Doa Hadi Awang Jadi Pendakwah Syumul


 

Sukar untuk menterjemahkan kehampaan apabila menonton Forum Perdana Ehwal Islam di saluran TV1 RTM pada malam Jumaat lalu yang membincangkan topik “Al Quds: Satu Perjuangan”.
Ada rasa sedih. Ada juga rasa kecewa. Semua berbaur dengan rasa malu bahawa umat Islam Malaysia lebih banyak bercakap daripada melakukan sesuatu yang lebih konstruktif untuk membela umat Palestin.
Namun usah buat kesimpulan melulu. Program yang sinonim dengan usaha dakwah RTM itu sebenarnya tidak gagal menepati sasarannya. Malah ia adalah sebaliknya. Dengan usaha konsisten dan kreatif program itu berjaya menambat hati ramai penonton.

Banyak pembaharuan yang dilakukan RTM. Lantaran itu apabila moderator Ustaz Hariri Daud, perantara, Ustaz Rizal Ramli dan ahli panel tunggal, Yang Berhormat Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mula berforum, banyak maklumat dapat digarap oleh penonton.
Oleh kerana persembahan dan tata-penerbitannya baiklah maka forum itu mengundang keresahan umat.
Apabila ia berjaya mempersebahkan perspektif yang jelas berhubung isu Al Quds ini ia sekaligus menggamit persoalan: Apa sebenarnya yang sudah kita sumbangkan kepada perjuangan pembebasan Al Quds daripada kekejaman dan penindasan Israel?
Banyak maklumat yang disusun atur dengan rapi oleh penerbit program. Di antaranya memperkenalkan arkitek dan pembina Masjid Al Aqsa di Jerusalem dan Masjidil Haram di Makkah.
Secara bersahaja dan teratur RTM memetik kajian akademik yang dilakukan oleh pengkaji antarabangsa bahawa kedua-dua masjid suci itu dibina oleh Nabi Adam dalam tempoh berselang 40 tahun sahaja.
Ini menonjolkan keterikatan sejarah Islam, Kristian, Majusi dan mengapa umat perlu mengambil berat isu Palestin.
Sementara Haji Hadi sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah juga memberi perspektif sejarah yang jelas mengenai isu yang sudah berlarutan sejak beberapa dekad lalu.
Kata Hadi, konspirasi Gerakan Zionis Sedunia dan kuasa-kuasa besar Barat telah membantu Israel menzalimi hak rakyat Palestin melalui pelbagai perjanjian damai yang sentiasa berat sebelah.
Yang penting, tegas Hadi, usaha memperjuangkan hak Palestin yang menjadi tumpuan surah Al Isra’ dalam Al-Quran menuntut sokongan orang beriman dari seluruh pelusuk bumi.
Sebagai bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Hadi sedia maklum betapa partisipasi semua golongan Islam amat perlu untuk menggerakkan usaha dakwah yang memperjuangkan hak manusia sejagat termasuk isu Palestin. Usaha ini memerlukan setiap kudrat perpaduan sejagat digembleng demi kesejahteraan umat manusia.
Tidak ada banyak maknanya jika sumbangan Malaysia hanya dipautkan pada pembabitan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung pertama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Sebagai Duta Khas Perdana Menteri, Hadi diharapkan tidak menghadkan aktivitinya sebagai seorang diplomat yang mencari jalan selamat dalam menangani isu-isu antarabangsa. Seharusnya beliau tidak berhenti menjadi pendakwah dan bukan ahli politik.
Di samping Palestin, banyak lagi isu antarabangsa lain seperti Afghanistan, negara-negara Islam Timur Tengah dan Afrika, serta Rohingya dan masalah Muslim Xian di China yang perlu disebarkan oleh pendakwah seperti Hadi, bukan sahaja kepada Perdana Menteri Malaysia malah ke seluruh dunia.
Usahlah kesempatan untuk melonjakkan nama Malaysia di medan antarabangsa ini dipersia-siakan seperti mana beliau memimpin PAS dalam mengharungi politik Malaysia.
Jika disemak rekod, PAS meletakkan dirinya sebagai sebuah parti politik – bersaing dan berlumba untuk merebut seberapa banyak kerusi melalui politik yang kadangkala tidak Islami. Misalnya, bagaimana PAS boleh menjadi broker atas nama perpaduan umat Melayu-Islam dan menubuhkan Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, kemudian bersikap “mata keranjang” dan kini “berselingkuh” dengan Bersatu dan kemudian bercerai daripada semangat muafakat dengan Umno?
Usaha dakwah sepatutnya tidak bermusim dan terikat hanya kepada perkiraan politik sahaja. Matlamat perpaduan ummah haruslah sentiasa mengatasi segala kepentingan siasah.
Hadi kini mendapat tempat istimewa dalam dunia Islam sebagai pendakwah universal yang mengutamakan kepentingan bukan sahaja umat Islam tetapi manusia sejagat. Justeru usahlah pimpin PAS untuk menjadi sekadar parti Melayu yang kini dilihat meracik perpaduan umat Islam di kalangan Umno-Semangat 46; Umno-PAS; Umno-Bersatu!
Yakinkanlah ummah bahawa PAS adalah parti pendakwah yang mengutamakan perpaduan dan perjuangkan hak semua nasab keturunan.
“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
“Amat besar kebencian di sisi Allah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak kerjakan.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh” (Surah As-Saff ayat 1 – 3).
Jika beliau mampu melakukan perkara ini kita doakan Yang Berhormat Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh menjadi pendakwah ulung yang tidak bersikap prejudis pada kepentingan yang tidak sealiran pemikiran politik sempitnya sahaja. Amin.
Syabas RTM. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/doa-hadi-awang-jadi-pendakwah-syumul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Salah Laku Disebabkan Bn Dan Umno Berleluasa Hadi Awang

Rasuah Salah Laku Disebabkan Bn Dan Umno Berleluasa Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 249 hits
agendaily com7 3 2022Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah umum sempena PRN Johor di bilik gerakan PAS kawasan Bakri di Muar malam tadi 6 Mac 2022 Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru bangsa Johor supaya melaku...
Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 155 hits
MOHD AFFENDI ABASBila Ularmak dunia berbicara Semua kata nya tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada auta Agaknya dia dah nyanyuk sampai lupa bahawa Menteri PH yg jadi PNgkhianat tu lagi ramai dari yang kekal dalam Pakatan Harapan
Harap Hadi Awang Turun Padang Melawat

Harap Hadi Awang Turun Padang Melawat

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 125 hits
Banjir memburuk orang ramai mohon doakan TerengganuBy Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON February 27 2022Susulan laporan bahawa penduduk di lebih 20 buah kampung di Terengganu terputus hubungan selepas banjir semakin memburuk orang ramai merayu se...
Umno Kini Sudah Lumpuh Dan Perlu Direhatkan Hadi Awang

Umno Kini Sudah Lumpuh Dan Perlu Direhatkan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 148 hits
PAS menyifatkan UMNO kini sudah lumpuh dan rakyat Johor perlu menolak parti berkenaan sebaliknya memilih Perikatan Nasional bagi menjamin kerajaan negeri terus berada dalam keadaan makmur selepas 12 Mac ini Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Aw...
Umno Bn Dah Lama Memerintah Tamak Kuasa Mereka Perlu Dihukum Hadi Awang

Umno Bn Dah Lama Memerintah Tamak Kuasa Mereka Perlu Dihukum Hadi Awang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 250 hits
Kekalahan teruk di PRU 14 bagaikan tidak memberi kesan kepada UMNO BN mendorong Presiden PAS Abdul Hadi Awang tampil menggesa pengundi Johor menghukum UMNO BN agar parti itu diberi pengajaran buat kali kedua Menambahkan lagi perisa ceramahn...
Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 245 hits
PAS terbawa bawa perangai poligami sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN March 5 2022 Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal jasad namun jiwa sudah mati susulan tindakan PAS bertan...
Hadi Says A Vote For Bn Is A Vote For Misconduct Corruption

Hadi Says A Vote For Bn Is A Vote For Misconduct Corruption

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 219 hits
Abdul Hadi Awang today called on Johor voters to vote for Perikatan Nasional representatives instead of those from Barisan Nasional PETALING JAYA PAS president Abdul Hadi Awang has urged Johor voters to put an end to misconduct malpractice ...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital