Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah Doa Awal Tahun 1445 Hijrah Dalam Jawi Rumi Serta Maksudnya


Tarikh 1 Muharam 1445H, Awal Muharam atau disebut juga Maal Hijrah jatuh pada hari Rabu bersamaan 19 Julai 2023 Masihi. Sambutan Awal Muharam merupakan tarikh cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia.
Awal Muharam, Maal Hijrah1 Muharam, Awal Muharam adalah salah satu hari kebesaran dan peristiwa sejarah terpenting dalam Islam yang menandakan bermulanya tahun baru dalam kalendar (Takwim) Islam. Sambutan Awal Muharam disambut oleh seluruh umat Islam di serata dunia.

Tahun Hijrah adalah tahun Islam yang dipersetujui dan dipilih bermula pengiraannya dari tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Konsep Hijrah difahami sebagai perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah. Dalam kehidupan zaman kini konsep hijrah perlu difahami dan dimanfaatkan sebaiknya

Maal Hijrah merupakan kejayaan Hijrah Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat baginda dari kota Mekah ke Kota Madinah berlandaskan sikap ikhlas dan sanggup berkorban. Dua sikap ini pasti membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Insha Allah..

Oleh itu, sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam. Sambutan tahun baharu Hijrah bukanlah seperti sambutan tahun baru Masihi yang dimeriahkan dengan percikan bunga api berwarna warni dengan dentuman di angkasa. 
Akan tetapi sambutan tahun baru Hijrah merupakan azam baharu kita bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. 
Umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Islam menghendaki umat Islam berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga adalah satu peluang bagi umat Islam untuk bermuhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri. Apabila telah berhijrah, perlulah Istiqomah. 
baca juga
lirik lagu Maal Hijrah
senarai koleksi ucapan, pantun dan poster Maal Hijrah 1445H/2023M

Hukum membaca doa akhir tahun Islam 1444 Hijrah dan awal tahun 1445 Hijrah Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW membuka lembaran baru ke arah penyebaran Islam yang lebih meluas. Perpindahan tersebut bukanlah semata-mata melarikan diri mahupun berputus asa.

Akan tetapi penghijrahan itu adalah satu bentuk usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, mengatur strategi yang lebih baik supaya dapat mengembangkan syiar Islam di seluruh dunia.

Hijrah itu dalam konsep kehidupan sekarang adalah mencari kehidupan yang lebih baik dan maju di masa akan datang. Hijrah seharusnya membawa perubahan yang lebih baik dan diredai Allah dimana hasilnya adalah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.

Hijrah juga memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang ikhlas akan memudahkan proses penghijrahan. Sebuah pengorbanan memerlukan semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri.

Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik. Begitulah penghijrahan yang dimaksudkan.

Sempena dengan sambutan Maal Hijrah atau Awal muharam, umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Hukum membaca doa akhir tahun dan awal tahun adalah sunat

Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharam 1445H ini, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.

Doa Akhir Tahun 1444 Hijrah & Doa Awal Tahun 1445 Hijrah (2023 Masihi) Dalam Jawi & Rumi serta waktu bacaan doaWaktu bacaan doa akhir tahun dan awal tahun HijrahDoa Akhir Tahun Hijrah (1444H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1444H bersamaan 18 Julai 2023 Masihi hari Selasa. Dibaca 3 kali sesudah waktu asar atau sebelum waktu Maghrib

Doa Awal Tahun Hijrah (1445H) dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 1 Muharam 1445 Hijrah bersamaan 18 Julai 2023 Masih hari Selasa. Dibaca 3 kali sesudah waktu Maghrib

Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas waktu maghrib

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Bacaan doa akhir tahun Hijrah dalam rumiBismillahirrahmanirrahimAlhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Maa ‘Amilna Fii Hazihis-sanati Mimma Nahaitana ‘Anhu, Falam Natub Minhu Walam Tardohu Walam Nashasu.
Wahalumta ‘Alaina Ba’da Qudrotika, ‘Ala ‘Uquubatinaa, Wada’utana Ilat-taubati Minhu Ba’da JurAtina ‘Ala Maghsiyatika.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm.
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar.
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.
Maksudnya :Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.
Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin...
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Bacaan doa awal tahun Hijrah dalam rumiBismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya'i Walmursalin Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain.
Allahumma Antal Abadiyyul Qadiimul Awwal, Wa ‘Ala Fadlikal ‘Azimi Wujuudikal Mu ‘Awwal
Wahazaa ‘Amun Jadiidun Qad Aqbala ‘Alaina, NasAlukal ‘Ismatafiihi Minassyaitaanir-rajim Wa Auliyaaihi Wajunuudihi Wal ‘Auna ‘Alaa Hazihin-Nafsil Ammarati Bissu’i Wal Isyta-rgholi Bima Yuqorribuna Ilaika Zulfa.
Allahumma Ya Muhawwila Ahawali Hawwil Halana I'la Ahsani Akwali Bilhaulika Wakuwwatika Ya Azizu Ya MutaalinRabbanaa Aatinaa Fiddunyaa Hasanatan Wafil Akhiroti Hasanatan Waqinaa ‘Azaabannar.
Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin..

Maksudnya :Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.
Aamiin ya Rabbal ‘alamin...
DOA DIBACA DARI AWAL MUHARAM HINGGA HARI KESEPULUH MUHARAM(Dibaca sebanyak 3 kali)بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ قَدِيمٌ وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ وَسَنَةٌ جَدِيدَةٌ قَدْ أَقْبَلَتْ، نَسْئَـلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَنَسْتَـكْفِيهَا فَوَاتَهَا وَشُغْلَهَا فَارْزُقْنَا العِصْمَةَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيرًا بِعُيُوبِنَا وَمُطَّلِعًا عَلَى عَوْرَاتِـنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَشَمَائِلِنَا يَرَانَا هُوَ وَقِبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ، اَللَّهُمَّ آيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْـتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ وَقَـنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَـنَّطْتَهُ مِنْ عَفْوِكَ وَبَاعِدْ بَيْـنَنَا وَبَيْـنَهُ كَمَا حُلْتَ بَيْـنَهُ وَبَيْنَ مَغْفِرَتِكَ، إِنَّكَ قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ وَأَنْتَ الفَعَّـالُ لِمَا تُرِيدُ. وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ.


DOA  ASYURA’ DIBACA PADA HARI KESEPULUH MUHARAMPertama (Dibaca sebanyak 70 kali)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

kedua (Dibaca sebanyak 7 kali)
سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ المِيزَانِ وَمُنْتَهَى العِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ العَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ. سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالوِتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ كُلِّهَا أَسْئَلُكَ السَّلاَمَةَ كُلَّهَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ، وَهُوَ حَسْبِى وَنِعْمَ الوَكِيلُ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ كُلَّمَا ذَكَرَهُ الذَّاكِرُونَ وَغَفَلَ عَنْ ذِكْرِهِ الغَافِلُونَ

Ketiga
اَللَّهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ وَيَا مُخْرِجَ ذِي النُّونِ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا جَامِعَ شَمْلِ يَعْـقُوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا غَافِرَ ذَنْبِ دَاوُودَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا كَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوبَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا سَامِعَ دَعْوَةِ مُوسَى وَهَارُونَ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا خَالِقَ رُوحِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَبِيبِهِ وَمُصْطَفَاهُ يَوْمَ العَاشُورَآءَ وَيَا رَحْمَـٰنَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ اِقْضِ حَاجَتِي فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَطِلْ عُمْرِي فِى طَاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلَّمَ
Sumber : Jab Mufti Negeri Sembilan

Amalan bulan MuharamAmalan yang boleh kita dilakukan di bulan Muharam adalah dengan melaksanakan puasa sunat. Rasulullah SAW berkata, bulan yang paling baik untuk berpuasa selepas Ramadan ialah puasa pada Muharam. Anjuran berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharam mengikut mazhab Syafie

Dalam kita bersemangat untuk berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura, kita juga sering diingatkan untuk turut berpuasa pada Hari Tasyu’a iaitu hari sebelum (9 Muharam) atau hari selepasnya (11 Muharam).
Tarikh puasa sunat bulan Muharam 1445HPuasa awal tahun Hijrah : Rabu, 1 Muharam 1445H/ 19 Julai 2023
Puasa Tasyu'a : Khamis, 9 Muharam 1445H/ 27 Julai 2023Puasa Hari Asyura' : Jumaat, 10 Muharam 1445H/ 28 Julai 2023

Menurut perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berpuasa pada hari sebelum atau selepas 10 Muharam adalah bertujuan bagi menyelisihi amalan penganut agama Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam sahaja

Tema dan Sambutan Awal Muharam, Maal Hijrah 1445 Hijrah/ 2023 Masihi di MalaysiaTema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1445H/2023M adalah “Perpaduan Dagangan Dunia Kuala Lumpur”.
Sambutan akan diadakan pada 19 Julai 2023 jam 7.00 pagi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Siaran langsung akan bermula pada jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat tahun baru Hijrah. Semoga tahun Hijrah yang baru bermula akan membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam. Semoga tahun baru lebih baik buat kita semua. Begitu juga dengan keimanan dan ketqawaan kepada Allah juga semakin bertambah. Insha Allah...Aamiin..

Marilah tanam azam kepada kebaikan dan memperbanyakkan amalan ibadah. Hijrah diri menjadi hamba yang lebih baik, taat kepada Allah SWT serta bermanfaat untuk ummah. Berdoalah dengan lebih khusyuk perkara yang baik. Sesungguhnya Allah maha mendengar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/07/doa-akhir-tahun-1444-hijrah-doa-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Akhir Tahun Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 180 hits
AssalamualaikumBismillahALLAH SWT telah menjadikan bulan Muharam sebagai salah satu dari bulan bulan haram seperti mana dalam firman Nya yang bermaksud Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi ALLAH adalah dua belas bulan dalam ketetapan ALLAH...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 359 hits
DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH Petang ini penutup bagi tahun 1444 Hijrah dan Maghrib nanti akan bermula tahun 1445 Hijrah Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam 1445H bersamaan 1 Muharram 1445H marilah sama sama kita mengakhiri p...
Senarai Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah

Senarai Koleksi Ucapan Maal Hijrah Awal Muharam Tahun 1445 Hijrah

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 574 hits
Salam Maal Hijrah 1445H 2023M Sambutan tahun baru Islam Maal Hijrah atau Awal Muharram tahun ni jatuh pada hari Rabu 19 Julai 2023 yang juga merupakan cuti umum seluruh Malaysia Selamat bercuti buat semua Tema dan Sambutan Awal Muharam Maal...
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 355 hits
Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam Syukur Dah nak masuk tahun baru dalam Islam Muharam 1445H Jom sama sama kita membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Dalam Bulan Islam Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuknya waktu Magh...
Senarai Contoh Ucapan Pantun Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445h Bersamaan Tahun 2023

Senarai Contoh Ucapan Pantun Awal Muharram Dan Maal Hijrah 1445h Bersamaan Tahun 2023

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 491 hits
1 Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445HAwali bulan dan tahun yang baik dengan doa yang terbaik Selamat Tahun Baru 1 Muharram 1445 Hijrah 2 Ucapan Awal Muharram Maal Hijrah 1445HSelamat Menyambut Tahun Baru 1445 Hijrah Semoga kita dapat men...
Ibadah Korban Tahun 1444 Hijrah

Ibadah Korban Tahun 1444 Hijrah

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 311 hits
Alhamdulillah syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan Maka tahun ni dapat kami laksanakan ibadah korban di kampung halaman suami Tahun lepas kami tak buat korban seekor lembu Cuma letak nama mak abah dan adik MY untuk tiga bahagian di ka...
15 Ucapan Pantun Sempena Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445h

15 Ucapan Pantun Sempena Tahun Baru Hijrah Awal Muharram 1445h

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 240 hits
Tarikh Tahun Baru Maal Hijrah Dan Awal Muharram 1445H 2023Kalendar Islam pastinya berbeza tempohnya berbandin Kalendar Masihi yang biasa digunakan seluruh dunia termasuk Malaysia Kalendar Islam berpandukan revolusi bulan manakala Kalendar M...
Maal Hijrah 2023 1445h Awal Muharam 100 Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah

Maal Hijrah 2023 1445h Awal Muharam 100 Tahun Kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniah

papar berkaitan - pada 17/7/2023 - jumlah : 463 hits
Maal Hijrah 2023 1445H Awal Muharam Menurut kalendar takwim JAKIM tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah di Malaysia adalah pada 19 Julai 2023 Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah Perpaduan Teras Malaysia Madani 1 Muharam Khalifah Umar Al Kha...
Tarikh Tarikh Penting Dalam Tahun 1445 Hijrah

Tarikh Tarikh Penting Dalam Tahun 1445 Hijrah

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 206 hits
Assalamualaikum Pertama sekali Abam Kie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1445H kepada semua pembaca setia blog picisan ini Semoga tahun ini kita semua akan lebih dimurahkan rezeki diberikan kelapangan masa dilimpahi harta yan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids