Diskaun 50 Peratus Saman Trafik Pdrm Melalui Aplikasi Mybayar Pdrm


Diskaun 50 Peratus Saman Trafik PDRM Bermula Esok
PUTRAJAYA, 30 OGOS 2025 —  Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50 peratus.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini, tawaran ini hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID.
Kempen ini berlangsung mulai 31 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025.
Sehubungan itu, semua rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman bagi melangsaikan tunggakan saman trafik PDRM.
“Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kerajaan mengambil pendekatan untuk bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat terus kepada rakyat.
“Tawaran pengurangan saman ini adalah simbol penghargaan kerajaan kepada Malaysia, di samping menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam.
“Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini, serta bersama-sama menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden,” katanya.
“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara, di samping memberi penghargaan kepada rakyat dengan peluang menyelesaikan saman trafik secara lebih mudah, cepat dan selamat.
“MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi, memastikan akses yang lebih terjamin, sekali gus mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi rakyat.
“Dengan pelaksanaan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM menzahirkan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, di samping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia,” katanya.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri 
The post Diskaun 50 Peratus Saman Trafik PDRM Melalui Aplikasi MyBayar PDRM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/30/diskaun-50-peratus-saman-trafik-pdrm-melalui-aplikasi-mybayar-pdrm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Pengurangan Saman Trafik Pdrm 50 Peratus Bermula 31 Ogos

Tawaran Pengurangan Saman Trafik Pdrm 50 Peratus Bermula 31 Ogos

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 775 hits
Tawaran pengurangan saman trafik PDRM 50 peratus bermula 31 Ogos Foto hiasan PUTRAJAYA Kementerian Dalam Negeri bersama Polis Diraja Malaysia melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik Polis Diraja M...
Rusia Akan Mengintip Pengguna Melalui Iphone Memperkenalkan Pemasangan Aplikasi Wajib

Rusia Akan Mengintip Pengguna Melalui Iphone Memperkenalkan Pemasangan Aplikasi Wajib

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 603 hits
Kerajaan Rusia telah mengumumkan peraturan baharu yang mewajibkan semua telefon dan tablet yang dijual di negara itu disertakan dengan aplikasi kerajaan yang diprapasang MAXPeraturan itu akan berkuat kuasa pada 1 September dan juga digunaka...
Cara Check Scammer Online Melalui Semak Mule Pdrm

Cara Check Scammer Online Melalui Semak Mule Pdrm

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 596 hits
Cara Check Scammer Online di Malaysia Melalui Semak Mule PDRM Kes penipuan dalam talian di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun dan taktik mereka juga semakin licik Ada sahaja kisah individu yang menjadi mangsa Ada yang tertipu ke...
Ini Fakta Sebenar Pihak Pdrm Sila Siasat

Ini Fakta Sebenar Pihak Pdrm Sila Siasat

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 436 hits
RMS Jika ada rakan terbaca posting ini dan tak tahu nak respon Ni fakta sebenar
Tercipta Sejarah Program Adoption K9 Pdrm Pertama Kali Dilaksanakan

Tercipta Sejarah Program Adoption K9 Pdrm Pertama Kali Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1544 hits
Assalamualaikum Hai semua Pada 4 September 2025 tercipta sejarah dalam Polis Diraja Malaysia Buat pertama kali sejak Unit K9 ditubuhkan pada tahun 1968 PDRM memperkenalkan Program Adoption Anjing Pengesan Apa yang menarik Program ini membol...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia