Diy Membuat Leaf Iron Wall Paling Jimat Hanya Menggunakan Barang Di Kedai Eco
Sejak PKP hari tu suka betul saya tengok group-group dan kelab Dekorasi Rumah di Facebook. Banyak betul idea diaorang ni yang buat rumah nampak cantik dan menarik. Salah satu yang paling saya rasakan menarik ialah cara DIY membuat Leaf Iron Wall yang menggunakan barang-barang dari kedai ECO je. Lebih jimat dan menepati citarasa kita sendiri
Kalau nak tahu harga asal leaf iron wall ni kalau di kedai-kedai sangat lah mahal. Kebiasaan nya Iron wall ni menggunakan warna chrome ataupun gold untuk menonjolkan kemewahan pada satu-satu ruangan dalam rumah
Tapi ada juga yang lebih suka iron wall dengan warna-warna lain agar lebih bersesuaian dengan konsep moden di dalam rumah. Hari ni saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian cara DIY membuat Leaf Iron Wall yang telah dikongsikan oleh saudara Raden Eryanie di kelab Deko Sebelum Dan Selepas
Dah banyak artikel yang kongsi cara membuat Leaf Iron wall dari Raden Iryanie. So saya kongsikan di blog saya la pulak untuk rujukan peribadi dan mungkin juga untuk korang yang berminat nak membuatnya sendiri
Bahan-bahan yang digunakan ialah :-
Frame gambar (boleh dapatkan di IKEA atau nak lebih jimat beli di kedai DIY)daun (boleh beli di kedai eco)Cat (gold dan Metal)Glue
Cara membuatnya
Cat dulu frame dan daun dengan warna gold dan metal. Lihat pada gambar di bawah cara daun tu dicat. Warna metal pada bahagian tengah dan warna gold di bahagian tepi daun
Lepas frame dan daun dah kering lekat kan frame berselang seli menggunakan hot glue gun
Kemudian lekat pula daun pada bingkai gambar mengikut kreativiti dan citarasa korang
Bila dah kering dan sempurna potong lebihan batang pada daun
kemudian boleh la korang gantung kan di dinding di sudut yang ingin korang deco
Sempurna
Macam harga ratusan ringgit padahal hanya menggunakan modal yang kecil saja. Semoga artikel ni dapat membantu korang membuat sendiri Leaf Iron wall yang cantik dan menarik. Selamat mendeko
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/06/diy-membuat-leaf-iron-wall-paling-jimat.html