Disiplin Sosial Kunci Kawal Penularan Covid 19 Kata Kp Kesihatan


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yakin rantaian jangkitan Covid-19 dapat dihentikan jika setiap individu bekerjasama mematuhi arahan pihak berkuasa. — Foto Bernama
PUTRAJAYA, 31 Mac ― Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan mengamalkan disiplin sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sejak dua minggu lepas, Malaysia merekodkan antara 150 hingga 200 kes positif Covid-19 sehari dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau trend dengan teliti untuk memastikan tiada peningkatan eksponen.

“Kita sudah melengkapkan tempoh dua minggu, ada lagi dua minggu, terpulang kepada kita dan jika kita semua bersama-sama serta mengamalkan dan mematuhi arahan duduk di rumah, dan kami, KKM, akan meneruskan aktiviti kesihatan awam seperti pengesanan kes, meningkatkan saringan, mencari kumpulan sasaran dan mengasingkan mereka lebih awal, barulah kita dapat memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Jadi, untuk dua minggu akan datang, ia terpulang kepada anda dan saya, jika kita semua mempunyai disiplin sosial, saya pasti kita akan berjaya mendatarkan keluk dan mencegah kenaikan eksponen. Jika tidak, kita mungkin melihat lonjakan kes positif Covid-19 pada pertengahan April seperti yang diramal JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata hasil usaha pengesanan kes aktif KKM, Malaysia tidak merekodkan peningkatan mendadak seperti antara 900 hingga 1,000 kes positif jangkitan sehari.

“Ini bermakna kami akan terus ke komuniti yang dikenal pasti sebagi kumpulan berisiko tinggi melalui pendekatan yang disasarkan dan kemudian menguji mereka. Akan ada beberapa kes yang dikesan positif, pengesanan kami positif hampir lapan peratus, jadi, untuk setiap 100 yang diuji, lapan kes adalah positif,” katanya.

Dr Noor Hisham turut menggesa rakyat Malaysia yang baru kembali dari luar negara supaya menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari.

“Kami bimbang gelombang kedua adalah kes dari luar. Rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara, kumpulan yang dikhuatiri membawa balik Covid-19.

“Walaupun mereka didapati negatif, kami perlu mengkuarantin mereka selama 14 hari. Mereka yang positif pula akan diasingkan di hospital,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM sedar ada segelintir rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara mengingkari peraturan kuarantin di rumah.

Ketika ditanya kemungkinan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga Ramadan, beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenai perkara itu ketika ini.

“Kita hanya akan mengetahui selepas minggu pertama April dan bagaimana kita melakukannya. Jika kita terus mencatatkan trend mendatar atau tiada peningkatan mendadak, mungkin akan dapat buat keputusan dengan selamat.

“Mengenai bazaar Ramadan, mereka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard atau garis panduan KKM dan perlu mengambil langkah pencegahan untuk memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas cadangan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di zon merah, beliau berkata tindakan itu akan dilaksanakan sekiranya berlaku peningkatan kes positif secara mendadak di kawasan berkenaan.

Kerajaan telah menguatkuasakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, bermula semalam manakala dua lagi kawasan di Simpang Renggam, Johor iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid yang dikuatkuasakan, Jumaat lepas. ― Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/disiplin-sosial-kunci-kawal-penularan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

Kp Kesihatan Saran Cuci Tangan Sebelum Selepas Sentuh Haiwan Peliharaan Bimbang Penularan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 503 hits
Penularan pandemik Covid 19 kini lebih meluas apabila satu laporan mengenai jangkitan wabak ini terhadap haiwan telah direkodkan Seekor harimau di Zoo Bronx New York disahkan positif wabak itu selepas mengalami batuk dan kurang selera makan...
Strategi 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid 19

Strategi 3 Rahsia Korea Selatan Berjaya Cegah Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 310 hits
Korea Selatan merupakan salah satu negara yang sangat terkesan dengan wabak virus korona baharu yang mana pada penghujung bulan Februari sehingga awal bulan Mac 2020 jumlah mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut mencecah ribuan individu...
Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

Cakap Bohong Sabotaj Usaha Kerajaan Kekang Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 292 hits
Dari tajuk entri sudah jelas apa yang saya mahu sampaikan Ya cakap bohong sabotaj usaha kerajaan kekang penularan wabak covid 19 Sudah lama saya pendamkan isu ini namun kebelakangan ni kelihatan tiada perubahan malah kelihatan semakin menja...
Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

Elak Penularan Covid 19 Di Penjara Banduan Bagi Kesalahan Tidak Serius Perlu Dibebaskan Awal Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 251 hits
Banduan yang tidak mempunyai kesalahan serius perlu dibebaskan awal bagi mengurangkan kesesakan dalam penjara demikian cadangan pemimpin DAP Lim Kit Siang Beliau berkata demikian mengulas mengenai permintaan Jabatan Penjara yang meminta mah...
Polis Terima Data Kkm 40 000 Orang Dalam Rangkaian Penularan Covid 19

Polis Terima Data Kkm 40 000 Orang Dalam Rangkaian Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 296 hits
Muhammad Afiq Mohd Asri Mohd Ashraf Syafiq Mazlan Polis Diraja Malaysia telah menerima data rangkaian penularan Covid 19 melibatkan kira kira 40 000 individu yang termasuk individu dikaitkan dengan kluster ahli Tabligh daripada Kementerian ...
Covid 19 Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui Pkp Fasa Dua

Covid 19 Terengganu Tingkat Usaha Kekang Penularan Melalui Pkp Fasa Dua

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA TERENGGANU 2 April Kerajaan negeri dengan kerjasama semua pihak dan agensi agensi barisan hadapan akan memastikan suasana kes COVID 19 di Terengganu lebih terkawal dan dengan pelaksanaan baru Perintah kawalan Pergerakan fasa dua ini M...
Ada Tanda Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid 19 Dr Noor Hisham

Ada Tanda Tanda Awal Kita Berjaya Kekang Penularan Covid 19 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 327 hits
Terdapat tanda tanda awal kita berjaya mengekang penularan wabak Covid 19 berdasarkan laporan graf daripada Malaysian Institute of Economic Research kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Menurut Dr Noor Hisham Perintah...
Upaya Pemutusan Rantai Penularan Covid 19 Bisa Rusak Bila Pemudik Pulang Kampung

Upaya Pemutusan Rantai Penularan Covid 19 Bisa Rusak Bila Pemudik Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 209 hits
Ia mengungkapkan bahwa kondisi di daerah sampai saat ini banyak tenaga medis yang masih kekurangan alat pelindung diri dan kelengkapan medis lainnya
Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Dua Kanak Kanak Lelaki Lemas Terjatuh Parit

The Forgotten Engineers Of The Roman Empire Builders Of Civilization