Rasuah Salah Laku Disebabkan Bn Dan Umno Berleluasa Hadi Awang


agendaily.com
7/3/2022
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah umum sempena PRN Johor di bilik gerakan PAS kawasan Bakri di Muar, malam tadi, 6 Mac 2022.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru bangsa Johor supaya melakukan perubahan kepemimpinan kerajaan negeri ke arah yang lebih baik dengan memilih Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini.

Menurutnya selama 60 tahun lebih pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO telah berlaku penyalahgunaan kuasa, salah laku dan rasuah, yang menyebabkan pentadbiran parti itu perlu diubah.

“Hari ini kita melihat penyakit rasuah dan salah laku berleluasa dalam masyarakat. Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan petunjuk kepada kita bahawa Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.

“Penyakit rasuah ini harus kita hapuskan daripada terus merebak ke dalam masyarakat,” katanya pada ceramah umum sempena PRN Johor di bilik gerakan PAS kawasan Bakri di Muar, malam tadi.

Malah, katanya ahli UMNO sendiri mahukan perubahan dan telah melakukan dengan meninggalkan parti itu.

“Orang UMNO nak buat perubahan… menyebabkan orang UMNO meninggalkan UMNO dan tubuh parti Bersatu.

“Tun Dr Mahathir (Mohamad)… Tan Sri Muhyiddin (Yassin) ikut bersama menolak UMNO,” katanya. Beliau dipercayai merujuk kepada langkah kedua-dua pemimpin itu yang mahu melakukan perubahan setelah terbongkar salah laku dan rasuah dilakukan pemimpin atasan UMNO, khususnya berkaitan skandal 1MDB.

Dua pemimpin utama UMNO dan BN yang sekarang ini berdepan tindakan undang-undang ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kedua-duanya berdepan puluhan tuduhan jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan berbilion-bilion ringgit yang dilakukan ketika mereka menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika BN memerintah sebelum 2018.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Utusan Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri berkata pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pakatan Harapan (PH) menang dengan manifesto tidak masuk akal, disebabkan rakyat menolak BN dan mahu melakukan perubahan.

“Sehinggakan janji mereka (PH) hanya tinggal janji, malah mencabar kedaulatan Islam dan institusi diraja. Akhirnya kita berjaya membuat perubahan di peringkat nasional dengan mengubah kerajaan daripada Pakatan Harapan kepada Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan sepanjang pemerintahan PN, gabungan parti itu banyak memberi bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah, termasuk yang paling teruk ketika rakyat menghadapi wabak Covid-19 dan banjir.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua kaum di Johor untuk melakukan perubahan dengan memilih calon PN yang lebih berintegriti, berkebajikan dan tidak terpalit dengan penyakit rasuah serta salah laku.

“Jangan salah pilih lagi,” pesan Abdul Hadi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/rasuah-salah-laku-disebabkan-bn-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

Dibawah Hadi Awang Pas Dihina Umno Kaw Kaw

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 232 hits
PAS terbawa bawa perangai poligami sindir Nur Jazlan berkait kerjasama MN March 5 2022 Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed turut memberikan bayangan kerjasama MN hanya tinggal jasad namun jiwa sudah mati susulan tindakan PAS bertan...
Umno Kini Sudah Lumpuh Dan Perlu Direhatkan Hadi Awang

Umno Kini Sudah Lumpuh Dan Perlu Direhatkan Hadi Awang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 141 hits
PAS menyifatkan UMNO kini sudah lumpuh dan rakyat Johor perlu menolak parti berkenaan sebaliknya memilih Perikatan Nasional bagi menjamin kerajaan negeri terus berada dalam keadaan makmur selepas 12 Mac ini Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Aw...
Umno Bn Dah Lama Memerintah Tamak Kuasa Mereka Perlu Dihukum Hadi Awang

Umno Bn Dah Lama Memerintah Tamak Kuasa Mereka Perlu Dihukum Hadi Awang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 243 hits
Kekalahan teruk di PRU 14 bagaikan tidak memberi kesan kepada UMNO BN mendorong Presiden PAS Abdul Hadi Awang tampil menggesa pengundi Johor menghukum UMNO BN agar parti itu diberi pengajaran buat kali kedua Menambahkan lagi perisa ceramahn...
Hadi Should Ask Muhyiddin About Islam In Johor Umno Veteran

Hadi Should Ask Muhyiddin About Islam In Johor Umno Veteran

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 185 hits
JOHOR POLLS An Umno veteran has urged PAS president Abdul Hadi Awang to refer to Perikatan Nasional chairperson Muhyiddin Yassin before making any statements regarding the practice of Islam in Johor Contrary to Hadi s claim Johor Umno Veter...
Doa Hadi Awang Jadi Pendakwah Syumul

Doa Hadi Awang Jadi Pendakwah Syumul

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 165 hits
Sukar untuk menterjemahkan kehampaan apabila menonton Forum Perdana Ehwal Islam di saluran TV1 RTM pada malam Jumaat lalu yang membincangkan topik Al Quds Satu Perjuangan Ada rasa sedih Ada juga rasa kecewa Semua berbaur dengan rasa malu ba...
Harap Hadi Awang Turun Padang Melawat

Harap Hadi Awang Turun Padang Melawat

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 120 hits
Banjir memburuk orang ramai mohon doakan TerengganuBy Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON February 27 2022Susulan laporan bahawa penduduk di lebih 20 buah kampung di Terengganu terputus hubungan selepas banjir semakin memburuk orang ramai merayu se...
Beruk Upahan Yang Tertelan Lobak Jentera Petugas Parti Kecewa Umno Dipimpin Orang Salah

Beruk Upahan Yang Tertelan Lobak Jentera Petugas Parti Kecewa Umno Dipimpin Orang Salah

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 184 hits
MALAYSIA DATELINEWalaupun Barisan Nasional meraih kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Johor yang diumum tengah malam tadi ada jentera petugas Umno kecewa dengan kepimpinan tinggi parti itu Laungan Bubar Pa...
Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

Ucapan Hadi Awang Makin Mengarut

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 147 hits
MOHD AFFENDI ABASBila Ularmak dunia berbicara Semua kata nya tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada auta Agaknya dia dah nyanyuk sampai lupa bahawa Menteri PH yg jadi PNgkhianat tu lagi ramai dari yang kekal dalam Pakatan Harapan
Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

Beza Pandangan Tapi Pas Tak Pernah Tutup Ruang Kerjasama Dengan Umno Kata Hadi

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 212 hits
Abdul Hadi Awang berharap kerjasama PAS dan Umno berpanjangan sehingga pilihan raya umum PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak pernah menutup ruang kerjasama dengan Umno walaupun terdapat perbezaan pandangan ant...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill