Doa Bulan Ramadan Lafaz Ayat Bacaan Rumi Makna Doa
SENARAI DOA-DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN SEMPENA BULAN RAMADAN 2024
Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam. Pada bulan ini, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan baik, kerana ganjaran pahala yang bakal diperoleh adalah berlipat ganda daripada bulan-bulan lain.
Pada bulan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan doa, kerana bulan ini merupakan satu bulan mustajab doa. Di mana setiap doa yang kita aminkan dengan izin Allah S.W.T akan dimakbulkan.
Oleh itu, pada artikel ini kami telah senaraikan beberapa doa yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan ini. Bagi anda yang tidak mahir membaca jawi tidak perlu risau kami juga sediakan bacaan rumi untuk panduan anda.
Bulan Ramadan
Bulan puasa atau bulan Ramadan merupakan satu bulan dalam kalendar Islam yang sangat ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia. Hal ini kerana bulan ini merupakan bulan paling mulia dalam agama Islam.
Pada bulan Ramadan ini, umat Islam akan berpuasa daripada makan, minum dan perbuatan yang dilarang bermula dari terbit fajar (Waktu Subuh) sehingga tenggelamnya matahari (Waktu Maghrib).
Pada tahun 2024 ini, bulan Ramadan dijangka tiba pada 12 Mac 2024 ini. Tarikh rasmi bulan puasa ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad pada malam mencerap anak bulan tersebut.
Tarikh-Penting-Dalam-Islam-Tahun-2024Download
Waktu Mustajab Doa Bulan Ramadan
Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, bulan Ramadan merupakan satu bulan mustajab doa, di mana jika kita berdoa dengan izin Allah S.W.T ia akan dimakbulkan. Oleh itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa berdoa pada bulan ini.
Namun bagi anda yang mungkin tidak tahu bila anda hendak berdoa atau tidak mempunyai masa untuk berdoa sepanjang hari, anda boleh memilih waktu-waktu dibawah untuk anda berdoa.
Kerana waktu di bawah merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa terutam ketika bulan Ramadan:
Waktu Sahur
Perkara ini telah disebutkan dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 18 di mana Allah berfirman: “Ketika waktu sahur, mereka berdoa memohon keampunan”
Semasa sedang berpuasa
Bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari
Rasulullah S.A.W ada menyatakan dalam Hadis Riwayat Ibni Tirmidz, bahawa orang yang berpuasa hingga ia berbuka merupakan antara tiga golongan yang doanya tidak ditolak.
Sewaktu azan berkumandang
Dalam Hadis Riwayat Abu Daud, Rasulullah S.A.W telah menyatakan bahawa doa itu tidak tertolak pada dua waktu iaitu waktu azan berkumandang dan saat perang berkecamuk.
Sewaktu menjelang waktu berbuka puasa
Doa mustajab juga ada pada saat menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.
Dalam HR Ibnu Majah, beliau telah menyatakan orang yang berpuasa itu doanya pada saat berbuka tidak akan ditolak.
Malam Lailatul Qadar
Malam lailatul qadar merupakan satu malam dalam bulan Ramadan yang sangat diimpi-impikan umat Islam. Malam ini merupakan satu malam yang lebih utama dari 1000 bulan.
Walaupun kita tidak tahu bilakah malam tersebut akan muncul, kita boleh perbanyakkan doa pada 10 malam terakhir.
Senarai Doa Yang Boleh Diamalkan
Berikut merupakan senarai doa-doa yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan:
1. Doa Menjelang Bulan Ramadan
Doa ini dilafazkan sewaktu kita menghampiri bulan Ramadan. Melalui doa ini kita meminta agar Allah S.W.T menyampaikan kita pada bulan Ramadan, diberikan kesihatan yang baik dan diterima amalan kita pada bulan mulia ini.
Berikut adalah doa menjelang bulan puasa beserta bacaan rumi dan makna doa:
Bacaan Rumi:
Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.
2. Doa Melihat Anak Bulan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan puasa ini akan tiba setelah munculnya anak bulan pada 29 Syaaban. Oleh itu apabila melihat anak bulan, anda boleh membaca doa ini:
3. Doa Malam Lailatul Qadar
Doa ketiga ini merupakan satu doa yang diajarkan Rasulullah S.A.W kepada Siti Aisyah rah. seperti yang diceritakan dalam hadis riwayat berikut:
“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: ‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”
– HR. Tirmidzi-
Bacaan Rumi:
Allahumma innaka ‘ufuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni
4. Doa Saidina Abdullah Bin Amru
Doa keempat ini merupakan satu doa yang dibacakan oleh Saidina Abdullah bin Amru. Menurut Ibn Abi Mulaikah, Saidna Abdullah bin Amru akan membaca doa ini setiap kali ingin berbuka puasa iaitu:
Bacaan Rumi:
Allahumma inni as’aluka birahmatika llati wasi’at kulli shay’in an taghfira li
5. Doa Ketika Berbuka Puasa
Saidina Abdullah bin Umar pernah berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila Baginda berbuka puasa, Baginda akan melafazkan ayat dibawah:
Bacaan Rumi:
Thahabath Thama wabtallatil ‘urooq wa thabatal ajru in shaa Allaah.
6. Doa Kegemaran Rasulullah S.A.W
Doa terakhir yang boleh anda amalkan sepanjang bulan Ramadan ini, merupakan satu doa yang sangat disukai oleh Baginda. Menurut Saidina Anas, doa ini adalah antara doa yang paling banyak dibacakan oleh Rasulullah S.A.W:
Bacaan Rumi:
Robbana atina fiddunya hasanatan wa fil aa hiroti hasanatan wakinaa azabannar
Diharapkan artikel ini dapat membantu anda berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T sewaktu bulan puasa yang akan datang.
Anda juga boleh dapatkan buku 40 Hadis Puasa dan Ramadan yang ditulis Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi di Shopee, bagi memahami lagi tentang kemuliaan bulan Ramadan ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-bulan-ramadan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-bulan-ramadan