Dividen Asb 2025 Tarikh Kadar Dividen
Dividen ASB 2025 belum lagi diumumkan secara rasmi oleh pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Layari portal myASNB (myasnb.com.my) untuk info terkini dan maklumat lebih lanjut.
Jangkaan kadar dividen ASB untuk tahun ini lebih tinggi berbanding tahun 2024 berdasarkan trend prestasi pelaburan sebelum ini.
Pada tahun lepas (2024), ASNB mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion ini memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai dividen ASB 2025.
Apa Itu Dividen ASB?
Dividen ASB adalah keuntungan yang dibahagikan kepada para pelabur berdasarkan unit ASB yang dimiliki.
Dividen ini dipengaruhi oleh prestasi pelaburan ASNB di pasaran, termasuklah pelaburan dalam saham, bon, dan instrumen kewangan lain.
Selain dividen, ada juga elemen bonus yang turut diagihkan bersama setiap tahun. Gabungan antara dividen dan bonus ini dipanggil kadar agihan keseluruhan.
Kadar agihan inilah yang menjadi penanda sejauh mana keuntungan yang pelabur ASB akan terima.
Berapa Kadar Dividen ASB 2025?
Bagi tahun 2025, kadar dividen ASB yang diumumkan adalah sangat dinantikan oleh pelabur. Setakat ini belum ada pengumuman rasmi yang mengumumkan kadar dividen ASB 2025.
Walaubagaimanapun, kita boleh membuat jangkaan berdasarkan faktor semasa.
Berdasarkan analisis semasa, penganalisis menjangkakan kadar dividen ASB 2025 berpotensi berada antara 4.50% hingga 5.00%, bergantung kepada prestasi suku akhir tahun ini. Namun, angka rasmi hanya akan diumumkan oleh PNB.
Rekod Dividen ASB 5 Tahun Terkini
Berikut adalah rekod kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi 5 tahun terkini daripada 2020 hingga 2024 berdasarkan data rasmi dan laporan terkini:
TahunDividen (%)Bonus (%)Kadar Agihan Keseluruhan (%)Catatan20245.500.255.75Tertinggi dalam 5 tahun terakhir20234.251.005.25Penurunan berbanding 202420224.600.505.10Stabil tapi sedikit rendah20214.250.755.00Kadar dividen dan bonus stabil20204.000.604.60Kesan awal pandemik COVID-19
Kadar dividen 2025 masih belum diumumkan secara rasmi, namun jangkaan adalah kadar tersebut akan lebih kompetitif berbanding tahun sebelumnya berdasarkan perkembangan ekonomi dan strategi pengurusan dana ASNB.
Mari kita nantikan berapa kadar ASB tahun 2025 ini kelak.
Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2025
Tarikh pengumuman dividen ASB 2025 belum lagi diumumkan.
Setiap tahun, pengumumannya biasanya bermula pada 1 Januari tahun berikutnya selepas tahun kewangan berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya.
Pemegang unit boleh menyemak dan mendapatkan penyata dividen ASB melalui portal myASNB secara online mulai 1 Januari atau selepas pengumuman rasmi dibuat.
Cara Semak Dividen Online
Untuk membuat semakan dividen ASB dan bonus, anda boleh melakukannya secara online melalui Portal myASNB atau aplikasi myASNB.
Semakan Dividen ASB Melalui Portal myASNB
Layari laman web myASNB : https://www.myasnb.com.my/
Klik “Log Masuk”
Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
Klik pada menu ‘Akaun Saya’ untuk melihat senarai pelaburan anda.
Pilih ‘Penyata Kewangan’ untuk melihat dividen dan bonus yang dikreditkan untuk tahun kewangan terkini.
Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan.
Semakan Dividen ASB Melalui Aplikai myASNB
Buka aplikasi myASNB dan log masuk.
Klik pada “Prestasi”
Dividen terkini anda akan dipaparkan pada bahagian ini apabila diumumkan.
Sekiranya belum muat turun aplikasi myASNB, sila muat turun melalui pautan berikut:
App Gallery: KLIK SINI
App Store: KLIK SINI
Google Play: KLIK SINI
Cara Kira Dividen ASB
Ramai yang masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Rujuk langkah-langkah yang berikut:
Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh mudah:
AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
BONUS : 1.0%
Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.
Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.
Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88
Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.
Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50
Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50
Begitulah cara kira dividen. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.
Formula Pengiraan Dividen ASB
Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun dengan formula seperti berikut:
Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB

Pengiraan Bonus ASB
@ecentral.my Replying to @SeptemberOne Ini cara dividen ASB 2024 dengan kadar pulangan 5.75%. Berbaloi tak anda rasa pulangan tahun ni? #asb #asnb #dividenasb #dividenasb2024 #asb2024 #pengagihanpendapatanasb #pelaburanasb #pelaburan #amanahsahambumiputera
♬ original sound – eCentral – eCentral
Cara Buat Pengeluaran ASB Online
Untuk membuat pengeluaran ASB online, ikuti langkah berikut:
Daftar dan log masuk ke akaun myASNB melalui aplikasi mudah alih atau portal rasmi di www.myasnb.com.my.
Setelah log masuk, pilih menu Portfolio untuk lihat dana ASB yang dimiliki.
Klik Transaksi, kemudian pilih Pengeluaran untuk mula proses pengeluaran.
Pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan dan isikan jumlah pengeluaran yang dikehendaki.
Semak maklumat akaun bank yang telah didaftarkan untuk menerima pemindahan wang.
Tandakan kotak pengisytiharan persetujuan dan klik Seterusnya.
Permintaan kod pengesahan (TAC) akan dihantar ke telefon untuk pengesahan transaksi.
Masukkan kod TAC dan sahkan transaksi.

ASB
PANDUAN BERGAMBAR PENGELUARAN DUIT ASB MELALUI APLIKASI myASNB

1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.

2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.

3. Pilih “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.

4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.

5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.

6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.

7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.

8. Klik Benarkan.

9. Transaksi diluluskan. Klik OK.

10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK.

Pengeluaran selesai.
Anda juga boleh rujuk video panduan pengeluaran duit ASB secara online di bawah:
PENTING 📌
Sila pastikan anda memasukkan jumlah yang betul.
Sila pastikan nombor akaun bank adalah betul dan sah.
Anda hendaklah memastikan bahawa semua butiran peribadi anda adalah sama dengan butiran akaun perbankan peribadi anda.
ASNB tidak bertanggungjawab untuk sebarang tindakan arahan urus niaga yang salah yang diarahkan kepada penerima yang salah, mengandungi nombor akaun yang salah dan maklumat lain yang tidak betul yang diurus atau dijalankan oleh anda.
Pengeluaran anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh 7 ke 10 hari bekerja.
Untuk Dana Harga Hadapan ASNB, nilai NAB bagi urus niaga pengeluaran anda akan dikemaskini dalam masa 2 hari bekerja (urus niaga sebelum 4:00PM) atau sehingga 3 hari bekerja (urus niaga selepas 4:00PM).
Sekiranya kredit pembayaran tidak berjaya, unit yang ditebus akan dibalikkan ke akaun dana amanah unit masing-masing dalam masa 10 hari perniagaan.
Sejarah Dividen ASB 2013-2024
Pastinya pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) menantikan keputusan agihan pendapatan dalam akaun mereka sama ada mereka mampu menikmati kadar lebih tinggi daripada jumlah agihan (dividen) yang diumumkan tahun lalu ataupun sebaliknya.
Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini.
Tahun 2024
Dividen – 5.50%
Bonus – 0.25%
Kadar Agihan – 5.75%
Tahun 2023
Dividen – 4.25%
Bonus – 1.00%
Kadar Agihan – 5.25%
Tahun 2022
Dividen – 4.60%
Bonus – 0.50%
Kadar Agihan – 5.10%
Tahun 2021
Dividen – 4.25%
Bonus – 0.75%
Kadar Agihan – 5.00%

Sumber RTM
Penyata Dividen
Mulai April 2018, penghantaran penyata pengagihan pendapatan, laporan tahunan dan/atau laporan interim bagi kesemua tabung unit amanah ASNB adalah secara elektronik kepada semua pemegang unit.
Penyata pengagihan pendapatan akan dihantar ke alamat e-mel yang berdaftar dengan ASNB, manakala laporan tahunan dan/atau laporan interim boleh diakses melalui laman web ASNB www.asnb.com.my

Penyata Dividen
Pemegang unit/penjaga berdaftar boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Penyata Pengagihan Pendapatan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara atau dengan melaksanakan cetakan layan diri melalui ASNB Portal www.myasnb.com.my
Bagi anda yang masih belum mendaftar MyASNB online, sila rujuk artikel berikut untuk panduan lanjut :
MyASNB Login: Cara Daftar ASB Online & Semakan Baki / Dividen
Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB
Cara Simpan Duit ASB Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Lupa Kata Laluan ASB & Cara Aktifkan Semula Akaun
Tips Maksimumkan Pulangan Dividen ASB
Sekadar menunggu dividen tahunan tidak mencukupi jika anda ingin melihat simpanan berkembang dengan lebih baik. Berikut beberapa tips penting:
Gunakan auto labur – Memudahkan anda menyimpan tanpa sedar.
Konsisten melabur – Jadikan simpanan ASB sebagai komitmen bulanan.
Elakkan pengeluaran kerap – Lagi lama duit “beranak” dalam ASB, lagi tinggi pulangan.
Manfaatkan kuasa compounding – Biarkan dividen yang diterima terus dilaburkan semula.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2025 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke
[email protected]
Soalan Lazim Dividen ASB 2025
Bila kadar dividen ASB 2025 akan diumumkan? Pengumuman kadar dividen biasanya dibuat dan boleh disemak mulai 1 Januari tahun berikutnya, iaitu pada 1 Januari 2026 untuk dividen tahun 2025.
Berapakah jangkaan kadar dividen ASB 2025? Kadar dividen ASB 2025 dijangka lebih tinggi berbanding tahun 2024, yang mencatatkan kadar 5.75 sen seunit. Namun, kadar rasmi masih menunggu pengumuman daripada ASNB.
Bagaimana dividen ASB dikira? Dividen dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan dalam akaun anda sepanjang tahun, darab dengan kadar dividen dan bonus yang diumumkan.
Apakah perbezaan antara dividen dan bonus ASB? Dividen ialah pulangan asas yang diagihkan setiap tahun, manakala bonus adalah tambahan yang diberikan bergantung kepada prestasi dana.
Bagaimana cara semak jumlah dividen ASB saya? Dividen boleh disemak melalui portal myASNB online atau di kaunter ASNB bermula 1 Januari setiap tahun.
Apakah nisab zakat yang dikenakan untuk ASB? Nisab zakat ASB adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas. Jika simpanan ASB anda melebihi nilai tersebut dan telah mencapai haul, zakat perlu dibayar.
Apa beza ASB dengan ASNBF? ASB ialah dana tetap harga (fixed price fund) dengan risiko rendah dan pulangan stabil. ASNBF pula ialah dana harga berubah (variable price fund) dengan risiko lebih tinggi tetapi berpotensi beri pulangan lebih besar.
Bila dividen ASB 2025 akan diumumkan? Kebiasaannya, PNB akan mengumumkan kadar dividen pada hujung Disember setiap tahun, melalui sidang media rasmi dan portal myASNB.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/dividen-asb-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dividen-asb-2025