Doa Berlindung Dari Fitnah Dajjal Surah Al Kahfi 10 Ayat Pertama Danterakhir


Salam semua, surah yang ke 18 dalam Al Quran adalah surah Al Kahfi. Umumnya semua sudah tahu banyak kelebihan apabila surah Al Kahfi ini dijadikan amalan untuk membaca surah tersebut. 

Surah Al Kahfi ini agak panjang. Surah ini mengandungi 110 ayat. Al Kahfi bermaksud "Gua". 
Ia diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua beratus tahun lamanya. 
Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan pelbagai fadilat atau kelebihan bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi

Di antaranya ialah sabda baginda diriwiyatkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Said Al Khudri bermaksud 
1. Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah. 
Imam Ahmad berkata, daripada Abu Darda, daripada nabi SAW baginda bersabda: 
2. Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al Kahfi maka terhindar daripada Dajjal ( HR Muslim,Abu Daud, An-Nasai, At Tirmizi daripada Qatadah)
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda, Nabi SAE bersabda: 
3. Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al Kahfi, maka terhindar lah dia daripada fitnah Dajjal. ( HR Muslim dan An-Nasai )
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
4. Sesiapa Membaca dari surah Al Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi. (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW bersabda: 
5. Sesiapa membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat. (HR Ibnu Kathir)
6. Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang, dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah SWT hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun, penyakit sopak dan dijauhkan dari fitnah dajjal. 
Itulah antara kelebihan apabila amalkan untuk membaca surah Al Kahfi. Surah Al Kahfi ayatnya memang panjang. 
Sekiranya tidak mampu untuk menghabiskan satu surah, boleh amalkan untuk membaca surah Al Kahfi untuk 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. 
Perlindungan Daripada Fitnah Dajjal Dalam hadis pun banyak bagi penekanan untuk membaca dan menghafal surah Al Kahfi untuk 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. 
Fitnah Dajjal adalah fitnah yang terbesar di akhir zaman ini. Kenapa disebut Dajjal ?. Apa yang sis baca dekat sini
1. Ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan.
2. Ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar.
3. Ia menutupi manusia dengan kekafiran.
4. Ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain itu, dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipu daya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil.  Dajjal juga datang dalam sighah (lafaz) mubalaghah (melampau) iaitu “فَعَّال” kerana Dajjal ini banyak melakukan pendustaan dan tipudaya. Surah Al Kahfi Ayat 1-10 
Maksud Ayat Surah Al Kahfi Ayat 1 - 101. Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): 
2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik
 
3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya
 
4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak"
 
5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta
 
6. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini
 
7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya
 
8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus
 
9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami
 
10. (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami"
  Surah Al Kahfi Ayat 101 - 110
Maksud Ayat Surah Al Kahfi Ayat 101 - 110101. (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102. Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

103. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104. (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105. Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108. Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109. Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. 
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya"

KesimpulanSetiap surah yang kita baca dan amalkan perlu untuk kita memahami maknanya. Bukan sekadar hafal dan baca. 
10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir dari surah Al Kahfi adalah untuk doa berlindung dari fitnah Dajjal. 
Jom lah sama - sama kita fahami maksud ayat surah Al Kahfi. Selain itu sentiasa berdoa juga untuk berlindung dengan fitnah Dajjal dengan doa sebelum memberi salam selepas tahiyat akhir. 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2024/12/doa-berlindung-dari-fitnah-dajjal-dengan-surah-alkahfi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hafal 10 Ayat Surah Al Kahfi Perlindungan Dari Dajjal

Hafal 10 Ayat Surah Al Kahfi Perlindungan Dari Dajjal

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 160 hits
Pelajari keutamaan Surah Al Kahfi berdasarkan hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam Hafalkan 10 ayat pertama atau terakhir untuk mendapatkan perlindungan dari fitnah Dajjal Temukan faedahnya di sini
Sebar Fitnah Petik Ayat Quran Ingat Semua Orang Bodo Ka Tak Bawa Apa Perubahan Pun Dalam Negara

Sebar Fitnah Petik Ayat Quran Ingat Semua Orang Bodo Ka Tak Bawa Apa Perubahan Pun Dalam Negara

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 145 hits
ketika meminta maaf atas fitnah RM94 juta telah ayat Quran dengan menyebutkan erti ayat dari surah al Insyirah yang bermaksud Oleh itu maka bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran disertai kemudahan Sebenarnya Pendang salah petik tu Bukan a...
Doa Berlindung Dari Gangguan Syaitan

Doa Berlindung Dari Gangguan Syaitan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 148 hits
Mari sama sama kita amalkan membaca Doa Perlindungan dari Gangguan Syaitan Wahai Tuhanku aku berlindung kepada Mu dari hasutan syaitan syaitan Dan aku berlindung kepadaMu wahai Tuhanku supaya syaitan syaitan itu tidak menghampiriku Sumber
Surah Al Mulk Surah Al Kahfi 1 10 Surah Al Baqarah 285 286

Surah Al Mulk Surah Al Kahfi 1 10 Surah Al Baqarah 285 286

papar berkaitan - pada 21/12/2024 - jumlah : 147 hits
SURAH AL MULK SURAH AL KAHFI 1 10 SURAH AL BAQARAH 285 286 Allahumma solli ala muhammad wa ala ali muhammad Maksudnya Ya Tuhan kami selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
Surah Az Zumar Ayat 46

Surah Az Zumar Ayat 46

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 165 hits
Ucapkanlah Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi yang mengetahui perkara perkara yang ghaib dan yang nyata Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba hambaMu mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya
Semua Betul Asal Kena Bayar Sebab Fitnah

Semua Betul Asal Kena Bayar Sebab Fitnah

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 152 hits
RMSRM850kRM815kRM750kSemua betul fakta kes Siti Mastura kalah
Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Menang Di Makhamah

Kes Saman Fitnah Anwar Ibrahim Menang Di Makhamah

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 137 hits
1 Kalau menang kes Man Kastam Kes kuat untuk dimenangi 2 Dapat saman MP Alor Setar Ketua Pemuda Pas 3 Kes Sanusi 4 Radzi Jidin JUMLAH KEMENANGAN LEBIH BESAR 1 2013 Khairy Jamaludin bayar RM210K2 2013 TV3 di arah bayar RM1 1 juta3 2013 Utusa...
Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Drama Abang Bunga Macho

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Kedai Cermin Mata Murah Dr Specs

Tambah Sikit Lagi

Salted Caramel Macchiato Sensasi Manis Dan Asin Dalam Satu Gelas

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah