Doa Bayi Menangis Doa Amalan Untuk Menenangkan Bayi Sawan Tangis
Doa Bayi Menangis - Doa Amalan Untuk Menenangkan Bayi Sawan Tangis | Memang buntu kalau anak kita sering menangis, tanpa sebarang sebab yang jelas. Abah Xu pernah mengajar Xu beberapa doa yang boleh diamalkan untuk bayi. Walau sebenarnya ia tidak spesifik untuk merawat masalah bayi menangis, tapi percayalah, selagi ianya ayat Al-Quran, pasti mampu menjadi penawar kepada apa jua masalah kita.
Doa bayi menangis #1Biasanya bayi tidak menangis tanpa sebab. Mereka akan menangis sama ada lapar, sakit, atau pun terlampau mengantuk
Jika mommies yakin yang baby dah kenyang dan tidak sakit di mana-mana. Maka mommies boleh cuba bacakan doa berikut bagi menenangkan bayi supaya mudah untuk dia tidur:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي"Allahumma gharotin nujum, wa hadaatil 'uyuum, wa anta hayyu qayyu mu ya hayyu, ya qayyum, anim 'ainai ya wa ah di laili"
Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini
Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi bayi semasa membaca doa ini dan tiup kedua-dua belah matanya selepas selesai berdoa
Doa bayi menangis #2Ada juga bayi yang pada siangnya dia berkelakuan baik dan tenang. Namun bila tiba waktu maghrib dan ke atas, dia mula menangis dan mengamuk
Dari pengalaman Xu, semasa Nufael masih bayi dulu, dia kerap menagis bila hendak masuk waktu maghrib (sekitar jam 6.40 petang) dan membawa hingga ke waktu isyak. Mujurlah Atok nya Nufael ini orang yang berilmu juga
Macam Xu kata tadi lah, baby takkan menangis tanpa sebab. Barangkali dia terganggu dengan 'gurauan' makhluk-makhluk halus yang berada di sekitarnya
So Atok nya membacakannya ayat al-Quran dan diikuti dengan doa-doa yang menjauhkan gangguan jin dan syaitan ke atas Nufael berkali-kali sehingga dia terlelap sendiri di atas kendongan
Ayat Al-Quran yang Atok nya baca adalah:
Surah Al-Fatihah Surah Al-Baqarah ayat 255 (ayatul Kursi)Surah Al-Ikhlas (..qulhuwallahu ahad)Surah Al-Falaq (..qul a'uzu birobbil falaq)Surah Al-Nas (..qul a'uzu birobbin nas)
Selain itu, mommies juga boleh membaca doa berikut [1] ke atas air sebanyak 3 kali lalu dipercik atau disapukan pada wajah bayi yang menangis tersebut. Ini berdasarkan hadis Riwayat Ibn Majah, no-3523
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ، اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ"Bismilla hi arqi ka, min kulli syai in yuk dzika, min syarri kulli naf sin au 'ainin, au ha sidil lahu yash fii ka, bismillahi ar qi ka."
Maksudnya : Dengan nama Allah aku menjampimu (meruqyahmu) daripada segala yang mengganggumu dan daripada segala kejahatan setiap jiwa, atau dari mata yang dengki, Allah yang menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku menjampimu dengan ruqyah. (ulang doa ini 3x)
Doa bayi menangis #3Untuk sesetengah bayi, mereka menangis hanya disebabkan perkara-perkara kecil sahaja namun tangisan itu melarat-larat hingga tahap mengamuk dan histeria. Orang kampung aku menggelarnya sebagai sawan tangis.
Namun dalam bahasa moden, ianya dikenali sebagai tantrum. Bacakan doa berikut ketika anak sedang dalam keadaan tantrum lalu tiupkan pada ubun-ubun mereka.
بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُMaksunya: “Dengan menyebut nama Allah, zat yang dengan nama-Nya, tidak akan boleh membahayakan apapun yang ada di bumi dan langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Selain itu, untuk melembutkan hati dan menenangkan bayi yang menangis kerana tantrum, mommies boleh juga membacakan surah Al-Insyirah kepada bayi berkali-kali, mudah-mudahan hatinya menjadi sejuk dan lembut.
Wallahua'lam, semoga bermanfaat kepada anda semua.
[1] sumber dari web portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.annursyuhadah.com/2018/10/doa-bayi-menangis-doa-rawatan-sawan-tangis.html