Doa Nabi Yunus Amalkan Ketika Sedang Kesusahan


Doa Nabi Yunus, Amalkan Ketika Kesusahan
Doa Nabi Yunus atau juga dikenali sebagai Istighfar Nabi Yunus atau Zikir Nabi Yunus adalah merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.
Asbab doa ini, Allah telah menyelamatkan Baginda dan dikeluarkan daripada perut ikan nun. Doa ini adalah doa yang terbaik kerana mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Doa Bulan Rejab & Amalan Sunat Yang Digalakkan
Doa Nabi Yunus Doa ini telah dirakamkan dalam Al-Quran, Surah Al-Anbiya’ ayat 87;
لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]
Kisah Disebalik Doa Nabi Yunus Di dalam tafsir Ibn Kathir ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Yunus AS ditelan oleh ikan paus.
Ia bermula apabila Nabi Yunus AS telah pergi dengan menaiki kapal laut kerana ‘membawa diri’ daripada kaumnya.
Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah kepada kaumnya kerana mereka tidak beriman.
Kemudian baginda keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk meninggalkan mereka.
Namun, malangnya kapal tersebut dipukul ombak besar lalu mereka merasa takut kapal itu akan karam.
Lalu, mereka mengundi salah seorang di antara mereka yang harus dibuang ke laut untuk meringankan bebanan kapal tersebut.
Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka enggan untuk membuangnya.
Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membuangnya.
Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus AS.
Akhirnya, dicampaklah Nabi Yunus ke lautan.
Setelah dicampak ke lautan, Nabi Yunus a.s telah ditelan oleh seekor ikan paus yang besar.
Nabi Yunus a.s. sangat terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan.
Ikan itu membawanya ke dasar lautan dalam kegelapan dan akhirnya ikan tersebut tertidur.
Baginda terpenjara dalam tiga kegelapan. Tiga kegelapan yang dialami oleh Nabi Yunus a.s. iaitu:
kegelapan di dalam perut ikan kegelapan di dasar lautan kegelapan malam Nabi Yunus a.s. mulai menangis dan bertasbih kepada Allah SWT. Ikan-ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus.
Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah SWT.
Setiap dari mereka bertasbih dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan yang memakan Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara-suara tasbih begitu riuh dan gemuruh.
Dan ia mulai menyadari bahawa ia sedang menelan seseorang, iaitu Nabi Yunus.
Allah SWT melihat ketulusan taubat Nabi Yunus a.s, menurunkan perintah kepada ikan itu agar mengeluarkan Yunus a.s. ke permukaan laut dan membuangnya di suatu pulau yang ditentukan oleh Allah SWT.
Ikan itu pun mentaati perintah Ilahi.
Tubuh Nabi Yunus a.s. merasakan kepanasan di perut ikan.
Baginda sedang  sakit tenat, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu. Kemudian Allah SWT menumbuhkan pohon Yaqthin (jenis labu), iaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar matahari.
Dan Allah SWT menyembuhkannya dan mengampuninya.
Allah SWT memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah SWT berfirman maksudnya:
“Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut undi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.”
(Surah as-Saffat ayat 139-148) Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim. Maka Kami kabulkan (doanya) dan Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.”
(Surah al-Anbiya’ ayat 87-88)
Rujukan:
Tafsir Ibn Kathir, 321/5 https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/936-al-kafi-578-istighfar-nabi-yunus



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-nabi-yunus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-nabi-yunus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Ketika Kesulitan Rezeki Amalkan Selepas Solat Fardhu

Doa Ketika Kesulitan Rezeki Amalkan Selepas Solat Fardhu

papar berkaitan - pada 31/12/2023 - jumlah : 318 hits
Doa Ketika Kesulitan Rezeki Setiap dari kita pasti menginginkan rezeki yang lancar berkat dan tak putus putus seperti air zam zam yang mengalir tanpa henti Bermanfaat pula pada orang lain Tetapi tidak semua orang dikurniakan rezeki sebegitu...
Amalkan Doa Fatimah Jika Ada Hajat Besar

Amalkan Doa Fatimah Jika Ada Hajat Besar

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 208 hits
Amalkan Doa Fatimah Untuk Anak Anak Hadapi Peperiksaan Besar atau mencari barang hilang Insya Allah dengan amalan doa ini Allah izinkan apa yang kita mohon itu terjadi seperti anak berjaya dengan cemerlang Barang yang hilang ditemui semula ...
Murid Berdepan Detik Cemas Air Naik Ketika Sesi Pembelajaran

Murid Berdepan Detik Cemas Air Naik Ketika Sesi Pembelajaran

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 252 hits
Foto NSTP JOHOR BAHRU Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya di Kempas di sini berdepan dengan detik mencemaskan selepas sekolah berkenaan dilanda banjir ketika sesi petang persekolahan dimulakan pada tengah hari ini Seorang ibu murid Z...
Bila Masa Sesuai Periksa Tekanan Darah Ketika Ambil Ubat

Bila Masa Sesuai Periksa Tekanan Darah Ketika Ambil Ubat

papar berkaitan - pada 12/1/2024 - jumlah : 408 hits
BILA MASA SESUAI PERIKSA TEKANAN DARAH KETIKA AMBIL UBAT Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya pesakit darah tinggi dan ada ambil ubat darah tinggi Bila masa yang sesuai untuk memeriksa tekanan darah tinggi di waktu pagi samada sebelum atau selep...
Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 224 hits
Sehingga hari ini wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat Ketika aku warded di hospital tempoh hari kedengaran seperti ramai kanak kanak dimasukkan ke hospital Walau nampak seperti demam biasa Influenza A boleh membawa maut Wabak y...
Tunjuk Gelas Starbucks Ketika Bersiaran Pembaca Berita Ini Dipecat Serta Merta

Tunjuk Gelas Starbucks Ketika Bersiaran Pembaca Berita Ini Dipecat Serta Merta

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 150 hits
Dipecat gara gara pembaca berita ini minum air kopi Starbucks dan dipamerka di hadapan penonton yang menyaksikan berita Pembaca berita wanita di Turkiye dipecat selepas dia muncul dengan secawan kopi Starbucks di atas mejanya Stesen televis...
Acah Suci Hidup Sorang Fizi Ali Dakwa Shakilla Khoriri Dah Pasang Skandal Ketika Masih Suami Isteri

Acah Suci Hidup Sorang Fizi Ali Dakwa Shakilla Khoriri Dah Pasang Skandal Ketika Masih Suami Isteri

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 309 hits
Penyampai radio Fizi Ali semalam dilihat 8216 mengamuk 8217 di Instagram Story apabila bekas isteri Shakilla Khoriri didakwa menghalang dirinya daripada bertemu anak perempuan mereka Ameena Sofia Fizi menulis di Instagram Story di mana dia ...
Petua Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa Dan Hukum Berbuka Puasa Akibat Gastrik

Petua Atasi Masalah Gastrik Ketika Berpuasa Dan Hukum Berbuka Puasa Akibat Gastrik

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 172 hits
Bulan Ramadan yang mulia amatlah dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia Oleh kerana itu gastrik ketika berpuasa kadangkala menjadi kebimbangan terhadap pesakitnya kerana takut terganggu sepanjang melaksanakan ibadah tersebut Deng...
2 Maut Terhidu Karbon Dioksida Ketika Cari Besi Kabel

2 Maut Terhidu Karbon Dioksida Ketika Cari Besi Kabel

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 168 hits
Kedua dua mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk tindakan lanjut PETALING JAYA Dua individu ditemukan maut di bilik penyimpanan tong gas sebuah kondominium di Kota Kinabalu pagi tadi dipercayai kerana terhidu karbon dioksida Ket...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada