari ini mereka menyalahkan kerajaan,” katanya kepada Suara Keadilan.
Dalam pada itu, Zawawi berkata, pembatalan 16 peruntukan enakmen jenayah syariah itu tidak bermakna jenayah tidak menjadi suatu kesalahan di Kelantan.
Malah, bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor itu menjelaskan undang-undang bagi menangani kesalahan berkenaan sudah ada di peringkat Persekutuan dan lebih berat berbanding hukuman enakmen.
“16 perkara yang dicadangkan itu adalah perkara yang bertinda dengan Mahkamah Persekutuan dan negeri.
“Jadi saya tengok hukuman yang dikenakan Mahkamah Persekutuan itu juga lebih berat dan munasabah berbanding di peringkat negeri, oleh itu, hukuman akta adalah lebih baik berbanding enakmen,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, adalah terbatal dan tidak sah.
Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
Antara peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan sebagai batal dan tidak sah adalah Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, kesalahan liwat (seksyen 14) dan persetubuhan dengan mayat (seksyen 16).
Sejurus keputusan diumumkan, pelbagai pihak memberi maklum balas antaranya Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang melabel keputusan itu sebagai “Black Friday” atau ‘peristiwa hitam’ buat umat Islam dan negara.
The post Pas pertikai kes Nik Elin: Kenapa sekarang baharu sedar? first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37063?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pas-pertikai-kes-nik-elin-kenapa-sekarang-baharu-sedar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
During And After Nik Aziz Pas Is The Same Party Leaders

During And After Nik Aziz Pas Is The Same Party Leaders

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 605 hits
For many Pakatan Harapan supporters the golden age of PAS was when Nik Abdul Aziz Nik Mat led the party during the Pakatan Rakyat days However current party leaders said the reality is that the party during Nik Aziz s time was no different ...
Pas Juga Lancar Bak Kut Teh Dahulu Walaupun Sekarang Jadikan Isu

Pas Juga Lancar Bak Kut Teh Dahulu Walaupun Sekarang Jadikan Isu

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 352 hits
BORHAN AHMADMakanan tradisional orang Cina bak kut teh hanya satu dari 10 makanan tradisional di negara Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum ini disenaraikan dalam makanan warisan negara dalam Pengistiharan Objek Warisan 2024 Ia disenarai ...
Pas Needs To Follow The Guidance Left By Nik Aziz Experts

Pas Needs To Follow The Guidance Left By Nik Aziz Experts

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 311 hits
Pas cannot issue any unilateral statements because they are now part of the PN component So Pas s actions could invite discomfort or touch the sensitivities of fellow PN comrades There is no guarantee that the Pas for All project will help ...
Apa Jadi Dengan Nik Elin Hati Hati Puak Khawarij

Apa Jadi Dengan Nik Elin Hati Hati Puak Khawarij

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 185 hits
Che IbrahimDulu kafirkan UMNO kerana dikatakan tolak hudud Kemudian ugut Kak Wan untuk di tanam di jirat kalau tak sokong ruu 355 Kini Nik Elin pula jadi sasaran takfir kerana mencabar beberapa seksyen dalam EKJS 2019 Politik apakah ini
Polis Masih Siasat Kes Datuk Seri Tipu Pelaburan Teknologi Hijau

Polis Masih Siasat Kes Datuk Seri Tipu Pelaburan Teknologi Hijau

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 321 hits
Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan dijalankan Bahagian Komersial IPD Petaling Jaya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan PETALING JAYA Polis masih menyiasat lanjut kes penipuan pelaburan projek teknologi hijau dianggarkan bernilai RM20 bi...
Netizen Pertikai Outlet Kedua Kedai Makan Ustazah Asma Kata Rugi Setiap Bulan

Netizen Pertikai Outlet Kedua Kedai Makan Ustazah Asma Kata Rugi Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 374 hits
Netizen pertikai pembukaan cawangan kedua kedai makan pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun selepas mendakwa premis yang terletak di Seremban tak mampu tanggung kerugian lebih RM30 000 setiap bulan Kedai makan Ustazah Asma Harun terpaksa di...
Tdm Siasat Kes Pegawai Kanan Cederakan Pegawai Bawahan

Tdm Siasat Kes Pegawai Kanan Cederakan Pegawai Bawahan

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 199 hits
Mohd Roji Kawimdroji bh com myKUCHING Tentera Darat Malaysia menubuhkan Lembaga Siasatan peringkat dalaman bagi mengenalpasti punca kejadian dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan membabitkan seorang pegawai kanannya di Sarawak ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak