Dividen Tinggi Kwsp Berjaya Atasi Kesan Pandemik



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) me­ngumumkan agihan dividen seba­nyak 6.1 peratus untuk sim­panan konvensional dan 5.65 peratus untuk sya­riah ba­gi tahun kewangan 2021, nilai tertinggi yang dicatatkan sejak 2018.
Dana persaraan itu memperuntukkan RM56.72 bilion bagi pengagihan dividen yang mana RM50.45 bilion untuk simpanan konvensional dan RM6.27 bilion bagi syariah.
Bagi 2020, KWSP yang terkesan dengan pandemik Covid-19 hanya mengagihkan masing-masing 5.2 peratus dan 4.9 peratus bagi simpanan konvensional dan syariah.
KWSP yang juga antara dana persaraan ter­besar di dunia mem­punyai seramai 15.2 juta ahli, dengan 7.7 juta daripadanya pencarum aktif manakala maji­kan berdaftar berjumlah 553,000.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kadar itu adalah yang terbaik mengambil kira senario ekonomi mencabar pada tahun dilaporkan.
“Alhamdulillah, kita bersyu­kur dapat agihan yang le­bih tinggi, kita berharap pencarum KWSP pun seronok. Jaminan yang kita boleh beri, kita akan cuba sedaya upaya apa yang kita boleh buat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat KWSP di sini, semalam.
Dividen itu lebih tinggi berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) iaitu li­ma sen seunit.
Amir Hamzah berkata, kese­luruhan aset pelaburan KWSP meningkat 0.8 peratus kepada RM1.01 trilion daripada RM1.0 trilion pada 2020.
Tambahnya, setakat 31 Di­sem­ber 2021, KWSP catat pe­­ningkatan 6 peratus dalam pen­­­­dapatan pe­laburan kasar kepada RM67.06 bilion daripada RM63.45 bilion tahun sebe­lumnya.
Katanya, keadaan itu didorong oleh pemulihan pasaran ekuiti dan kelas aset semasa pemulihan global.
Menurut beliau, pengkreditan divi­den akan dilaksanakan Ahad ini.
Jelasnya, berdasarkan kelas aset, instrumen pendapatan tetap merangkumi 45 peratus daripada pelaburan, manakala ekuiti (44 peratus), hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-ma­sing sebanyak 6 dan 5 peratus.
“Aset luar negara KWSP me­rupakan penyumbang kritikal kepada prestasi keseluruhan di mana kepelbagaian kelas aset, pasaran dan mata wang memberikan kestabilan kepada pendapatan dan nilai tambah ke­seluruhan pulangan KSWP.
“Setakat Disember 2021, sekitar 37 peratus daripada aset pelaburan KWSP adalah di luar Malaysia dan merentasi pelbagai kelas aset,” jelasnya.
Amir Hamzah berkata, KWSP percaya dengan pembukaan semula ekonomi dan perniagaan, serta pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pemulihan EKonomi Negara, akan menyediakan landasan yang baik untuk dana pencen itu mening­katkan kecekapan pelaburan dan memanfaatkan peluang daripada inisiatif pemulihan.
“Untuk itu, KWSP akan me­ningkatkan pelaburannya ke dalam pelbagai kelas aset domestik pada 2022. Sebagai pelabur utama dalam pasaran kewangan Malaysia, ini juga akan membantu memangkin aktiviti ekonomi dan pemulihan ekonomi yang berterusan,” katanya.
Mengulas peperangan Rusia-Ukraine dan kesannya kepada pelaburan KWSP, beliau berkata, pelaburan KWSP bersifat jangka panjang dan pelaburan di luar negara tiada kesan material secara langsung.
Mengenai gesaan banyak pihak supaya KWSP membenarkan pengeluaran khas sebanyak RM10,000, Amir Hamzah berpendapat, rakyat perlu faham mandat yang di­terima oleh KWSP adalah untuk menolong ahli mencapai kadar simpanan mencukupi pada hari persaraan mereka.
Katanya, tiga skim yang dilaksanakan sebelum ini iaitu i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra adalah tepat pada masanya untuk KWSP menolong ahli-ahlinya yang terkesan ketika itu.
“Saya harap kita tak payah­lah keluarkan lagi, kerana negara sudah mula masuk tahap pemulihan dan KWSP pula boleh kembali kepada mandatnya menolong ahli membina simpanan persaraan,” katanya.
Menurut beliau, pengeluaran sebanyak RM101 bilion akibat pandemik telah menyebabkan 48 peratus ahli KWSP mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka, dan KWSP berharap dividen dan prestasi berterusan akan membantunya membina semula simpanan persaraan ahli.
Ditanya kadar caruman sedia ada perlu ditingkatkan untuk membantu ahli kembali meningkatkan simpanan, Amir Hamzah berpendapat, buat masa sekarang KWSP menolong 6.1 juta ahlinya yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dengan memberikan pulangan dividen yang baik, menggalakkan caruman sukarela termasuk di kalangan mereka yang me­lakukan kerja sambilan, namun tidak mencarum
Dividen tinggi: KWSP berjaya atasi kesan pandemik
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

PRN Johor: Muhyiddin Menipu Apa Hari Ini?

Hasil Forensik, Polis Dedah Temui Luka Besar Di Paha Tangmo Nida, Calar Di Badan Penumpang Bot

The post Dividen tinggi: KWSP berjaya atasi kesan pandemik appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/03/dividen-tinggi-kwsp-berjaya-atasi-kesan-pandemik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesan Hipertensi Penyakit Darah Tinggi Punca Kesan Cara Merawat

Kesan Hipertensi Penyakit Darah Tinggi Punca Kesan Cara Merawat

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 170 hits
Aku akan terus bangkit mengharungi apa juga yang mendatang AKU ada banyak lagi tanggungjawab harus diselesaikan Untuk catatan diari aku kali ini aku nak share Kesan hipertensi Penyakit Darah Tinggi Punca Kesan Cara Merawat Kesan hipertensi ...
Pm Umum Kadar Dividen 2021 Ltat Sebanyak 4 1 Peratus Lebih Tinggi Dari Waktu Ph

Pm Umum Kadar Dividen 2021 Ltat Sebanyak 4 1 Peratus Lebih Tinggi Dari Waktu Ph

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 478 hits
PM Umum Kadar dividen 2021 LTAT Sebanyak 4 1 Peratus Lebih Tinggi Dari Waktu PH Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengumumkan kadar dividen sebanyak 4 1 peratus bagi tahun 2021 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan...
Kwsp Isytihar 6 1 Peratus Dividen

Kwsp Isytihar 6 1 Peratus Dividen

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 157 hits
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengisytiharkan 6 10 peratus dividen untuk simpanan konvensional dan 5 65 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2021
Kwsp Umum Dividen 6 10 Bagi Tahun 2021

Kwsp Umum Dividen 6 10 Bagi Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan dividen Simpanan Konvensional sebanyak 6 10 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh dalam operasi dan kewangan bagi tahun 2021 Kadar dividen bagi Simpanan Shariah pula ialah pada 5 ...
Baki Akaun Kwsp Dan Dividen Boleh Disemak Mulai 6 Mac 2022

Baki Akaun Kwsp Dan Dividen Boleh Disemak Mulai 6 Mac 2022

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 387 hits
Baki Akaun KWSP Boleh Disemak Mulai 6 Mac 2022 Geram betul tau dari bulan Januari ke bulan Februari kita tak dapat semak baki akaun KWSP Sebab apa iya lah betul ke majikan mencarum ke dalam akaun kita Takut di tipu tak di kreditkan dalam ak...
Baru Je Kwsp Umum Dividen Sekali Ini Desakan Dari Najib Rupanya Dah 4 Kali Dia Mintak

Baru Je Kwsp Umum Dividen Sekali Ini Desakan Dari Najib Rupanya Dah 4 Kali Dia Mintak

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 204 hits
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja mengisytiharkan dividen sebanyak 6 10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5 65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi 2021
Suspek Kes Langgar Lari Dan Curi Kenderaan Di Lpt2 Telah Pun Berjaya Di Tahan Di Kuantan

Suspek Kes Langgar Lari Dan Curi Kenderaan Di Lpt2 Telah Pun Berjaya Di Tahan Di Kuantan

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Salah seorang suspek yang melarikan diri selepas melanggar mati penunggang motosikal dan mencuri sebuah kenderaan lain di Kilometer 269 Lebuh Raya Pantai Timur 2 di Kemaman Isnin lalu ditahan dalam Ops Sarang Khas pada Rabu Ketua Po...
Anak Tiri Siti Nurhaliza Berjaya Bina Empayar Di Usia Muda

Anak Tiri Siti Nurhaliza Berjaya Bina Empayar Di Usia Muda

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 200 hits
Anak Tiri Siti Nurhaliza Berjaya Bina Empayar Di Usia Muda Kita selalu dengar kisah kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza Kisah beliau memang boleh dijadikan sebagai inspirasi bila mana seorang gadis kampung yang dulunya membantu ibu berjualan...
Datuk K Bangga Anak Menantu Berjaya Lepas Ikut Dr Azizan Osman

Datuk K Bangga Anak Menantu Berjaya Lepas Ikut Dr Azizan Osman

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 266 hits
Baru baru ini Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah meraikan hari lahirnya bersama isteri Datuk Seri Siti Nurhaliza dan keluarga serta rakan taulan yang terdekat Di dalam majlis tersebut Datuk K telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Wi...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik