Doa Bulan Syaaban Senarai Doa Pengertian Bulan Syaaban


Lafaz Doa Bulan Syaaban Beserta Bacaan Rumi Dan Makna Doa Buat Panduan Anda!
Bulan Syaaban merupakan antara bulan mulia di antara bulan-bulan lain dalam kalendar Islam. Bulan ini merupakan bulan yang paling dekat dengan bulan Ramadan, dan di dalam bulan ini juga terjadinya pelbagai peristiwa.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita sangat digalakkan untuk melakukan amal kebaikan pada bulan ini. Kerana bulan ini merupakan antara bulan yang penuh dengan kebaikan, selain daripada bulan Ramadan.
Bagi anda yang tidak tau doa dan amalan kebaikan apa yang boleh anda lakukan pada bulan Syaaban ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung kerana, kami telah senaraikan beberapa doa dan amalan baik yang boleh anda lakukan.
Bulan Syaaban Bulan Syaaban merupakan bulan ke-Lapan dalam Kalendar atau Takwim Islam. Bulan ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kebaikan didalamnya.
     Bulan Syaaban juga mempunyai satu masa yang penting iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sunat dan amalan-amalan soleh seperti yang dinyatakan dalam hadis dibawah:
“Apabila datang malam Nisfu Syaaban maka hendaklah kamu bangun mendirikan  solat-solat sunat pada malamnya dan melaksanakan puasa sunat pada siang harinya. Kerana sesungguhnya Allah turun ke langit dunia pada malam tersebut bermula dari terbenam matahari”.
(H.R Ibnu Majah) (Kanzul Ulum al-Jami’ lilahkami al-Syari’yyah fi al-Fiqhi al-Syafie: ms 215). Malam Nisfu Syaaban ini merupakan satu malam yang penuh dengan kebaikan dan perkara ini telah dinyatakan dalam hadis di bawah:
Daripada Abu Musa al-Asya’ri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah s.w.t menilik (hamba-hambaNya) pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampunkan seluruh hamba-hambaNya melainkan orang melakukan syirik dan orang munafik.”
H.R Ibnu Majah Jadi marilah kita bersama-sama meraikan bulan Syaaban ini dengan melakukan amalan-amalan soleh dan berdoa kepada Allah S.W.T
Amalan Sunat Yang Boleh Dilaksanakan Seperti yang dinyatakan pada bahagian sebelum ini, pada bulan yang penuh kebaikan ini, kita juga digalakkan untuk melakukan amalan-amalan soleh. Berikut kami telah senaraikan amalan sunat yang boleh anda laksanakan sepanjang bulan Syaaban ini:
1. Puasa Sunat
Diriwayatakan bahawa Rasulullah S.A.W sendiri banyak melakukan puasa sunat dalam bulan ini berbanding pada bulan-bulan lain seperti yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:
“Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.“
2. Solat Sunat
Selain berpuasa sunat, anda juga sangat digalakkan melakukan solat sunat. Solat ini secara ringkasnya bermaksud doa, jadi apabila anda lakukan solat sunat, Insya-Allah permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah.
3. Baca Al-Quran
Baca Al-Quran merupakan antara amalan sunat yang sangat mudah dilakukan, dengan membaca Al-Quran kita akan memperoleh pahala dan dalam masa yang sama mempelajari sesuatu tentang Islam.
Anda boleh dapatkan Al-Quran mini di sini yang sesuai untuk di bawa ke mana sahaja. Jadi anda boleh melakukan amalan sunat ini pada bila-bila masa yang anda inginkan.
4. Berzikir
Berzikir merupakan amalan yang sangat mudah dan apabila seseorang melakukannta dengan beberapa perkataan, Allah S.W.T akan memberi ganjaran yang amat besar.
Rasulullah S.A.W menjelaskan, bahawa bakal ahli syurga akan berasa kesal apabila amalan mereka dibentangkan dan mereka mendapati bahawa ada ketika yang mana mereka tidak berzikir seperti yang diriwayatkan dalam hadis di bawah:
Tiada yang menyebabkan (bakal) ahli syurga itu menyesal melainkan apabila dibentangkan kepadanya saat kehidupan mereka (di dunia dahulu), sedangkan mereka tidak mengingati Allah (berzikir kepadaNya)
Hadis Riwayat al-Tabrani dan al-Bayhaqi, 5. Qiamullail
Selain amalan di atas, anda juga boleh memperbanyakkan Qiamullail pada bulan Syaaban ini. Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun
dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
Amalan qiamullail ini bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dahulu lagi.
6. Bersedekah
Bersedekah juga merupakan amalan sunat yang boleh anda lakukan pada bulan Syaaban ini. Amalan sedekah ini mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam.
Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.
Orang yang bersedekah akan memperoleh banyak kelebihan dan manfaat daripada melakukannya. Antaranya adalah ganjaran pahala, dimuliakan Allah S.W.T, dan dihapuskan dosa.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” 
Surah al-Hadid: 18 Senarai Doa Bulan Syaaban Selain memperbanyakkan amal ibadah, kita juga digalakkan berdoa pada bulan Syaaban ini. Hal kerana bulan ini merupakan bulan penuh keberkatan dan dengan izinnya Allah S.W.T akan dimakbulkan doa-doa kita ini.
Berikut merupakan antara doa yang boleh anda baca sepanjang bulan syaaban ini:
1. Doa Memasuki Bulan Syaaban
Semestinya, kita harus mendahulukan permulaan bulan ini dengan berdoa. Anda boleh membaca doa di bawah, bagi memohon kemudahan pada bulan ini, dan memohon agar kita dapat memasuki bulan Ramadan:
2. Doa Kesukaan Rasulullah S.A.W
Anda juga boleh mengamalkan satu doa yang sangat disukai Rasulullah S.A.W. Doa ini telah dibaca oleh Baginda berulang kali menurut Saidina Anas. Jadi pada bulan Syaaban ini marilah kita membaca doa kesukaan Baginda S.A.W ini:
3. Doa Nisfu Syaaban
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, di dalam bulan syaaban terdapat satu malam yang penuh barakah. Dan pada malam itu, Insya-Allah segala doa yang diaminkan akan dimakbulkan. Jadi kita sangat digalakkan untuk membaca doa dibawah pada malam tersebut:
Makna: Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yangmencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuzh sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu. Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Di sisi-Nya Luh Mahfuzh. Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya. Segala puji bagi Allah SWT.
4. Doa Memohon Hidayah
Pada bulan yang baik ini, kita juga boleh memohon kepada Allah agar diberikan hidayah, supaya kita boleh menjadi seorang muslimin atau muslimat yang lebih baik daripada kita yang sekarang. Jadi anda juga boleh amalkan doa di bawah:
4. Doa Dipermudahkan Urusan
Selain itu, anda juga boleh mengamalkan doa dipermudahkan urusan ini. Doa ini jika di amalkan Insya-Allah hari-hari yang kita lalui akan menjadi lebih mudah. Masalah yang dihadapi juga dapat diselesaikan.
5. Doa Dijauhkan Dari Fitnah Dajjal
Fitnah Dajjal merupakan perkara yang sangat kita tidak ingini sebagai seorang muslim. Dengan membaca doa di bawah, kita memohon perlindungan daripada Allah S.W.T dari fitnah dajjal ini. Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkannya sepanjang bulan Syaaban ini:
6. Doa Memohon Keampunan
Semestinya doa memohon keampunan merupakan satu doa yang patut diulang-ulang oleh setiap manusia. Hal ini demikian kerana, kita tidak lari daripada membuat salah. Pada bulan syaaban ini, kita harapkan doa kita memohon keampunan ini dapat dimakbulkan:


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-bulan-syaaban/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-bulan-syaaban

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Bulan Ramadan Lafaz Ayat Bacaan Rumi Makna Doa

Doa Bulan Ramadan Lafaz Ayat Bacaan Rumi Makna Doa

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 253 hits
SENARAI DOA DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN SEMPENA BULAN RAMADAN 2024 Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam Pada bulan ini kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan baik kerana ganjaran pahala yang bakal diper...
Wanita Hamil 5 Bulan Dicekup Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Wanita Hamil 5 Bulan Dicekup Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 227 hits
Zuliaty Zulkiffliam hmetro com my nbsp Wanita yang hamil lima bulan disoal siasat pegawai PADK selepas dicekup berkhalwat dengan lelaki bujang di rumah sewanya di Kulim Hi Tech FOTO IHSAN PADKKulim Wanita hamil lima bulan yang masih isteri ...
Superman Is Dead Bulan Dan Ksatria Chord

Superman Is Dead Bulan Dan Ksatria Chord

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 152 hits
E Am Dm Dm Am woy Am Dm Dm Am Am Am Jejak dendam perih Am meraksasa di angkasa Am Akan cinta yang besar dan E terhalang durjana E Manusia melacurkan E diri di istana E Namun tak demikian Am dengan Bulan Ksatria Am Kekuatan cinta kan Am beri...
Dsa Eksport Senjata Iran Melonjak 40 Peratus Dalam Tempoh 11 Bulan

Dsa Eksport Senjata Iran Melonjak 40 Peratus Dalam Tempoh 11 Bulan

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 119 hits
BERITAINTERNATIONALTEKNOLOGI KETENTERAANPeluru berpandu ballistik Iran Pada ketika Amerika Syarikat menuduh Iran telah menghantar 400 buah peluru berpandu ballistik ke Russia Kementerian Pertahanan negara itu pula mengumumkan bahawa eksport...
Sc Pemanjang Tempoh Penghantaran Laporan Tahunan Reits Kepada Empat Bulan

Sc Pemanjang Tempoh Penghantaran Laporan Tahunan Reits Kepada Empat Bulan

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 131 hits
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan pelanjutan penting kepada tarikh akhir penerbitan laporan tahunan Real Estate Investment Trusts Sebelum ini ditetapkan dua bulan selepas penutup tahun kewangan jadual baru kini memberi jangka ...
Top Commentator Bulan Februari 2024 Tahniah

Top Commentator Bulan Februari 2024 Tahniah

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 274 hits
Assalamualaikum wbt Maaf kerana lambat umum nama yang bertuah untuk segmen Top Commentator Bulan Februari 2024 Sebelum tue saya nak ucapkan terima kasih pada awak kerana selalu singgah dan baca jurnal saya nie Seperti kebiasaan inilah 10 na...
Nak Berniaga Air Balang Di Bulan Puasa Ini Baca Tips Ini Untuk Bisnes Laku Keras

Nak Berniaga Air Balang Di Bulan Puasa Ini Baca Tips Ini Untuk Bisnes Laku Keras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 337 hits
Bulan puasa dah tak lama nak sampai Mungkin anda tengah fikir nak buat bisnes air balang pada bulan puasa kali ini Maklumlah kebiasaannya Air merupakan salah satu barang yang dapat ramai permintaan pada bulan puasa Nak jual air balang ni ta...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024