Disahkan Ada Ketumbuhan Dalam Mulut Bapa Harapkan Doa Orang Ramai Untuk Ainul Mardhiah


Allahuakbar! Hanya doa untuk adik Ainul Mardhiah semoga terus kuat dan diharapkan Allah mempermudahkan urusannya. Tak sanggup rasanya lihat kesakitan yang ditanggung oleh bayi sekecil ini yang masih belum tahu apa-apa.
Menitik air mata baca kisah yang dikongsikan oleh ayah adik Ainul, Ahmad Safiuddin yang sangat cekal dan begitu kuat menerima takdir Allah. Berikut antara luahan hati seorang ayah mengenai perjalanan kisah Ainul seawal lahir hingga sekarang.

Lahir Ketika Usia 31 Minggu
Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada ketika dan saat ini saya menulis untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sebab dari pagi tidak henti orang hubungi saya termasuk beratus whatapp masuk.
Pertama sekali, saya mahu perkenalkan diri. Saya Ahmad Safiuddin, Bapa kepada Ainul Mardhiah yang kuat.
Sebelum saya teruskan, saya mahu mohon maaf jika ada panggilan yang tidak dapat saya jawab dan whatsapp yang saya tidak respon. Kuasa viral hari ini betul-betul membuatkan telephone saya tidak berhenti berbunyi.
Saya akan ceritakan kisah Ainul dan apa yang Ainul telah lalui selama 8 bulan. Sebelum itu, sedekahkan Al fatihah buat jiwanya supaya dia terus bersemangat untuk melawan segala penyakitnya.
Baik. Ini kisah Ainul.
Ainul Mardhiah nama diberi, secantik orangnya, sekuat-kuat manusia. Ainul lahir pada 13 Ogos 2018, Hari isnin, 3:15ptg di GH Melaka. Ainul lahir tidak cukup bulan, Dia pramatang. Lahir melihat dunia ketika usia kandungan isteri 31 minggu.
Ada Ketumbuhan Dalam Mulut
Pada saat disedang dikeluarkan, Doktor dan kami baru tahu bahawa ada ketumbuhan yang terkeluar dari mulutnya. Ainul terus dimasukkan kedalam wad kecemasan. Doktor memberitahu keadaan Ainul terlalu kritikal. Dia ada dua masalah iaitu; Pramatang & Ketumbuhan.
Beberapa minit selepas ainul keluar dari perut, doktor mengatakan nadi dia berhenti. Tapi alhamdulillah, dengan ilmu dan kesungguhan doktor, Ainul berjaya diselamatkan dengan cara bypass pernafasan. Doktor beritahu, dia tidak dapat bernafas kerana ketumbuhan itu telah menutupi mulut dan hidungnya.
Selesai bab itu.
Pada usianya 9 hari, Ainul telah di transfer ke Pediatrik HKL, Hari Khamis, 23.8.2018 menaiki ambulan. Sesampai sahaka Ainul di sana, Doktor Pakar Bedah menemui saya dan memaklumkan yg Ainul perlu segera dibedah dan pembedahan itu akan dilakukan esok pagi ( Hari jumaat ).
Seusia 10 hari, dengan berat badan 1.3kg, Ainul telah masuk dewan bedah. Kuatnya Ainul!
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan dan saya sangat menghargai usaha Dr Pakar Bedah tersebut dengan izinNya ketumbuhan itu telah berjaya dibuang.
Saya fikirkan ianya terhenti disitu, tetapi apabila ainul selesai dari pembedahan, Doktor Pakar Bedah memaklumkan bahawa ada dua berita iaitu berita baik dan berita yang kurang baik.

 
Ainul Tiada Lelangit
Berita baiknya, Ketumbuhan itu telah berjaya dikeluarkan tanpa tinggal sesisa pun. Berita tidak baiknya, Ainul didapati tidak memiliki lelangit ( Cleft Palate ). Doktor beritahu, operation untuk lelangit kena tunggu Ainul besar sikit, atau erti kata lain kena tunggu berat badan dia naik sebab tidak mungkin Ainul sekecil itu akan bertahan jika buat dalam masa terdekat.
Saya pendekkan cerita, selesai sahaja urusan rawatan Ainul di HKL, Ainul di pindahkan semula ke melaka.
Ketumbuhan Kali Kedua Selepas Sebulan Buat Pembedahan
Ujian Allah buat saya sekeluarga apabila ketumbuhan keluar lagi kali kedua sebulan selepas dia operation.
Allah sahaja tahu apa perasaan kami ketika itu. Kami yang sedang bergembira mahu menyambut ainul pulang ke rumah selama 3 bulan dia di hospital, akhirnya dapat berita seperti itu. Hanya Air mata sahaja menjadi perbualan saya dan isteri ketika mulut sudah tidak mampu berkata apa-apa.
Saya rasa ketika itu saya jatuh ke dalam gaung dan dihempap lagi dengam batu!
Selepas terima berita itu, Ainul perlu jalani rawatan chemotherapy sebab Doktor kata ianya adalah Kanser.
Mula Rawatan Kemoterapi
Dengan usia Ainul 4 bulan, berat badannya 2.2kg, Ainul akan terima rawatan chemotherapy. Doktor maklumkan bahawa ainul adalah baby pertama yg chemo dengan berat badan sebegitu.
Saya akur walaupun saya takut! Tapi pada mulanya saya tidak bersetuju kerana saya tidak yakin Ainul boleh bertahan dengan organ organnya yang masih kecil! Tapi apakan daya, saya tiada pilihan. Saya beri Ainul peluang untuk terima rawatan chemo tu.
Doktor sudah menetapkan ainul akan jalani 6 sesi chemotherapy. Tapi saya hanya buat dua kali. Kerana, saya tidak sanggup tengok anak kecil saya itu menderita akibat kesan chemotherapy.
Tapi Ainul sangat kuat, dia berjaya jalani dua kali sesi dengan jayanya.
Dan, Allah swt masih tidak mengizinkan Ainul sembuh apabila ubat chemo pun tidak berkesan buatnya. Doktor sarankan untuk tukar ubat lain, dan ubat itu adalah ubat terakhir yang boleh doktor cuba, jika tidak berhasil, maka TIADA LAGI RAWATAN DI HOSPITAL BUAT ANAK SYURGA SAYA.
Saya minta maaf kepada Ainul sebab saya dan isteri tidak sanggup ambil risiko itu dan kami membuat keputusan itu tidak teruskan chemoteraphy yang ketiga merangkap ubat yang last doktor boleh usahakan.

Tidak Boleh Lakukan Pembedahan 
Ainul tidak boleh dioperate kerana lokasi ketumbuhan itu adalah tempat yang banyak salur darah dan saraf. Dalam CT scan, report mengatakan ketumbuhannya telah berada di belakang tengkorak hidung dan mata.
Kuatkan ainul?
Jadi, tujuan saya menulis ini untuk anda tahu bahawa Ainul insan terpilih yang Allah kirimkan kepada saya dan isteri, Dia Ainul Mardhiah kami yang kuat dan cekal!
Di dalam post ini, saya ingin menjelaskan bahawa pihak hospital telah melakukan banyak usaha untuk pastikan Ainul sihat dan terima kasih saya ucapkan tanda penghargaan kepada Doktor yang merawat Ainul.
Mohon Doakan Ainul Kuat
Doakan Ainul diberikan kekuatan dan kecekalan.
Saya, Bapa Ainul Mardhiah ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang tak henti henti mendoakan dan yang memberi sumbangan kepada Ainul.
Saya doakan anda semua diberkati, dilindungi, dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya.
Ketika saya menulis ini, saya sedang berada di wad kecemasan, Tiub pemakanan Ainul longgar dan keluar air.
Beginilah saya dan isteri, tidak kira siang dan malam, kami selalu berulang-alik ke hospital.
Akhir kalam, bukan wang dan ringgit yang kami harapkan, tetapi doa kalian. Siapa tahu ada di antara kita yang doanya diangkat Tuhan. Doakan Ainul Mardhiah ye.
Dan saya minta maaf jika saya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima sumbangan kerana sudah cukup sumbangan orang ramai beri hari ini.
Sungguh, bukan saya mahu menolak rezeki Ainul. Tapi saya sebagai bapa masih ada kudrat dan tenaga untuk kerja lebih keras untuk biayai Ainul dan saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Yanh sudah hulurkan sumbangan, tiada kata lain saya boleh ungkapkan selain jutaan terima kasih.
Doa sahaja sudah memadai kerana pada saat dan ketika ini, hanya Allah SWT sahaja yang mampu apa yang manusia tidak mampu!
Sumber: Ahmad Safiuddin
The post Disahkan Ada Ketumbuhan Dalam Mulut, Bapa Harapkan Doa Orang Ramai Untuk Ainul Mardhiah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/disahkan-ada-ketumbuhan-dalam-mulut-bapa-harapkan-doa-orang-ramai-untuk-ainul-mardhiah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser Uk Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

