Dividen Asb 5 00 Sen Banyak Ke Sikit


Tentu ramai yang dah dengar tentang agihan pendapatan (dividen) ASB yang diumumkan oleh ASNB iaitu sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021. Kebetulan pada masa saya sedang skrol twitter, saya ada terbaca soalan berkaitan dividen ASB ini yang berbunyi,


Banyak ke dividen sebanyak 5.00 sen yang diberi oleh ASB?


Terbuka untuk berkongsi pandangan tentang soalan ini, jadi jom kita diskas!


Dividen ASBSecara sepecificnya dividen ASB pada tahun ini adalah sebanyak 4.25 sen dengan tambahan bonus sebanyak 0.75 sen. Jadi jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5.00 sen. Banyak ke agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen yang diberi oleh ASNB selama setahun pelaburan anda ini?




Sebelum kita tanya banyak atau sikit dividen yang diterima, kita kena tahu dulu jenis pelaburan kita itu samada bersifat tinggi risiko atau berisiko rendah. Adakah lepas melabur, duit modal pelaburan kekal sama atau akan mengalami perubahan? Jika modal tak berubah, jadi kita boleh katakan pelaburan itu bersifat rendah risikonya tetapi jika ada perubahan modal selepas melabur, kita boleh katakan yang pelaburan itu bersifat medium atau high risk.


Pelaburan ASB adalah pelaburan unit trust bersifat low risk. Anda cuma perlu masukkan wang ke dalam akaun ASB, biar dan tunggu supaya ia membiak. Adakah anda perlu berwaspada jika harga seunit mengalami penurunan? Tak perlu kerana harga seunit dana ASB adalah tetap iaitu RM1.00 seunit, jadi harga tak akan alami kenaikan atau penurunan. Tak perlu juga berdepan adrenaline rush untuk handle akaun pelaburan anda ini kerana harga tak akan berubah.


Melainkan jika anda melabur dalam saham atau mana-mana pelaburan high risk yang lain. Hari ini anda masukkan modal, sedar-sedar esok modal anda dah jadi separuh. Paling malang bila sedar-sedar modal dah burned kesemuanya kerana kaunter yang anda labur jatuh teruk. Ha, yang ini memang perlu ketahanan mental dan emosi yang kuat dan adrenaline anda akan spike up setiap hari bila lihat portfolio pegangan anda bewarna merah kesemuanya.


Cukup ke Dividen 5.00 sen ASB?Jika anda tak perlu fikir tentang the perfect timing for cut loss pelaburan, tak perlu risau tentang masa untuk take profit, ini maknanya pelaburan anda terjamin. Modal akan dikembalikan sama seperti macam masa mula anda melabur, jadi pada pendapat anda adakah agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen daripada ASB adalah mencukupi untuk anda?




Jika anda menyimpan dalam bank simpanan biasa, kadar faedah yang diterima adalah sangat rendah, yang mana kebiasaannya tak sampai 2% pun daripada jumlah simpanan. Berbanding ASB, anda boleh dapat 2 hingga 3 kali ganda keuntungan berbanding simpanan biasa di bank. Jika anda melabur sebanyak RM1,000, anda dapat dividen sebanyak RM50. Kalau melabur RM100,000? 


Tapi Saya Nak Pulangan Lebih TinggiJika anda nak dapatkan pulangan lebih tinggi, ASB bukanlah tempat yang sesuai untuk anda melabur. Namun perlu juga dingat, pulangan tinggi akan jadi nanti risiko juga tinggi. Sanggup ke lihat modal anda menyusut? Boleh ke anda tengok pelaburan yang bernilai negatif? Jika boleh, anda boleh melabur dalam pasaran saham atau sekarang banyak pelaburan baru yang muncul seperti NFT, Bitcoin, Crypto dan sebagainya.


Ambil masa untuk belajar dan join kelas jika perlu sebelum mula melabur bagi mengelakkan modal anda melebur. Jangan tergesa-gesa kerana anda bekerja keras untuk kumpulkan modal, tak mengapa jika slow and steady asalkan anda faham apa yang dilakukan dan sabar dalam mengawal emosi. Setiap pelaburan berisiko tinggi akan mengalami kerugian, namun pastikan anda fokus dan ikut trading plan anda.


Saya Nak Pulangan Tinggi tapi Risiko RendahMalangnya tiada perkara sedemikian rupa. Ia seperti anda mengharapkan gaji berjalan setiap bulan tanpa perlu bekerja, memang mustahil berlaku melainkan jika anda anak menteri atau raja (namun ada caranya jika anda mahu gaji berjalan setiap bulan tanpa perlu bekerja tapi cara ini perlukan modal awal yang sangat besar).


Namun sekiranya anda mengharapkan pulangan agihan pendapatan yang lebih tinggi berbanding ASB, anda boleh melabur dalam dana unit trust lain samada yang bersifat medium atau high risk dengan harga seunit dana yang berubah-ubah. Keuntungan adalah dalam dua bentuk. Pertama daripada agihan pendapatan dan kedua adalah daripada kenaikan modal. 


Anda mahu untung besar? Melabur lebih banyak semasa harga jatuh, dengan cara ini anda tentukan sendiri berapa peratus keuntungan yang anda mahukan. Tetapi perlu diingatkan bahawa pelaburan berisiko seperti ini memang tidak akan lari daripada merasai kerugian. Jadi anda berani? Jika berani, apa salahnya melabur sedikit dahulu dan lihat hasilnya.


Tak tahu di mana nak bermula untuk melabur dalam unit trust? Ehem..ehem..saya kan ada, saya adalah salah seorang konsultan unit trust di bawah PMB Investment Berhad. Boleh klik link di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut ya :)
https://zarinipmb.wasap.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2021/12/dividen-asb-5-sen-banyak-ke-sikit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pnb Umum Dividen Asb 2021 Sebanyak 5 00 Sen Seunit

Pnb Umum Dividen Asb 2021 Sebanyak 5 00 Sen Seunit

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 322 hits
PNB umum dividen ASB 2021 Sebanyak 5 00 Sen Seunit Assalamualaikum semua Wahh benda yang ditunggu tunggu setiap hujung tahun telah pun terungkai semalam apabila syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad mengumum...
Hiburan Asb Umum Agihan Pendapatan 5 00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

Hiburan Asb Umum Agihan Pendapatan 5 00 Sen Seunit Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 337 hits
Setiap hujung tahun para pelabur pastinya menantikan pengumuman jumlah agihan pendapatan dibuat oleh syarikat pelaburan itu Semalam ASNB telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan diperolehi para pelabur bagi tahun kewangan berakhir pada 31...
Dapat Sertai Jelajah Dunia Minhyuk Monsta X Kongsi Rasa Gembira Banyak Lagi

Dapat Sertai Jelajah Dunia Minhyuk Monsta X Kongsi Rasa Gembira Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 213 hits
Min hyuk MONSTA X telah menghiasi muka depan majalah Singles Idola itu menunjukkan sisi bergayanya dalam pakaian yang dalam pelbagai warna coklat hitam dan kelabu Dalam temu bual berikut Min hyuk berkongsi kegembiraannya kerana dapat menyer...
Berpantang Ni Ikutlah Badan Kita Banyak Suami Perlu Ambil Tahu Bila Isteri Tengah Pantang

Berpantang Ni Ikutlah Badan Kita Banyak Suami Perlu Ambil Tahu Bila Isteri Tengah Pantang

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 320 hits
Kita selalu begitu rigid bila berpantang Walhal berpantang itu adalah proses mengembalikan semula tenaga yang kehilangan selepas tempoh melahirkan Ikutlah keupayaan tubuh badan sendiri Soal menjalani rutin berpantang semuanya boleh dilakuka...
Tak Banyak Yang Tahu Ini Potret Kafe Unik Di Tengah Hutan Kota Jakarta

Tak Banyak Yang Tahu Ini Potret Kafe Unik Di Tengah Hutan Kota Jakarta

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 205 hits
Tak banyak yang tahu terdapat sebuah kafe unik yang berada di tengah Kota Jakarta Kafe tersebut bernama Arborea Cafe Arborea Cafe berada di komplek Manggala Wanabakti Suasana yang asri dan sejuk membuat Arborea Cafe begitu diminati Melansir...
Pentas Kolaborasi Kumpulan Gadis Di Kbs Song Festival Terima Banyak Pujian

Pentas Kolaborasi Kumpulan Gadis Di Kbs Song Festival Terima Banyak Pujian

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 209 hits
Kini adalah masa apabila banyak acara akhir tahun diadakan Untuk acara 2021 KBS Song Festival yang diadakan pada 17 Disember ramai selebriti berkumpul bersama untuk membuat persiapan persembahan istimewa untuk acara akhir tahun itu Antara p...
Shin Minah Ulas Tentang Hometown Cha Cha Cha Drama Baru Akan Datang Banyak Lagi

Shin Minah Ulas Tentang Hometown Cha Cha Cha Drama Baru Akan Datang Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 216 hits
Shin Min ah telah menghiasi muka depan majalah fesyen Elle edisi Januari 2022 ARTIKEL BERKAITAN Pelakon itu menunjukkan daya tarikannya yang cantik dan menawan ketika dia bergambar dalam pelbagai persekitaran yang menyerlahkan keanggunan da...
Terbaru Bukan Hanya Pembayaran Dengan Minyak Sawit Banyak Keuntungan

Terbaru Bukan Hanya Pembayaran Dengan Minyak Sawit Banyak Keuntungan

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 211 hits
Buat pertama kali Malaysia akan memiliki kemudahan pemasangan akhir pesawat pejuang Kemalak Systems telah mencadangkan kepada KAI untuk mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat FA 50 itu di Malaysia dan KAI telah bersetuju dan menyerta...
Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

Menteri Bahlil Sayangkan Masyarakat Lebih Banyak Berobat Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 210 hits
Menteri Investasi Kepala BKPM Bahlil Lahadalia menyayangkan ada ratusan triliun biaya dihabiskan masyarakat Indonesia di luar negeri untuk berobat Ini dikarenakan kapasitas rumah sakit yang ada di Indonesia dianggap kurang memadai dan negar...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah