Ditipu Host Airbnb Di Bandung Indonesia
Pernah ada pengalaman pahit menggunakan Airbnb? Ini bukan kali pertama aku menggunakan khidmat Airbnb semasa travel kerana semasa bercuti di Jepun juga aku pernah menempah bilik dari listing di aplikasi Airbnb.
PERMASALAHAN3 hari sebelum berangkat ke Bandung, aku dah mula untuk cari tempat penginapan yang sesuai untuk kitaorang berlima di Bandung. Kawasan penginapan yang kami dapat dengan harga yang berpatutan untuk 5 orang pulak terletak di kawasan Coblong, Bandung. Boleh dikatakan agak dekat jugak dengan bandar Bandung.
Setelah selesai membuat pembayaran melalui Airbnb dan booking kami pon dah di confirmed oleh host jadi aku pon langsung dah tak mahu fikir panjang sebab rasa excited nak holidaylah!
Hari pertama kami tiba di Bandung, perancangan kami yang pertama adalah untuk terus pergi Trans Studio Bandung. Memandangkan kami cuma boleh check-in hanya selepas pukul 3 petang jadi terpaksalah angkut semua bagasi-bagasi gergasi kami ke Trans Studio Bandung.
Kami habis dari puas mencuba macam-macam permainan di Trans Studio Bandung sekitar pukul 5 petang dan pastinya kami dah penat dan nak terus balik check-in. Jadi aku pon hantarlah text kepada host:
"We're on our way to your place to check in."
Dan apa yang buat aku rasa berderau darah kejap bila host reply macam ni:
"Sorry, we were fully booked."
Kami macam hilang kata-kata sekejap masa tu dan dalam fikiran mula berfikir manalah kami nak merempat malam ni dengan bagasi segala benda. Fikir punya fikir aku pun rasa fed up dan rasa perlu lakukan sesuatu yang lebih efektif lepas dapat reply dari host yang langsung tak profesional dan tak mahu bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan pada kami.
Host kami I Gde Nyoman merupakan antara listing yang terdapat di Bandung menerusi aplikasi Airbnb sememangnya telah melanggar polisi Airbnb sendiri dan permasalahan yang dia timbulkan sangatlah last minute dan menyebabkan kesusahan pada pihak kami.
SOLUSI1. Screenshot Semua Pesanan Ringkas Antara Anda dan Host Menerusi Aplikasi AirbnbBagi tujuan rujukan aku fikir ada perlunya kita screenshot setiap perbualan kita dengan host rumah tersebut untuk dijadikan bukti. Pada masa yang sama team support Airbnb jugak boleh masuk ke chat di antara korang dengan host. Kiranya sebagai back up plan.
2. Minta Bantuan Support dari Airbnb Support TeamAkan ada dua pilihan sama ada korang mahu laporkan isu atau permasalahan melalui mesej atau juga boleh dilakukan melalui panggilan terus dari pihak support team Airbnb.
Pada mulanya aku cuma menghantar mesej selepas mahu melaporkan isu ini ke support team Airbnb tetapi disebabkan masa pada malam itu pun sudah dekat pukul 9 malam jadi aku pon fikir untuk terus hubungi pihak support Airbnb supaya dapat respon yang lebih cepat.
Tak perlu ada kredit pun tetapi ada pilihan yang korang boleh pilih untuk request call dari pihak Airbnb dan cuma yang korang perlu pastikan nombor telefon yang di link kan di Airbnb adalah nombor telefon yang boleh dihubungi.
3. Menjelaskan Isu Kepada Manager Airbnb SupportDalam beberap minit aku request call, Airbnb Support team pon menghubungi aku. Pada awalnya aku bercakap dengan customer service dan dia harus pastikan laporan yang aku buat itu adalah betul sebelum boleh dibawa isu ini kepada Manager Airbnb Support untuk solusinya. Semua komunikasi aku dengan support team adalah di dalam bahasa inggeris.
Talian aku kemudiannya di sambungkan kepada Kenneth, Manager Support Airbnb. Aku pun jelaskan semula daripada awal sampailah akhir isu kepada Kenneth dan perbualan aku dengan host pun diteliti dan terbukti pihak host I Gde Nyoman salah dan sudah menimbulkan permasalahan kepada kami.
4. Refund Account Credit atau Terus Transfer ke Akaun BankAku diberi pilihan oleh Kenneth sama ada mahu refund pembayaran booking kami tersebut menjadi kredit akaun Airbnb atau pun terus transfer ke akaun bank aku yang kebiasaannya mengambil masa seminggu lebih untuk transaksi dilakukan.
Memikirkan situasi kami yang stranded dan perlu cari secepatnya tempat tinggal di Bandung aku akhirnya pilih untuk refund tersebut menjadi akaun kredit di Airbnb aku. Refund yang diberi adalah full refund ditambah dengan beberapa persen travel insurance.
5. Booking Tempat Penginapan BaharuKenneth meminta aku untuk booking penginapan baharu di sekitar Bandung sebagai ganti. Kami pun memilih penginapan lain dan booking kami terus di confirmed kan oleh Kenneth yang kebiasaannya di confirmed kan sendiri oleh host rumah biasanya mengambil masa semalaman.
Kami pon akhirnya dapat bermalam dengan tenang lepas penat tempuh perjalanan hampir 15 jam di dalam kereta api dari Surabaya ke Bandung. Tak perlu lagi bermalam dekat McDonalds macam apa yang terjadi pada kami pada post ini: Bermalam di McDonalds di Bandung.
KONKLUSIPengalaman aku menggunakan Airbnb di Jepun lebih mudah berbanding di Indonesia. Satu lagi kekurangan yang ada pada listing Airbnb di Indonesia adalah harga yang berbeza dikenakan.
Untuk penginapan baru, kami harus membayar lebih kerana harga yang kami bayar melalui Airbnb hanyalah untuk seorang kata host rumah baru kami. Atas dasar rasional kami pun bayar jugak kerana fikir logik, terlalu murah bayaran yang dikenakan di Airbnb walaupun disebabkan harga rendah itu jugalah kami memilih untuk bermalam di situ selama 4 hari 3 malam. Mungkin jugak kerana limitasi bahasa Inggeris yang kurang difahami oleh host semasa membuat details listing.
Walau bagaimanapun, aku puji sangat dengan respon yang aku dapat daripada support team Airbnb. Rasa macam hak aku sebagai pengguna ni terjaga. Terima kasih banyak-banyak. Pasti lepas ni aku tak serik lagi nak gunakan khidmat Airbnb.
Ini betul-betul pengalaman pertama kali ada masalah dengan penginapan semasa aku bercuti. Sememangnya ni pengalaman yang bernilai dan pengajaran yang paling berguna untuk kami semua.
Kalau korang bercadang nak bercuti ke mana-mana tak kiralah luar atau pun dalam negara dan nak gunakan khidmat Airbnb, korang boleh daftar di sini: http://bit.ly/2D4jhcQ ; untuk dapatkan RM105 travel credit untuk booking pertama korang. Selamat bercuti!
Jadi macam mana, sepanjang korang bercuti sakan selama ni pernah tak ada masalah dengan penginapan korang? Kalau ada jangan lupa kongsikan pengalaman korang dekat ruangan komen di bawah, nak tahu jugak!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.lakiterok.com/2018/01/ditipu-host-airbnb-di-bandung-indonesia.html