Diploma Perdagangan Antarabangsa Di Unisza


Hi!

Classmates Intrade 17/18 - 18/19

Finally aku dah masuk last sem kat sini. Rasa macam baru semalam aku blog pasal sem 1 :') So, hari ni aku nak cerita sikit lah pasal course ni, setakat apa yang aku tahu and yang datang dari pengalaman aku sendiri. Saje nak share pasal course ni sebab maybe ada adik-adik yang sedang mohon upu atau dah dapat tawaran masuk unisza tapi still nak korek maklumat pasal course ni dsb kan. Masa aku dapat course ni pun aku korek sampai lubang cacing nak tahu pasal life kat unisza and info pasal course ni tapi sedih sebab waktu tu tak banyak info yang aku dapat. Yang ada pun batch zaman bila ntah. Lagi pun course ni tak famous sangat and tak banyak ada kat uni lain selain uitm, itu pun ada sesetengah cawangan je.

So this entry kiranya macam aku ni memperkenalkan lah course ni kepada korang semua sebab course ni macam tak famous, macam tak best orang cakap, bila sebut nama course ni orang siap tanya lagi "course apa tu?" alahai nak demam aku dapat response gitu hahaha. Sebenarnya course ni best jugak, and pasal peluang pekerjaan pun, bukannya nanti korang kena kerja dekat pelabuhan je, banyak lagi cabang lain. Rezeki ada kat mana-mana and bagi aku, course ni membuka pandangan aku secara lebih meluas tentang business, bukan setakat local or domestic business, tapi INTERNATIONAL business okay. International.

Aku register masuk unisza in this course (diploma perdagangan antarabangsa) masa jun 2017. So maybe zaman aku tak sama macam zaman korang. Sebab macam ada dengar ura-ura pasal pertukaran kampus untuk fakulti tertentu dsb tapi tak sure lah. Ura-ura je. Just keep reading jelah kalau rasa nak tahu. Btw, kalau nak sebut diploma perdagangan antarabangsa ni macam panjang sangat je kan? Kalau in english nama dia diploma international trade. So nama timangan course ni orang biasa sebut diploma intrade. Kalau orang sebut budak-budak intrade, orang tahulah budak course mana. Nak nama yang lagi bertimang-timang, lecturer selalu sebut DITR which is stand for diploma international trade lah. Kalau every sem bila keluar jadual kuliah, biasa orang tak tulis "jaduah kuliah diploma perdagangan antarabangsa" or "international trade", orang letak DITR saje. Kalau waktu tu tengah sem 5, dia akan label jadual tu DITR5. Kalau sem 1, DITR1. Ha gitu.

Fyi, semua diploma kat unisza ni memang 2 TAHUN sahaja kecuali course yang under fakulti sains kesihatan tak silap. Setakat ni lah yang aku tahu. Total ada 6 semester. 2 semester pendek (2 bulan) and 4 semester panjang (4 bulan). Lebih kuranglah. Tambah tolak cuti sem, cuti midsem, apa semua.


SUBJEK

Subjek dekat uni ni ada banyak jenis.
1) Subjek universiti - semua course dari semua fakulti wajib ambil
2) Subjek core fakulti - semua course wajib ambil course yang sama mengikut fakulti
3) Subjek core course - subjek wajib untuk setiap course

Maybe nanti akan ada subjek korang yang akan sama dengan budak course lain tu, depends on jenis subjek tu lah. Kalau housemates korang ramai ambil subjek yang sama satu sem tu, boleh lah study sama-sama even dapat lecturer lain-lain. Setakat ni, di unisza, setiap pelajar dalam satu course tu akan ambil subjek yang SAMA setiap sem (kecuali yang repeat subjek). Sebab macam kawan aku dekat uia (asasi lah tapi), dia cerita, classmates dia semua sama course, register sesi yang sama tapi subjek setiap semester diorang lain-lain. So every time diorang class, akan jumpa classmates yang berbeza, setiap kali masuk kelas lain akan jumpa muka-muka yang baru. Unisza ni kira macam bertuah jugaklah sebab setiap kali class/kuliah, korang akan jumpa member korang sendiri so senang sebab lama-lama kenal lah each other especially boleh kenal muka-muka yang jenis tak reti nak commit dalam group assignment so boleh elak awal-awal daripada dapat satu group assignment dengan dia nanti next sem hahah (ini perkara serious okay).



SUBJEK IN EVERY SEMESTER

Bawah ni aku senaraikan semua subjek bagi setiap semester untuk SESI AKU tau. Sebab setiap batch, subjek every sem diorang lain-lain. Tapi for sure siapa yang masuk course ni akan study SEMUA subjek-subjek di bawah cuma maybe ada batch yang ambik subjek tu sem lain, kitorang sem lain. And aku tulis sekali harga setiap buku yang aku guna masa sem aku. Depends on silibus and lecturer korang sebenarnya kalau pasal buku ni. Ada yang kena beli dekat bookstore unisza, ada yang kena guna modul yang lecturer tu buat sendiri, ada yang aku cari dari carousell sendiri sebab lagi murah, dsb. Lagi pun ada buku yang tak cover semua silibus subjek, maybe ada sikit-sikit je sebab tu banyak guna slide je.

Semester 1
- English I (RM36)
- Kebudayaan & Kewarganeraan (RM28)
- Fiqh Ibadat (RM9-modul daripada ustaz)
- Akhlak & Akidah (RM9-modul daripada ustaz)
- Ko-kurikulum (takde buku)

Semester 2
- Microeconomics (RM36)
- Financial Accounting I (RM40)
- Legal Aspect of Business/Business Law (RM30)
- Business Communication (RM84)
- Business Mathematics I (RM36-buku silibus uitm)
- Fundamental of Business (RM38)

Semester 3
- Fundamental of Marketing (RM40)
- Financial Accounting II (RM10-modul daripada lecturer)
- Introduction to Finance (RM50)
- Business Mathematics II (lecturer bagi kitorang e-book je sebab buku dia mahal nak mampos so free)
- Fundamental of Information Technology (lecturer guna slide je)
- Office Management (RM80+)

Semester 4
- Asas Pembudayaan Keusahawanan (lecturer guna slide je, takde buku)
- English II (takde buku juga)
- Management of Organization (RM15+-modul daripada lecturer)
- Bahasa Asing (RM10-modul ustaz)

Semester 5
- Management Accounting (RM90+)
- Management of Multinationals (RM80+)
- Macroeconomics (guna buku yg sama dengan subjek Microeconomics masa sem 2)
- Principles & Practices of Insurance (lecturer guna slide)
- Business Statistics (RM30+-buku silibus uitm)
- Physical Distribution (RM30+)
- Tajwid Al-Quran (RM26)

Semester 6
- Intrade Policies (guna buku yang sama-management of multinationals masa sem 5)
- Simulation of Import & Export (print slide)
- Islamic Business Ethics (slide + buku RM29)
- Freight Forwarding (guna buku yang sama-physical distribution masa sem 5)
- International Finance (aku cari sendiri dari carousell RM35 lepas lecturer tunjuk buku yang dia guna, harga asal mahal lagi kot rasanya & lecturer tak bagitau nak beli kat mana/dia tak orderkan untuk class kitorang so kena pandai2 hidup)
- Global Marketing (aku sewa buku kawan aku yang dari course diploma marketing-RM20, dia sewakan kat aku sebab maybe dia nak guna buku tu lagi masa degree nanti btw harga asal buku RM90+)


KESIMPULAN :
Kalau harga buku range RM30-RM100 tu kebanyakan buku terbitan oxford or publisher lain yang memang bukunya mahal-mahal. Kalau yang lecturer punya modul tu biasa murah-murah ada je yang fotostet. Yang buku mahal-mahal tu act ada lah dua tiga buku yang aku fotostet sebab harga asal buku mahal gila dekat RM100 sebab masa sem tu aku kopak takde duit so tak mampu nak beli buku ori aku pinjam buku kawan aku fotostet kat kedai dapat lah harga dalam RM30. Lecturer kalau ikutkan memang tak bagi students dia fotostet buku sebab illegal and macam curi copyright lah jugak kan tapi nak buat macam mana dah memang kopak sangat masa sem tu and memang nak guna buku tu untuk study :')

Lagi satu cara nak jimat beli textbook daripada seniors. Pandai-pandailah deal cari seniors yang bukunya elok reti jaga, harga berbaloi tak cekik darah, and ikhlas nak jual buku kat kau. Sebab ada yang jenis dia jual buku kat kita tapi bukunya dah macam belacan, ada yang jual harganya sebijik macam harga asal dia beli padahal dia dah guna buku tu, ada yang jual buku yang dia FOTOSTET tapi harga nak sama macam harga buku ori. Diorang ni kadang nak redeem balik duit yang diorang dah 'bazirkan' untuk buku diorang masa sem lepas je. Patut boleh je bagi kurang RM15-RM30 daripada harga asal. Anggap je sedekah sebab orang nak study guna buku awok. Aku pun jual jugak buku-buku lama aku kat junior tapi at least aku kurangkan harga jadi 60% pun okay dah. Contoh harga buku RM50, aku jual RM30 gitu sebab kebanyakan buku aku buku ori baru, lawa sebab aku balut, and macam baru lagi sebab aku tak study pun hahahaha.


Macam kawan-kawan aku and ada senior sebelum ni ramai yang jual buku secara combo sekaligus. Maksudnya buku dari sem 1 sampai sem 3 dia jual semua total RM150 contoh. Tu kira murah gila bapak ah hahaha. Sebab harga RM100 lebih dapat 5-8 buku terus. Tapi biasa murah macam tu sebab banyak buku yang fotostet atau buku tu pun diorang beli dari seniors so maybe buku tu dah berapa keturunan orang guna. Biasa kalau aku nak beli buku prelove, aku akan tanya harga asal atau harga dia beli berapa, condition buku biasa aku mintak gambar, and nego harga dia nak jual berapa.


FAKULTI

Course ni under Fakulti Ekonomi & Sains Pengurusan (FESP). Setiap uni ada banyak fakulti. Fakulti ni kalau ikut pemahaman aku dia macam sebuah sekolah. Ada sekolah sains, sekolah ekonomi, sekolah agama, sekolah undang-undang, lebih kuranglah hahaha (suka hati aku je). Dalam FESP ada banyak lagi course lain and semua course tu berkaitan dengan ekonomi/perniagaan. Antara fakulti lain yang ada kat unisza :-

1) Fakulti Sains Kesihatan (FSK)
2) Fakulti Kontemporari Islam (FKI)
3) Fakulti Sains Sosial Gunaan (FSSG)
4) Fakulti Bahasa & Komunikasi (FBK)
5) Fakulti Undang-undang Hubungan Antarabangsa (FUHA)

Ntah tu je aku ingat kot hahaha.


PAKAIAN SEMASA KULIAH

Setiap fakulti ada dress code yang tersendiri. So kena ikut lah dress code fakulti korang sendiri. Kalau based on FESP punya dress code :



Yang class corporate attire tu nanti setiap course nanti akan order + design baju korporat course masing-masing. Yang dress code hari ahad tu pakai blazer + kemeja putih. Hari yang selebihnya, perempuan boleh pakai blouse + seluar slack/skirt hitam + kasut bertutup dan lelaki pakai kemeja berkolar + neck tie + seluar slack + kasut bertutup. Btw FESP punya color code memang merah sebab tu tudung pun meroh. Tapinya kannnnnn....... actually...........

Aku tak pernah pakai ikut dress code pergi class. Baju korporat course aku tu aku pernah pakai 5 kali je tu pun masa sem 1 or sem 2, yang formal attire hari ahad tu aku tak pernah pakai sebab memang tak pernah beli blazer, kain/skirt selain baju kurung aku tak pernah pakai, baju kurung pulak aku pakai time final exam je itu pun sekali je aku pakai setiap kali exam every semester (paling rajin lah kalau tak every day final exam pun aku takkan pernah pakai baju kurung). Korang jangan jadi macam aku hahaha.

Baju kurungs yang dipakai sekali seumur hidup hahaha *timefinalexamjeni
Masa sem 1 awal-awal tu, hari-hari aku pakai baju kurung/jubah. Yelah before masuk uni, mak aku belikan aku baju kurung BARU 6-7 helai pasang kot. Jubah plain beli 4 helai warna lain-lain. Sebab typical orang pergi class memang pakai baju kurung/jubah kennn. Lagipun masa aku duduk asrama dulu pun baju kurung/jubah tu dah jadi benda wajib bila nak pergi prep malam/pergi surau tapi bila dah masuk uni ni banyak yang dah singkat/tak muat sebab tu banyak beli baru. Masuk je sem 2, baju-baju tu semua berhabuk dalam almari.

So semua baju kurung/jubah aku tu ada yang aku bawak balik rumah ibu (yang lawa-lawa+mahal/rasa macam akan pakai satu hari nanti ada yang aku pakai time raya hahaha), ada yang aku let go pada kawan-kawan, ada yang aku sedekah pada charity sebab tak sanggup tengok baju banyak-banyak tak pakai dalam almari. Kalau bawak balik rumah semua pun bukannya aku pergi kedai runcit/mall pakai baju kurung :')

So kesimpulannya aku selalu ke kelas pakai blouse/t-shirt dengan seluar slack. That's all. Sebab kalau kelas pukul 9 aku biasanya bangun jam 8.30 nak bersiap or mandi apa semua so malas nak mikir pakai baju apa or nak mengiron baju kurung.


Dah lah tu jelah aku share kali ni. Penatlah taip dari minggu lepas tak siap-siap entry ni banyak bertangguh sebab banyak assignmentszz uhu +..+

Nanti aku buat next entry. (Kalau rajin)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alibaba Cloud Perkenal Penyelesaian Baharu Pelan Perniagaan Pada Pasaran Antarabangsa

Alibaba Cloud Perkenal Penyelesaian Baharu Pelan Perniagaan Pada Pasaran Antarabangsa

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 372 hits
Anak syarikat pengkomputeran awanan Alibaba Group iaitu Alibaba Cloud kini memperkenalkan penyelesaian baharu mereka dalam pelan perniagaan dan ciri khusus pada pasaran antarabangsa di acara Mobile World Congress baru baru ini Memiliki pusa...
Perjanjian Perdagangan Bebas Indonesia Australia Ditandatangani Maret 2019

Perjanjian Perdagangan Bebas Indonesia Australia Ditandatangani Maret 2019

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 287 hits
Hal ini ditegaskan oleh Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita Kata dia penandatanganan Kemitraan Ekonomi Komprehensif dengan Australia itu akan dilakukan bersamaan dengan bisnis forum pada tahun ini Beberapa produk Indonesia yang berpoten...
Tandatangani Perjanjian Indonesia Eurasia Sepakat Tingkatkan Perdagangan

Tandatangani Perjanjian Indonesia Eurasia Sepakat Tingkatkan Perdagangan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 205 hits
Selain meningkatkan perdagangan dan investasi kerja sama dengan Eurasia juga bertujuan meningkatkan ekspor RI seperti produk produk jadi yaitu baja dan juga komoditas lain selain minyak sawit mentah yakni kopi dan karet ke negara tersebut
Mb Kedah Rasmi Karnival Explorasi Antarabangsa Kubang Pasu

Mb Kedah Rasmi Karnival Explorasi Antarabangsa Kubang Pasu

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 299 hits
Majlis Perasmian Karnival Explorasi Antarabangsa Kubang Pasu Bersama YAB Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah Exco Kerajaan Negeri Kedah Hajah Halimaton Shaadiah dan YDP En Fisol Karnival yang memberi peluang kepada usaha...
Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa Worldchef Battlefield 2019

Malaysia Jadi Negara Pertama Tuan Rumah Pertandingan Antarabangsa Worldchef Battlefield 2019

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 461 hits
Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenang...
Pak Samad Dilantik Sasterawan Unisza

Pak Samad Dilantik Sasterawan Unisza

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 363 hits
SASTERAWAN Negara Datuk Seri A Samad Said dilantik sebagai Sasterawan Universiti Sultan Zainal Abidin A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dilantik di bawah program penempatan Sasterawan Negara sekali gus menyahut saranan Ment...
Unisza Berhasrat Untuk Melantik A Samad Said Sebagai Sasterawan Mereka

Unisza Berhasrat Untuk Melantik A Samad Said Sebagai Sasterawan Mereka

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 352 hits
Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA melalui Naib Canselor Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah menyampaikan hasrat pihak mereka untuk memberikan penghormatan kepada Sasterawan Negara Datuk Seri A Samad Said untuk dilantik...
Defisit Neraca Perdagangan Januari 2019 Akibat Pelemahan Ekspor Imbas Perang Dagang

Defisit Neraca Perdagangan Januari 2019 Akibat Pelemahan Ekspor Imbas Perang Dagang

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 291 hits
Menteri Koordinator Perekonomian Darmin Nasution mengatakan penurunan ekspor Indonesia cenderung dipengaruhi oleh perang dagang antar negara tujuan ekspor Indonesia Selain itu kondisi ekonomi negara tujuan ekspor turut mempengaruhi Kebijaka...
Prabowo Ubah Aturan Impor Beras Saat Panen Menteri Perdagangan Tak Lapor Presiden

Prabowo Ubah Aturan Impor Beras Saat Panen Menteri Perdagangan Tak Lapor Presiden

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 242 hits
Calon Presiden Nomor Urut 02 Prabowo Subianto menuding pemerintah telah menyengsarakan petani dengan aturan impor beras saat panen Menurutnya menteri perdagangan telah mengubah aturan tidak boleh impor beras satu bulan sebelum dan dua bulan...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut