Dj Isma Halil Mengaku Tidak Bersalah Edar Dadah
KUALA LUMPUR – Penyampai radio Isma Halil Hamzah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah tahun lalu.
Isma, 49, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Pengakuan tidak bersalah itu merupakan pertama kali didengar selepas kes tersebut dibenar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan Isma didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
“Faham tuan (pertuduhan) saya tidak mengaku bersalah,” kata Isma yang berada di dalam kandang tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.
Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Isma diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Mac ini untuk tarikh pengurusan kes.
Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan kes Isma dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Ia selepas peguam Adi Zulkarnain Zulkafli ketika itu memaklumkan laporan kimia telah diperoleh yang mana berat dadah itu turun dari 409 gram kepada 374.6 gram.
Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan tersebut memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Turut hadir dalam prosiding hari ini, isteri Isma, Nor Haslinda Abdul Manaf, 48.
Sebelum ini Isma dilaporkan sihat dalam penjara selain tiada aduan berkaitan kesihatan. – KOSMO! ONLINE
Baca Artikel Menarik:
Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’
Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin
Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut
Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya
PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat
Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil
Tuduhan melampau – Ebit Lew
Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j
Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO]
Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID
KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ?
Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul
Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru
Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim
Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli
Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP
The post DJ Isma Halil mengaku tidak bersalah edar dadah appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/21/dj-isma-halil-mengaku-tidak-bersalah-edar-dadah/