Operasi Lrt3 Ditunda Tahun Depan


Operasi LRT3 Ditunda Tahun Depan
SHAH ALAM, 10 Dis (Bernama) — Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) laluan Shah Alam tidak akan memulakan operasi tahun ini susulan keperluan menyelesaikan isu kestabilan sistem dan perisian yang masih dikesan dalam fasa pengujian dan pentauliahan (T&C).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan berkata pembukaan laluan hanya akan diumumkan selepas semua komponen teknikal termasuk sistem isyarat, perisian tren dan integrasi keseluruhan rangkaian disahkan berfungsi secara stabil mengikut piawaian Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
“Kami perlu mendahulukan keselamatan dan keandalan kerana jika pintu tidak terbuka dan penumpang terpaksa turun di stesen seterusnya, ia jelas mencacatkan pengalaman perjalanan.
“Sebaliknya, kami mahu sistem stabil, selamat dan boleh dipercayai sebelum dibuka kepada orang ramai,” katanya pada sidang media mengenai kemajuan Projek LRT3 Laluan Shah Alam di Stesen LRT3 Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Amir berkata projek LRT3 kini sedang melalui ujian tanpa gagal (FFR) yang diwajibkan untuk memastikan semua isu teknikal hanya dapat dikesan apabila tren melalui jarak ujian ribuan kilometer (km).
Beliau berkata masalah seperti pintu tidak terbuka, tren berhenti tidak tepat di platform serta gangguan pergerakan automatik biasanya tidak muncul pada jarak ujian 100 atau 200km tetapi hanya berlaku antara 2,000 hingga 4,000km.
“Jarak ujian panjang itu diperlukan untuk mengumpulkan data bagi membolehkan kontraktor mengeluarkan pembetulan perisian atau patch secara tepat.
“Setakat ini satu unit tren telah berjaya mencapai jarak 4,000km dan menjadi tren rujukan utama atau golden train, manakala tiga set tren lagi telah melengkapkan 3,000km,” katanya.
Amir berkata sebanyak 18 set tren tambahan juga sedang menjalani ujian jarak jauh bagi memenuhi syarat minimum 2,500km sebelum menerima kelulusan operasi.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 33 isu teknikal dikenal pasti sejak 26 Ogos lepas, dan kesemua isu tersebut telah diatasi melalui kemas kini perisian yang dibangunkan secara berperingkat oleh kontraktor.
“Setiap kemas kini masih memerlukan tempoh ujian untuk mengesahkan keberkesanannya agar gangguan tidak berulang selepas laluan mula beroperasi nanti.
“Siemens selaku pembekal sistem isyarat dan CRRC sebagai pembuat tren memberikan sokongan teknikal penuh termasuk bantuan pakar dari Jerman bagi mempercepat proses penyelesaian,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amir memaklumkan pihaknya konsisten membentangkan laporan kemajuan projek terbabit kepada Menteri Pengangkutan satu atau dua kali seminggu, bergantung kepada perkembangan terkini.
Beliau berkata Prasarana menyasarkan semua ujian utama diselesaikan menjelang akhir Januari tahun depan, namun jadual sebenar hanya akan dimuktamadkan pada pertengahan Januari selepas tahap kestabilan sistem disahkan sepenuhnya.
Amir berkata kos projek LRT3 itu kekal seperti kontrak asal berikutan ia dilaksanakan di bawah kontrak kos tetap, sekali gus menafikan dakwaan berlaku peningkatan kos berikutan penangguhan yang berlaku.
BACA: Cantik, Atlet Hoki Kebangsaan Kongsi Barangan Rasmi Kit Sukan SEA Thailand 2025 Sumber: Bernama
The post Operasi LRT3 Ditunda Tahun Depan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/12/10/operasi-lrt3-ditunda-tahun-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Rintis Sistem Alamat Nasional Akan Bermula Tahun Depan Teo

Projek Rintis Sistem Alamat Nasional Akan Bermula Tahun Depan Teo

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 117 hits
Pelaksanaan Sistem Alamat Nasional akan diperluas ke seluruh negara dengan projek rintis dijadual bermula pada awal tahun hadapan di sembilan kawasan terpilih Menurut laporan Bernama Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pelaksa...
Situs Purba Khemah 25 000 Tahun Dibina Dari Sisa 60 Mammoth

Situs Purba Khemah 25 000 Tahun Dibina Dari Sisa 60 Mammoth

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 135 hits
Penemuan Khemah Tertua di Dunia Arkeolog telah menjumpai sebuah khemah berusia 25 000 tahun yang dibina daripada sisa 60 mamut menjadikannya contoh tertua seni bina manusia sehingga kini Khemah ini ditemui di Rusia dan mengandungi sisa lebi...
30 Hari Terakhir Persediaan Awal Untuk Azam Tahun Baru

30 Hari Terakhir Persediaan Awal Untuk Azam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 143 hits
Sebelum orang lain mula mencari azam pada 1 Januari kita berpeluang memanfaatkan 30 hari terakhir sebelum 2026 untuk melakukan perubahan yang lebih mendalam tetapi senyap Lokasikan tiga rutin kecil yang mampu mengubah keadaan fizikal dan em...
5 Kesilapan Pengeluaran Kwsp Selepas Umur 55 Tahun

5 Kesilapan Pengeluaran Kwsp Selepas Umur 55 Tahun

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 160 hits
Apabila seseorang pencarum mencapai umur 55 tahun mereka diberi pilihan untuk membuat pengeluaran KWSP sama ada secara penuh sebahagian atau melalui bayaran bulanan Menurut panduan rasmi KWSP semua simpanan daripada Akaun Persaraan Akaun Se...
Bukti Sejarah Pembersihan Etnik Di Palestin Dari Tahun 1947

Bukti Sejarah Pembersihan Etnik Di Palestin Dari Tahun 1947

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 153 hits
Zionisme yang muncul pada akhir abad ke 19 di Eropah sebagai gerakan nasionalis Yahudi bertujuan untuk membina sebuah negara Yahudi di wilayah Palestin yang ketika itu masih dibawah Kesultanan Uthmaniyah juga untuk menjamin keselamatan iden...
Syed Faizal Berkongsi 11 Produk Kesukaannya Di Tahun 2025

Syed Faizal Berkongsi 11 Produk Kesukaannya Di Tahun 2025

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 151 hits
Syed Faizal bukanlah nama asing dalam dunia solekan tanah air Selain bergerak aktif sebagai jurusolek selebriti dia juga mengusahakan jenama kecantikannya sendiri Syed Faizal Beauty Figura ini juga pernah dipilih sebagai Jurusolek Selebriti...
Masdddho Akhir Tahun Chord

Masdddho Akhir Tahun Chord

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 98 hits
D G D C D7 D G ISEH TAK TUNGGU G DINO BEJAKU C KAPAN TEKO G Am KAPAN TEKO D TEKAMU KAPAN G WES AMEH SETAHUN C DIPEKSO KON SABAR LAN SING TENANG Bm Am TAPI KAPAN G C D WAYAHKU KAPAN C G DASAR TAHUN SIALAN D Em MASALAH UGAL UGALAN D C NYERANG...
10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025

10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 165 hits
10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025 MONOLOG JIWA 10 Perkhidmatan Peranti Yang Ditamatkan Pada Tahun 2025 Dalam diam banyak yang pernah menjadi teman digital kita berakhir pada tahun ini Di bawah ialah ringkasan 10 perkhi...
Infinix Gt 30 Pro Setelah Setengah Tahun Masih Relevan

Infinix Gt 30 Pro Setelah Setengah Tahun Masih Relevan

papar berkaitan - pada 3/12/2025 - jumlah : 153 hits
Infinix GT 30 Pro cuba tampil sebagai gaming phone bajet dengan spesifikasi yang nampak gah Cuma adakah ia layak digelar Pro Reka Bentuk Paparan Infinix kali ini cuba bermain dengan identiti baharu Cyber Mecha Design yang jelas mahu menampi...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Sea Thailand 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Podcast Autisme Boleh Diubati Penemuan Mengejutkan Podcast Ppim 11 12 2025

Bufet Krismas Dan Tahun Baharu 2026 Pullman Klcc Hotel Residences

Rumah Menanti Cahaya

Juice Jacking Korang Jangan Main Cucuk Jer

Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 2035 Dilancarkan Januari