Ditulis Pada 1934 Sampul Misteri Dari Sebuah Arkib Akhirnya Dibuka


Ditulis Pada 1934, Sampul Misteri Dari Sebuah Arkib Akhirnya Dibuka
Sebuah sampul yang disimpan hampir satu abad akhirnya dibuka, sekali gus mendedahkan pesanan misteri daripada pengasas negara Czechoslovakia, Tomáš Garrigue Masaryk.
Selama ini, ramai beranggapan dokumen tersebut mengandungi kata-kata terakhir beliau sebelum meninggal dunia pada 1937. Namun, hasil penemuan mengejutkan menunjukkan sebaliknya.
Untuk info, pembukaan sampul itu berlangsung di Istana Lány, kediaman musim panas presiden, dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung oleh Radio Czech.
Gambar: Czech Radio via Radio Prague International Presiden Czech ketika ini, Petr Pavel, turut hadir bersama ahli keluarga Masaryk, ahli sejarah serta wartawan.
Sampul putih yang disimpan rapi di Arkib Negara Czech sejak 2005 itu akhirnya dibuka oleh pengarah arkib, Milan Vojáček, dengan penuh cermat menggunakan sarung tangan putih.
Bukan wasiat terakhir, tetapi catatan 1934 Di dalam sampul putih tersebut, tersimpan satu lagi sampul berwarna kuning yang mengandungi lima helaian catatan tangan.
Tulisan itu dipercayai didiktekan oleh Masaryk kepada anaknya, Jan Masaryk, yang kemudiannya menjadi Menteri Luar Czechoslovakia selepas Perang Dunia Kedua.
Gambar: Czech Radio via Radio Prague International Catatan tersebut bukanlah wasiat terakhir dari 1937, sebaliknya ditulis sekitar 1934 ketika Masaryk jatuh sakit teruk akibat serangan strok. Pada masa itu, ramai menganggap hayat beliau hampir berakhir.
Difahamkan, dokumen itu menggambarkan bagaimana Masaryk telah lama memikirkan soal kematiannya.
Antara ungkapan yang dibacakan kepada umum ialah:
“Saya sakit, sakit tenat. Ini pengakhirannya, tetapi saya tidak takut. Kamu akan teruskan kerja ini, kamu tahu caranya, tetapi kamu mesti berhati-hati. Kamu tahu bagaimana untuk bertindak. Saya tidak perlu memberitahu apa-apa lagi.”
Pesanan politik & pandangan tentang masyarakat Selain refleksi peribadi, catatan Masaryk turut menyentuh isu politik yang sedang bergolak pada ketika itu.
Beliau memberi pandangan tentang masyarakat berbilang kaum di Czechoslovakia, termasuk amaran supaya golongan minoriti Jerman dikekalkan dalam negara tetapi tidak diberi keistimewaan berlebihan.
“Berikan mereka apa yang wajar, tetapi jangan lebih daripada itu.”
Selain itu, Masaryk juga melontarkan renungan tentang pendidikan dan kelemahan manusia.
“Jika manusia tidak berpendidikan dan bodoh, tidak banyak yang boleh dilakukan. Mereka gembira menjadi bodoh. Jangan permudahkan keadaan, sebaliknya berhujahlah dengan mereka.”
Perjalanan panjang sampul lama Selepas kematian Masaryk pada 1937, sampul tersebut dijaga oleh anaknya Jan. Dokumen itu dipercayai dibawa bersama semasa Jan berkhidmat di London, kemudian kembali ke Prague.
Selepas kematian mengejut Jan pada 1948, sampul itu berpindah tangan kepada setiausahanya, Lumír Soukup, yang membawanya ke Scotland dan Perancis.
Selepas kejatuhan pemerintahan komunis, keluarga Soukup mengembalikan semula dokumen bersejarah itu ke tanah air.
Pada 2005, seorang lagi bekas setiausaha Jan, Antonín Sum, menyerahkan sampul berkenaan ke Arkib Negara dengan syarat ia hanya dibuka selepas 20 tahun.
Nilai sejarah yang tidak ternilai Gambar: Czech Radio via Radio Prague International Ahli sejarah menegaskan catatan ini menjadi bukti bagaimana Masaryk, yang digelar “President Liberator” dan dianggap sebanding dengan tokoh seperti George Washington atau Abraham Lincoln, melihat masa depan negaranya pada saat getir menjelang kebangkitan Nazi Jerman.
Arkib Negara Czech kini akan menjalankan proses pemulihan serta penyelidikan lanjut terhadap dokumen tersebut, dan laporan rasmi dijangka diterbitkan dalam masa terdekat.
BACA: Berlayar Berhampiran “Segi Tiga Bermuda”, Lelaki Kongsi Penemuan ‘Kapal Hantu’
BACA: Misteri Segitiga Bermuda: Saintis Dakwa Rahsia Akhirnya Terungkai
BACA: Misteri Kapal & Pesawat Hilang di Segitiga Bermuda Hanya Mitos?
Sumber: NBC News, Radio Prague International
The post Ditulis Pada 1934, Sampul Misteri Dari Sebuah Arkib Akhirnya Dibuka appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/21/ditulis-pada-1934-sampul-misteri-dari-sebuah-arkib-akhirnya-dibuka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Dapat Juga Pencicah Buah Namplawan

Akhirnya Dapat Juga Pencicah Buah Namplawan

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1550 hits
Masa beli tu sajalah pusing pusing tengok produk lokal Sekali nampaklah kuah rojak buah namplawan ni Bukan main teruja bila nampak pencincah namplawan ni Benda yang saya nak beli sekian lama akhirnya di depan mata Nak beli online asyiklah t...
56 Tahun Surprise Birthday Dinner Yang Tak Surprise Akhirnya

56 Tahun Surprise Birthday Dinner Yang Tak Surprise Akhirnya

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 2052 hits
Ingatkan hanya lunch date dan bunga saja sempena birthday umi tapi ada surprise lagi bila habibi bagitau yang malam nanti ada dinner di lokasi rahsia Rahsia awalnya tak nak bagi tau umi tapi kena bagi tau juga sebab malamnya adalah rutin um...
Didakwa Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim Akhirnya Erysha Emyra Respon Saya Rasa Dia

Didakwa Bermasam Muka Dengan Qasrina Karim Akhirnya Erysha Emyra Respon Saya Rasa Dia

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 879 hits
Pelakon baru Erysha Emyra tampil menafikan spekulasi mengatakan terdapat perselisihan di antara dirinya dan heroin drama Thariq Ridzuwan His Treasure iaitu Qasrina Karim Ketika ditemu bual aktres berusia 25 tahun itu bagaimanapun memilih un...
Arwah Nak Lawan Akhirnya Tak Jadi Mati

Arwah Nak Lawan Akhirnya Tak Jadi Mati

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 498 hits
Syed Mohd Nazli JamalulailADUN Sungai Ramal dah mati ke
Bella Astilah Akhirnya Kamu Chord

Bella Astilah Akhirnya Kamu Chord

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 672 hits
Gm F A F Gm D A F Gm D Memandangmu adalah sgalanya A Cm Adim D Terpancar satu cahaya yang bisa D F Membawa dunia ku Dm D Gm Berpaling ke arah mu Cm A Inilah dinamakan D Fsus2 F Cinta pandang pertama C D m C F Dunia mulai memberi rasa C D m ...
Alhamdulillah Epol Akhirnya Ditemui Selepas Hilang Sejak Disember

Alhamdulillah Epol Akhirnya Ditemui Selepas Hilang Sejak Disember

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1023 hits
KOTA BHARU Doa dan penantian panjang sebuah keluarga akhirnya terjawab Seorang lelaki dikenali sebagai Epol yang dilaporkan hilang sejak Disember tahun lalu ditemui semula selepas lebih sembilan bulan tanpa khabar berita Penantian Panjang B...
Akhirnya Menteri Wilayah Buat Pendedahan Lebai Pusing Fakta

Akhirnya Menteri Wilayah Buat Pendedahan Lebai Pusing Fakta

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 1106 hits
Pemaju menanggung sepenuhnya sewa kediaman majoriti penduduk Kampung Sungai Baru yang ditempatkan di penempatan sementara susulan pembangunan di kawasan berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata merek...
Cuba Curi Kabel Akhirnya Tersangkut Di Tiang Mrt

Cuba Curi Kabel Akhirnya Tersangkut Di Tiang Mrt

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1003 hits
HARRITH HISHAMAnggota bomba menurunkan mangsa yang tersangkut di tiang laluan MRT di Taman Tun Dr Ismail awal pagi tadi KUALA LUMPUR Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersangkut di tiang konkrit laluan T...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1462 hits
Semakan BUDI95 Dibuka Khamis Ini KUALA LUMPUR 23 Sept Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 boleh dibuat mulai Khamis ini kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dala...
Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Consider Sarawak S Special Grant Formula In Next Budget Says Sim

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam

Bukan Nasi Lemak Tapi Menu Ni Yang Buat Mat Saleh Tak Henti Angau Malaysia

Madani Government Pledges More Affordable Homes Under Rumah Mesra Rakyat Initiative To Ease Burden On B40 Families

Lemon Law Malaysia Maksud Kepentingan Pelaksanaan

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Amazing Healthy Yeast Recipes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Moment Of Honour Receiving The Excellent Service Award For The Second Time

Kisah Di Sebalik Roti Dan Darah

Argus168 25 Argus168 Top 35 By Jaxon

The Seamless Path From Cryptocurrency To Amazon Purchases

Akmal Saleh Tegaskan Bendera Negara Haram Hanya Layak Dipijak Bukan Dikibarkan

Empat Pelajar Terlibat Kes Rog L Dibenarkan Duduki Spm Fadhlina Sidek