Cuba Dapat Rawatan Pakar Kanser Uk Bapa Harap Ainul Mardhiah Kuat Dan Berpeluang Sembuh

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 471 hits
Sebelum ini kisah mengenai Ainul Mardhiah seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut mengundang rasa simpati bagi sesiapa saja yang melihatnya Sejak kisahnya jadi viral seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang baik baik untuk ana...
Di Sebalik Tarikh Kelahiran Ainul Mardhiah 13 Ogos Terselit Rahsia Allah Untuk Ibu Bapanya

Di Sebalik Tarikh Kelahiran Ainul Mardhiah 13 Ogos Terselit Rahsia Allah Untuk Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 571 hits
Tarikh 13 April lalu genaplah usia Ainul Mardhiah 8 bulan Di sebalik tarikh lahir Ainul yang dilahirkan 13 Ogos 2018 ada tersimpan maksud tersirat di sebalik tarikh tersebut Menerusi perkongsian bapa Ainul kelahiran Ainul ada hikmah disebal...
Bayi 8 Bulan Derita Kanser Mulut Bapa Terpaksa Jual Popcorn Tampung Kos Rawatan

Bayi 8 Bulan Derita Kanser Mulut Bapa Terpaksa Jual Popcorn Tampung Kos Rawatan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 1436 hits
DOAKAN semoga Ainul Mardhiah terus kuat untuk bertahan serta melawan kansernya kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 bapa kepada bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah yang menghidap kanser Germ Cell Tumor Ahmad Safiuddin berkata d...
Ainul Mardhiah Bidadari Syurga

Ainul Mardhiah Bidadari Syurga

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 610 hits
Ainul Mardhiah bidadari syurga Nama yang menjadi perbualan di Malaysia Mama tahu Ainul seorang yang kuat Start Mama kenal Ainul Mama selalu teringatkan Ainul Ainul buat apa hari ni Main dengan Walid dan Ummi ka Dah minum ka Tak sabar nak tu...
Tak Sanggup Lihat Kesakitan Ds Aliff Syukri Temui Adik Ainul Mardhiah Serah Sumbangan

Tak Sanggup Lihat Kesakitan Ds Aliff Syukri Temui Adik Ainul Mardhiah Serah Sumbangan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 436 hits
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah Dato Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan Adik Ainul Mardhiah yang berusia 8 bulan diuji dengan barah dan kini terpaksa menahan kesaki...
Demi Adik Ainul Mardhiah Lelaki Ini Sanggup Jual Motosikal Miliknya Untuk Hulurkan Bantuan

Demi Adik Ainul Mardhiah Lelaki Ini Sanggup Jual Motosikal Miliknya Untuk Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 486 hits
Demi Adik Ainul Mardhiah Lelaki Ini Sanggup Jual Motosikal Miliknya Untuk Hulurkan Bantuan Baru baru ini negara digemparkan dengan berita adik Ainul Mardhiah yang mengidap ketumbuhan di bahagian mulut Adik Ainul atau nama sebenarnya Ainul M...
Doa Mohon Pelindungan Yang Boleh Dibaca Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir

Doa Mohon Pelindungan Yang Boleh Dibaca Selepas Bacaan Tahiyyat Akhir

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 748 hits
Banyak anjuran berdoa yang disunatkan semasa solat sewaktu membaca doa qunut semasa sujud dan juga semasa tahiyyat akhir iaitu setelah selesai membaca tahiyyat akhir Ada beberapa doa yang sahih yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada para sahab...
Doa Di Hari Jumaat

Doa Di Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 462 hits
Doa di Hari Jumaat Salam Hari Jumaat semua penghulu segala hari dimana hari yang terkumpul di dalamnya banyak fadhilat dan kelebihan Marilah sama sama kita membaca Doa di Hari Jumaat ini Mama doakan semua yang membaca post ini ye amin
12 Waktu Mustajab Doa Rebutlah Peluang Ini

12 Waktu Mustajab Doa Rebutlah Peluang Ini

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 3125 hits
12 waktu mustajab doa Ingatlah 12 waktu yang akan saya senaraikan di bawah ini Kalau tak ingat semua waktunya ingat separuh pun dah cukup bagus Mustajab maksudnya mujarab apa yang kita minta akan dimakbulkan dengan izin Allah Kita tak tahu ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip